Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
UNIT 2 SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLINGUISTIK
2
Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan:
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > sejarah awal psikolinguistik > psikologi dalam linguistik > linguistik dalam psikologi > psikolinguistik sebagai satu disiplin > psikolinguistik dan pragmatik
3
SEJARAH AWAL PSIKOLINGUISTIK
Psikolinguistik mula terkenal kira-kira dua abad yang lalu, dan semakin hari semakin popular seantero dunia Psikolinguistik ialah sains antara disiplin yang wujud hasil daripada percantuman dua disiplin sains, iaitu psikologi dan linguistik. Kedua-dua disiplin ini bekerjasama untuk mengkaji bahasa, kerana bahasa tidak dapat dikaji hanya dengan psikologi atau linguistik Kewujudan sains antara disiplin bukanlah perkara baharu, psikologi sendiri berkembang mengikut masa dan keadaan
4
SEJARAH AWAL PSIKOLINGUISTIK
Antaranya: Psikologi struktur (psikologi kerusi malas) menganalisis pengalaman manusia dengan cara renungan ke dalam diri Psikoanalisis yang menggabungkan teori sahsiah dengan teori perkembangan untuk merawat kekacauan mental Psikologi fungsi yang menjadikan aktiviti mental sebagai matlamat penghuraiannya tentang fikiran Psikologi Gestalt yang mengutamakan bentuk dan organisasi, iaitu alat penting dalam proses mental
5
SEJARAH AWAL PSIKOLINGUISTIK
Contoh lain, termasuklah psychophysiology, psychopharmacology, psychopedagogy… Wujud juga percantuman antara disiplin sains sendiri, seperti biochemistry, pharmacopasychologi, cosmophysiologi… Demikian juga dalam disiplin linguistik, seperti morfosintaksis, leksikosemantik… Sejak zaman Panini di India, dan Socretes ahli falsafah Yunani, pengkajian bahasa yang bersifat multi disiplin sudah mula dilakukan, berasaskan fahaman falsafah yang dianut Pada zaman itu, terdapat dua aliran falsafah yang mempengaruhi perkembangan linguistik dan psikologi, iaitu empirisme dan rasionalisme
6
SEJARAH AWAL PSIKOLINGUISTIK
Aliran empirisme melakukan kajian terhadap data empiris atau objek yang dapat diamati dengan menganalisis unsur pembentuknya Aliran ini bersifat atomistik, dan selalu dikaitkan dengan asonianisme dan positivisme Aliran rasionalisme melakukan kajian terhadap akal secara tuntas, dan meneliti apa-apa yang ada dalam akal untuk memahami perilaku manusia Aliran ini bersifat holistik dan mentalisme, selalu dikaitkan dengan nativisme dan idealisme
7
PSIKOLOGI DALAM LINGUISTIK
Terdapat sejumlah pakar linguistik yang memberikan perhatian terhadap psikologi. Antaranya ialah Von Humboldt, Ferdinand de Saussurue, Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan Otto Jesperson Von Humboldt, pakar linguistik Jerman ini mengkaji hubungan antara linguistik dengan psikologi, dengan membandingkan nahu bahasa yang berbeda dengan tabiat bangsa penutur Beliau merumuskan bahawa nahu sesuatu bahasa menentukan pandangan hidup penuturnya, dan rumusannya ini dipengaruhi oleh aliran rasionalisme, yang menganggap bahawa bahasa merupakan suatu kegiatan yang mempunyai prinsip sendiri
8
PSIKOLOGI DALAM LINGUISTIK
Ferdinand de Saussure, pakar linguistik Swiss cuba menjelaskan apakah yang dikatakan bahasa itu?, dan bagaimanakah keadaan bahasa dalam otak (psikologi)? Beliau telah memperkenalkan tiga istilah penting, iaitu langage (bahasa yang bersifat abstrak), langue (bahasa tertentu, masih bersifat abstrak), dan parole (bahasa yang bersifat konkrit) Beliau beranggapan bahawa segala yang ada dalam bahasa itu bersifat psikologi
9
PSIKOLOGI DALAM LINGUISTIK
