Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
Hak Kepada Kesihatan (The Right to Health)
Melindungi wanita daripada kesan- Kesan Tembakau dan asap tembakau oleh Fifa Rahman Ramai wanita (dan lelaki juga) tidak sedar akan kewujudan suatu hak kepada kesihatan. Mereka tahu mengenai hak kepada perbicaraan yang adil dan hak kepada privasi dan keluarga namun hak kepada kesihatan jarang didengari. Hari ini saya akan bercakap mengenai hak kepada kesihatan dan cara-cara wanita boleh melindungi diri mereka dan anak mereka daripada kesan-kesan asap tembakau.
2
Statistik RM 20 billion 46.4% 7000 69/7000 RM 90 million 600,000 ⅓ 25%
perokok lelaki bahan kimia berbahaya karsinogen keuntungan industri tembakau perbelanjaan untuk merawati penyakit-penyakit berkaitan dengan pengunaan tembakau kematian akibat merokok secara pasif = kanak-kanak lebih risiko Sebelum itu, saya ingin menunjukkan kepada anda beberapa statistik untuk menunjukkan betapa seriusnya masalah epidemik tembakau yang wujud pada masa kini.
3
Adakah terdapat hak mutlak kepada kesihatan?
CEDAW Artikel 11(1)(f) ICESCR Artikel 12.1 Persoalannya adalah: Wujudkah suatu hak mutlak, iaitu, hak yang konkrit kepada kesihatan? Seperti yang boleh dilihat pada Slide ini, terdapat dua instrumen undang-undang antarabangsa yang menyatakan suatu hak mutlak kepada kesihatan iaitu CEDAW (Convention on the Elimination of Discrimination Against Women) dan ICESCR (International Covenant for Economic, Social and Cultural Rights). Malaysia telah menjadi signatori kepada CEDAW pada 5 Julai 1995, dan telah meratifikasikannya pada tahun Ini bermaksud bahawa suatu komitmen yang lebih besar telah diberi kepada CEDAW oleh kerajaan Malaysia. Namun begitu, Malaysia belum lagi menjadi signatori ataupun meratifikasikan ICESCR, menjadikan Malaysia sebahagian daripada segelintir negara yang belum meratifikasikannya: seperti Zimbabwe, Saudi Arabia dan Oman. Sebab-sebab kenapa Malaysia belum meratifikasikannya mungkin adalah kerana Artikel 1 yang mewujudkan hak untuk ‘self-determination’ ataupun Artikel 8(1)(a) yang menyatakan setiap orang mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam ‘trade union’. Ini, kita tidak pasti. Yang pastinya ialah realisasi di peringkat antarabangsa akan kewujudan hak kepada kesihatan, dan kewujudan hak kepada kesihatan dalam instrumen undang-undang antarabangsa yang dipersetujui oleh Malaysia.
4
Tetapi, adakah asap rokok basi betul-betul membunuh?
Orang yang tidak merokok yang tinggal serumah dengan perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit jantung. Kanak-kanak yang tinggal serumah dengan perokok dilaporkan mempunyai kekerapan serangan asma yang lebih tinggi. Lebih kurang 10% daripada semua diagnosis kanser paru-paru melibatkan orang bukan perokok. Tidak termasuk asbestos, faktor genetik. Walaupun ada banyak bukti mengenai bahaya asap rokok basi kepada kesihatan, orang ramai masih bertanya: betulkah asap rokok basi boleh membunuh? Jawapannya adalah ya, kerana kajian saintifik telah menunjukkan dengan jelas bahawa orang bukan perokok yang tinggal dengan perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi sakit jantung, dan kanak-kanak yang hidup serumah dengan perokok mempunyai kekerapan serangan asma yang lebih tinggi.
5
Tetapi, bukankah kanser paru-paru hanya dialami oleh orang tua?
Kesan pewarnaan kepada kulit. Meninggalkan kesan pada gigi. Menyebabkan kedut- kedut. Memberi kesan buruk kepada sistem reproduktif. Orang muda dan golongan remaja pula sentiasa bertanya: Bukankah kanser paru-paru hanya dialami oleh orang tua? Kami di pihak kesihatan awam tahu bahawa kebanyakan remaja dan golongan muda langsung tidak fikirkan posibiliti menghidapi kanser. Jadi mungkin saya patut beritahu anda mengenai kesan-kesan yang lain yang boleh disebabkan oleh merokok iaitu kesan pewarnaan dan kedut-kedut kepada kulit, kesan kepada gigi dan kesan buruk kepada sistem reproduktif. Ini semua adalah kesan-kesan buruk yang paling dikhuatiri oleh golongan muda, dan ia adalah kesan yang jelas dan telah dibuktikan.
6
Apakah boleh anda lakukan?
Memberi kata putus. Secara lembut. Memberi mereka statistik. Menyokong kawasan bebas rokok. (Zon-zon, kafe, tempat kerja) Jadi, macammana kita nak beritahu suami kita, ayah kita, atuk kita, teman lelaki kita, dan rakan-rakan kita untuk berhenti merokok? Ada caranya, tetapi segalanya bergantung kepada personaliti dia dan anda, dan diorang kata ‘relationship dynamics’ diantara kedua orang tersebut. Saya mempunyai satu best friend yang telah merokok untuk masa yang lama. Saya telah memberitahu dia: ‘Dude, I don’t like you smoking around me. I think it’s disgusting. You’re killing me. You can smoke after we have lunch or meet up. Just don’t come to me smelling of smoke, and don’t smoke in front of me.’ Tetapi cara ini mungkin sesuai untuk sesetengah orang saja. Cara yang lebih baik untuk orang lain mungkin untuk menggunakan cara lembut. Anda juga boleh memberi mereka statistik seperti dalam slaid saya untuk difikirkan oleh mereka. Dan akhirnya, anda boleh menyokong kawasan bebas merokok seperti di Melaka ini dan harap-harap di negeri lain juga.
7
Sign of the Times
8
KEMISKINAN adalah penindasan hak asasi manusia.
9
Thou shalt not be a victim! Thou shalt not be a perpetrator
Above all, thou shalt not be a Bystander. - Holocaust Museum, D.C.
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.