Edward Sapir, pakar linguistik dan antropologi Amerika mengambil kira psikologi dalam kajian bahasa, kerana baginya, psikologi memberikan dasar ilmiah dalam pengkajian yang berkaitan kebahasaan Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran, dan merumuskan bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan struktur pemikiran Beliau berpendapat bahawa linguistik dapat memberikan sumbangan kepada psikologi Gestalt, dan psikologi Gestalt dapat membantu linguistik
10
PSIKOLOGI DALAM LINGUISTIK
Leonard Bloomfield, pakar linguistik Amerika ini telah menganalisis bahasa menggunakan aliran psikologi mentalisme dan behaviorisme Beliau berpendapat bahawa berbahasa akan melahirkan pengalaman yang luar biasa sebagai jelmaan emosi, berasaskan tiga matra, iaitu: > Tekanan emosi sangat kuat – kalimat ekslamasi > Keinginan berkomunikasi – kalimat deklarasi > Keinginan untuk mengetahui – kalimat interogasi
11
PSIKOLOGI DALAM LINGUISTIK
Otto Jesperson, pakar linguistik Denmark menganalisis bahasa mengikut psikologi mentalisme dan behaviorisme Beliau berpendapat bahawa bahasa bukanlah bentuk wujud seperti benda, tetapi lambang dalam otak yang juga melambangkan fikiran Komunikasi harus dilihat dari sudut perilaku, dan satu kata dapat dibandingkan dengan satu kebiasaan tingkah laku, seperti mengangkat topi, melirik dan perilaku lain
12
LINGUISTIK DALAM PSIKOLOGI
Pakar psikologi yang memberikan perhatian serius kepada linguistik ialah John Dewey, Karl Buchlel, Wundt, Watson dan Wiss John Dewey, pakar psikologi empirisme Amerika, telah menganalisis bahasa kanak-kanak berdasarkan prinsip psikologi Penggolongan psikologi bahasa kanak-kanak berdasarkan makna yang difahami kanak-kanak bukan seperti difahami orang dewasa Pengkajian kelas kata berdasarkan pemahaman kanak-kanak akan dapat menentukan kecenderungan akal yang dihubungkan dengan perbedaan linguistik
13
LINGUISTIK DALAM PSIKOLOGI
Karl Buchler, pakar psikologi Jerman mengatakan bahawa bahasa mempunyai tiga fungsi, iaitu kungabe, appell dan darstellung > Kungabe: tindakan komunikatif dalam bentuk verbal > Appell: permintaan dalam bentuk verbal < Darstellung: penggambaran pokok masalah yang dikomunikasikan Bahasa dipandang sebagai simbol, merangkumi ketiga-tiga fungsi itu, tetapi darstellung merupakan fungsi yang paling umum Bahasa didefinisikan mengikut fungsinya
14
LINGUISTIK DALAM PSIKOLOGI
Wundt, pakar psikologi Jerman mengembangkan teori Mentalisme Bahasa secara sistematik Beliau berpendapat bahawa bahasa ialah alat untuk melahirkan fikiran. Bermula dengan gerak geri tanpa sedar hinggalah komponen akal dan mental Komponen akal diatur oleh kesedaran, yang menjadi alat pertukaran fikiran yang kemudiannya tampil menjadi bahasa, dan kalimat merupakan satu kejadian akal yang hadir serentak Beliau juga telah mengembangkan teori perlakuan bahasa, berasaskan analisis psikologi, yang terdiri daripada dua aspek, iaitu fenomena luar yang berupa citra bunyi, dan fenomena dalam yang berupa rentetan perkataan
15
LINGUISTIK DALAM PSIKOLOGI
Watson, ahli psikologi behaviorisme Amerika telah menempatkan perilaku berbahasa sama dengan perilaku lain seperti makan, minum, berjalan, berlari… Beliau menghubungkan perilaku berbahasa yang implisit, yakni yang terjadi dalam fikiran, dengan yang eksplisit yang berupa ujaran Beliau juga menyamakan perilaku berbahasa dengan teori stimulus-respons (S – R)
16
LINGUISTIK DALAM PSIKOLOGI
Weiss, ahli psikologi Amerik mengakui kewujudan aspek mental dalam bahasa. Namun, bahasa itu tidak memiliki kekuatan bentuk fizik Beliau mengatakan bahawa bahasa itu sebagai perilaku apabila seseorang menyesuaikan diri dengan lingkungan sosialnya Beliau telah merintis jalan ke arah wujudnya disiplin psikolinguistik, dengan mengemukakan sejumah masalah yang perlu ditangani oleh linguistik dan psikologi
17
LINGUISTIK DALAM PSIKOLOGI
Antara masalah tersebut adalah seperti yang berikut: > Bahasa merupakan suatu kumpulan respons yang tidak terbatas jumlahnya terhadap suatu stimulus (rangsangan) > Perilaku bahasa menyatukan ahli masyarakat ke dalam organisasi gerak saraf > Perilaku bahasa ialah alat untuk mengubah dan mempelbagaikan kegiatan seseorang sebagai hasil warisan dan gerak saraf > Bahasa merupakan stimulus terhadap suatu respons atau sebaliknya > Respons bahasa sebagai stimulus pengganti benda dan keadaan sebenar memungkinkan kita mengingati kembali apa yang terjadi dan menganaisisnya
18
LINGUISTIK DALAM PSIKOLOGI
Dalam konteks ini, tugas psikolinguis adalah seperti yang berikut: > Menerangkan bagaimana perilaku bahasa menghasilkan alam nyata tanpa dibatasi waktu dan tempat > Menunjukkan bagaimana perilaku bahasa mewujudkan sejenis organisasi sosial yang dapat disifatkan sebagai kumpulan daripada organisasi kecil yang banyak > Menerangkan bagaimana perilaku bahasa mewujudkan satu bentuk organisasi, yang terdapat pancaindera dan otot-otot untuk dimanfaatkan orang lain > Menerangkan bagaimana perilaku bahasa mewujudkan bentuk perilaku yang menjadi paksi setiap peristiwa yang telah, sedang dan akan terjadi
19
LINGUISTIK DALAM PSIKOLOGI
Kerjasama antara psikologi dengan linguistik bermula pada 1860, apabila Heyman Steinthal, seorang psikologis menjadi linguis, dan Moritz Lazarus, seorang linguis, menjadi psikologis Ilmu psikologi tidak mungkin dapat digarap tanda ilmu bahasa. Begitu juga sebaliknya. Satu-satunya jalan untuk masuk dalam akal manusia ialah hukum bahasa, dan bukan pancaindera manusia Pada 1901, Thumb dan Marbe melakukan kajian rinci tentang bahasa, melalui kerjasama antara analisis linguistik dengan analisis psikologi untuk menggarap analogi dan pertuturan
20
LINGUISTIK DALAM PSIKOLOGI
Pada 1951, Lembaga Social Science Research Counsil mengendalikan seminar di Universiti Cornell, dengan mempertemukan pakar linguistik, psikologi, patologi, informasi dan pembelajaran bahasa. Seminar ini merumuskan hubungan kerjasama linguistik dan psikologi Pada 1953, seminar yang sama diadakan di university Indiana, yang menghasilkan buku pertama psikolinguistik, iaitu Psycholinguistics: A Survey of Theory and Research Problem (1954) Nama psikolinguistik telah digunakan pertama kali dalam makalah oleh N.H.Pronko (1946), yang berjudul Language and Psycholinguistic: A Review
21
LINGUISTIK DALAM PSIKOLOGI
Dasar psikolinguistik mengikut buku Psycholinguistics: A Survey of Theory and Research Problem (1954) Satu teori linguistik berdasarkan bahasa yang dianggap sistem elemen yang saling berhubungan Satu teori pembelajaran berasaskan sistem tabiat dan kemampuan yang menghubungkan isyarat dengan perilaku Satu teori informasi yang menganggap bahasa sebagai alat untuk menyampaikan sesuatu
22
PSIKOLINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN
secara formal, kelahiran psikolinguistik ditandai oleh kewujudan program khusus psikolinguistik pada 1953 oleh R Brown. Sarjana PhD pertamanya ialah Eric Lenneberg Awalnya, terdapat golongan linguis yang berminat dengan psikologi, dan psikologis yang berminat dengan linguistik Kemudian wujud golongan yang menganggap diri mereka psikolinguis. Antaranya ialah Leshley, Lenneberg, Osgood, Skinner, Chomsky dan Miller
23
PSIKOLINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN
Dalam teorinya, Leshley mengatakan bahawa wujudnya ucapan/ujaran bukanlah berpunca daripada pertalian rentetan respons dari luar, tetapi satu kejadian akal yang hadir serentak Urutan sntaksis ucapan itu dihubungkan secara tidak langsung dengan bentuk urusannya
24
PSIKOLINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN
Lenneberg mengatakan bahawa manusia mempunyai kecenderungan khusus untuk memperoleh bahasa yang tiada pada satwa Alasannya: > kewujudan pusat khusus dalam otak untuk berbahasa > perkembangan bahasa bayi adalah sama > kesukaran yang dialami menghambat pertumbuhan bahasa > Bahasa tidak mungkin dapat diajar kepada makhluk lain > semua bahasa mempunyai bahagian yang sarwajagat
25
PSIKOLINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN
George A Miller mengatakan bahawa psikologis telah lama mengakui bahawa otak menerima symbol linguistik, dan linguis mengaku bahawa sejenis motor-psiko-sosial telah menggerakkan mesin nahu dan leksikon Tugas utama psikolinguis ialah menganalisis proses psikologi apabila manusia menggunakan kalimat Miller menganggap bahawa bahasa ialah kemampuan manusia yang amat rumit. Oleh itu, psikolinguis perlu meneliti kemampuan untuk menentukan apa dan bagaimana cara kerja bahasa Psikolinguis juga dapat memecahkan masalah bahawa bahasa bukanlah masalah makna, rujukan dan kebiasaan semata-mata, tetapi menyangkut masalah kemampuan mengatur syarat dan kalimat baharu
26
PSIKOLINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN
Kemampuan yang umit inilah yang memungkinkan rumus linguistik dinuranikan oleh manusia Pada peringkat awal, psikolinguis lebih dekat dengan neobehaviorisme yang menerangkan bahasa mengikut kerangka stimulus – respons yang tidak mentalis Kemudiannya, psikolinguistik lebih bersifat mentalis dalam menerangkan hakikat rumus yang mujarad, yang dihipotesiskan untuk memperoleh bahasa Psikolinguistik kini lebih bersifat kognitif. Ini tercermin dalam nahu transformasi generatif Chomsky
27
PSIKOLINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN
Mengikut Chomsky (Bapa Psikolinguistik Moden), nahu ini memberikan satu peraturan rumus nahu yang memungkinkan seseorang engucapkan kalimat baharu tanpa batas Nahu ini merupakan inovasi baharu yang mampu menerangkan mengapa manusia mampu mengujarkan dan memahami kalimat tanpa batas, walaupun belum pernah didengar sebelumnya Psikolinguistik yang dikembangkan oleh Wundt merupakan lanjutan daripada linguistik abad ke-19, yang dimulai oleh Von Humboldt, yang kemudiannya dilanjutkan lagi oleh Chomsky abad ke-20, terutama tentang hubungan bahasa dengan pemikiran
28
PSIKOLINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN
Bagi Von Humboldt, bahasa menentukan pemikiran, sedangkan Chomsky mengatakan bahawa bahasa dan pemikiran ialah dua hal yang tidak sama Miller dan Chomsky menerangkan bahawa kebenaran realiti psikologi daripada nahu transformasi, yang secara tidak langsung memerihalkan penggunaan rumus transformasi pada masa mengujarkan dan memahami kalimat Psikolinguistik telah berkembang dalam tiga tahap, iaitu: > psikolinguistik generasi pertama > psikolinguistik generasi kedua > psikolinguistil generasi ketiga
29
PSIKOLINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN
Penanda psikolinguistik generasi pertama ialah terbitnya kumpulan makalah dalam buku “Psycholinguistics: A Survey of Theory and Research Problem” yang disunting oleh C Osgood dan T Secbeok (1954/1965) Teori perilaku atau behaviorisme mengidentifikasikan bahasa sebagai satu sistem respons terhadap stimulus verbal atau nonverbal, yang berorientasikan psikologi
30
PSIKOLINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN
Terdapat tiga kelemahan teori psikolinguistik generasi pertama > Bahasa bukan dipandang sebagai tindakan manusiawi, tetapi dipandang sebagai runtunan stimulus-respons, iaitu adaptasi pembicara terhadap lingkungannya > Psikolinguistik bersifat atomistik, iaitu menyatakan bahawa pemerolehan bahasa ialah kemampuan untuk membedakan kata dan bentuk yang berbeda, dan kemampuan untuk melakukan generalisasi > Psikolinguistik bersifat individualistik. Teori ini lebih menekankan perilaku berbahasa individu yang terisolasi daripada masyarakat dan proses komunikasi yang nyata
31
PSIKOLINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN
Tokoh lain ialah L Bloomfield, yang telah menerapkan teori perilaku (behaviorimse) dalam penganalisisan bahasa Beliau menekankan: > Bahasa sebagai satu daripada bentuk tingkah laku, iaitu bahasa dapat ditanggap oleh indera dengar > Tiga peristiwa yang berbeda dalam bahasa, iaitu: a. peristiwa yang mendahului peristiwa berbahasa atau stimulus-respons (S) b. rerspons terhadap stimulus pertama, iaitu perilaku yang berwujud bunyi bahasa (r) c. peristiwa yang terjadi setelah respons (R)
32
PSIKOLINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN
Antara peristiwa a dengan c terdapat peristiwa b yang berupa respons b terhadap stimulus. Respons b yang berubah menjadi stimulus kedua, dan akhirnya menjadi respons (R) S r……………s R r s ialah b kerana laku yang berupa peri itulah yang dapat ditanggap oleh indera dengar dan lihat Aliran behaviorisme dalam psikologi merupakan satu aliran empiris. Bahasa dianggap sebagai perilaku yang dapat ditanggap oleh indera Pandangan empirisme diterapkan juga dalam pemerolehan bahasa Semua keterampilan manusia diperoleh melalui proses belajar, termasuk kemampuan berbahasa. Ini menunjukkan bahawa bahasa mesti dipelajari, bukan sesuatu yang diwarisi
33
PSIKOLINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN
Yang penting ialah bagaimana konsep itu digabungkan dan disusun menjadi kombinasi daripada unsur bahasa yang dapat diujarkan dan difahami Pengetahuan seseorang tentang sintaksis dan sistem semantik memungkinkannya menyusun sejumlah kalimat yang tidak terbatas jumlahnya Proses berbahasa perlu dibedakan antara struktur dalam, yang menjadi struktur batin dengan struktur luar yang merupakan kewujudan luar daripada bahasa
34
PSIKOLINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN
Kemampuan berbahasa tidak bergantung pada inteligensi dan saiz otak, tetapi bergantung pada insan. Oleh itu, sia-sia untuk mengajar satwa berbahasa Psikolinguistik generasi kedua masih mengekalkan beberapa ciri psikolinguistik generasi pertama Bahasa tidak boleh diperlakukan sebagai objek formal yang identik untuk semua, tetapi perlu diperlakukan sebagai objek secara sosial dan historis
35
PSIKOLINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN
Psikolinguistik generasi ketiga ditandai oleh kehadiran G Werstch dalam bukunya Two Problems for the New Psycholinguistics Ciri psikolinguistik generasi ketiga: > Berorientasikan psikologi, iaitu terjadi proses yang serentak daripada informasi linguistik dan psikologi > Analisis psikolinguistik bukan lagi menentukan kaedah hubungan antara struktur gramatik dan kaedah semantik model Chomsky, tetapi hubungan dijelmakan dengan elemen situasi dan konteks Kewujudan pergeseran makna tentang proses ujaran (atau persepsi) kepada analisis psikologis tentang komunikasi dan pemikiran
36
PSIKOLINGUISTIK DAN PRAGMATIK
Pragmatik bukanlah komponen dalam bahasa, tetapi ia memberikan perspektif kepada bahasa Oleh sebab pragmatik menyangkut makna, maka ilmu ini sering dikelirukan dengan ilmu semantik Kedua-dua ilmu ini berbeda, iaitu semantik mengkaji makna dalam bahasa alami dengan tidak mengambil kira konteksnya, sedangkan pragmatik mengkaji makna dalam interaksi antara penutur dengan pendengar
37
PSIKOLINGUISTIK DAN PRAGMATIK
Dalam konteks inilah pengetahuan pragmatik amat membantu dalam kajian psikolinguistik, terutama aspek lain dalam komunikasi, seperti: > pengetahuan dunia > hubungan antara penutur dengan pendengar > jenis pertuturan
38
PSIKOLINGUISTIK DAN PRAGMATIK
Perhatikan konteks ayat berikut: (a) Dia menguliti kambing (b) Dia menguliti buku Kita mengetahui menguliti kambing bermakud membuang kulit daripada kambing, kerana kita memiliki pengetahuan dunia, iaitu dalam majlis korban dalam kalangan orang Islam, kambing ialah satwa utama yang dimakan daging korbannya Dalam ayat (b), menguliti buku bermaksud memberikan kulit kepada buku, kerana kita mengetahui bahawa buku perlu diberikan kulit untuk melindungi isinya. Tidak mungkin kita membuang kulit daripada buku
39
PSIKOLINGUISTIK DAN PRAGMATIK
Perhatikan konteks ayat berikut: > He bought a pair of horse shoes > He bought a pair of alligator shoes Pengetahuan dunia kita mengatakan bahawa horse shoes ialah kasut untuk kuda kerana kuda memang sesuai memakai kasut, terutama di jalan raya. Alligator shoes bukanlah kasut untuk buaya kerana buaya tidak perlu memakai kasut. Oleh itu, makna yang sesuai ialah kasut daripada kulit buaya. Tiada kasut yang dibuat daripada kulit kuda
40
PSIKOLINGUISTIK DAN PRAGMATIK
Apabila kita mendengar orang yang datang ke rumah kita berkata, “Panas betullah hari ni, ya”. Kita secara spontan akan membuka pintu, kipas atau pendingin hawa, kerana kita faham bahawa ungkapan itu bukan ungkapan pernyataan semata-mata, tetapi ungkapan permintaan Akan terasa ganjil bagi A, apabila menjawab “ada”, dan terhenti di situ sahaja, untuk pertanyaan “Ada rokok tak?” Ganjil kerana ungkapan itu bukan hanya pernyataan tetapi permintaan. A mengharapkan B memberikannya sebatang rokok
41
PSIKOLINGUISTIK DAN PRAGMATIK
Adalah mustahil jika ayat (a) dan (b) berikut tiada kaitan (a) Eh, dahaga betullah! (b) Kan di sanatu ada gerai Tampak ungkapan (a) dan (b) tiada kaitan sintaksis, tetapi kaitan maknanya jelas, iaitu jika anda dahaga, dan mahu minum, pergilah ke gerai tepi jalan sana tu Jelas, bahawa pragmatik mejadi bahagian penting dalam komunikasi, tetapi bukanlah satu komponen dalam bahasa Pragmatik memberikan prosedur yang membimbing manusia untuk berbahasa dengan wajar, berkesan dan sesuai dengan konteks
42
KESIMPULAN Psikolinguistik mula terkenal kira-kira dua abad yang lalu dan kini semakin popular seantero dunia Segala yang ada dalam bahasa bersifat psikologi Bahasa ialah alat untuk melahirkan fikiran Sebagai satu disiplin, psikolinguistik lahir dalam tiga generasi, iaitu generasi pertama, kedua dan ketiga, dengan ciri yang tersendiri Semantik mengkaji makna dalam bahasa alami dengan tidak mengambil kira konteks, sedangkan pragmatik mengkaji makna dalam interaksi antara penutur dan pendengar
43
MADAH PUJANGGA KEBAHAGIAAN TIDAK TERDAPAT PADA BENDA, NAMUN ADA DALAM DIRI KITA Wahai anakanda dengarlah nasihat Mensyukuri nikmat jangan terlambat Siang dan malam hendaklah ingat Supaya hidupmu mendapat berkat
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.