Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
PRESTASI BAHASA/LINGUISTIK
UNIT 7 PRESTASI BAHASA/LINGUISTIK PROSES PEMBINAAN FAHAMAN
2
Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan:
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > konsep fahaman luas dan sempit > proses pembinaan fahaman pendekatan sintaksis > proses pembinaan fahaman pendekatan semantik
3
PROSES PEMBINAAN FAHAMAN
Setiap hari kita menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Biarpun kata yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu terhad jumlahnya, namun, ayat yang dapat diterbitkan daripada kata yang terhad itu, tidak terhad pula jumlahnya. Perhubungan yang berlaku antara penutur dengan pendengar menunjukkan terjadinya proses pembinaan fahaman yang mujarad dan sukar difahami. Proses pembinaan fahaman ini juga merupakan salah satu daripada bidang kajian psikolinguistik, iaitu yang ada kaitannya dengan perlakuan untuk berkomunikasi (communicative act).
4
PROSES PEMBINAAN FAHAMAN
Fahaman bermaksud fikiran, pengertian dan pendapat. Dalam konteks kajian psikolinguistik, fahaman dapat dirincikan daripada dua pengertian, iaitu fahaman menurut tafsiran sempit dan fahaman menurut tafsiran luas Fahaman Menurut Tafsiran sempit: Tafsiran sempit memberikan penekanan terhadap proses minda yang terjadi pada waktu pendengar menanggap bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh penutur Seterusnya, pendengar membina interpretasi daripada bunyi itu, iaitu tentang ramalan atau anggapannya terhadap apa-apa yang hendak disampaikan oleh penutur (yang tersirat dalam fikirannya).
5
PROSES PEMBINAAN FAHAMAN
Pendengar membina proses semantik berdasarkan bunyi bahasa (bermakna) dan bukan bunyi bahasa (tidak bermakna) yang didengar daripada mekanisme artikulasi penutur. Secara gambar rajah, proses ini dapat dibuat seperti yang berikut: Bunyi Bahasa Interpretasi Makna (P1) (P2) (P2)
6
PROSES PEMBINAAN FAHAMAN
Proses fahaman yang terjadi dalam komunikasi itu tidaklah semudah yang disangkakan. Misalnya, P2 mendengar ayat The old man lit his awful cigar. Pada peringkat permulaan, pendengar akan menghadapi proses susunan tertib, iaitu yang dahulu didahulukan (A, B, C, D .../ 1,2, 3, 4 .../ The, old, man ...) Kemudian P2 akan membahagikan rentetan perkataan itu kepada konstituen terdekat. The old man merupakan satu konstituen dan his awful cigar satu konstituen yang lain. Lit ialah penyambung kepada kewujudan pertama (the old man) dengan kewujudan kedua (his awful cigar). Ayat tersebut mengandung subjek dan predikat yang juga menampakkan kewujudan struktur permukaan.
7
PROSES PEMBINAAN FAHAMAN
Ayat 1: The old man lit his awful cigar A S P the old man lit his awful cigar the old man lit his awful cigar old man his awful cigar awful cigar
8
PROSES PEMBINAAN FAHAMAN
Ayat 2: Puteri yang cantik itu memetik sekuntum bunga A S P puteri cantik itu memetik sekuntum bunga puteri cantik itu memetik sekuntum bunga cantik itu sekuntum bunga
9
PROSES PEMBINAAN FAHAMAN
P2 perlu membina interpretasi ayat itu, jika ia mahu memahaminya dengan sempurna. Ini disebabkan oleh setiap ayat yang diujarkannya itu membawa pelbagai pengertian. Misalnya ayat 1 dan ayat 2 di atas. Ayat 1: The old man lit his awful cigar a) Orang yang difokuskan itu ialah old man b) Orang itu sebenarnya sudah tua c) Diceritakan kisah cigar d) Cigar atau cerut itu dipunyai oleh orang tua e) Cerut itu awful (pelik) f) Cerut itu dipasang oleh orang tua itu
10
PROSES PEMBINAAN FAHAMAN
Ayat 2: Puteri cantik itu memetik sekuntum bunga a) Orang yang diceritakan ialah seorang puteri b) Puteri itu ialah anak kepada seorang raja (puteri hanya untuk anak raja) c) Puteri itu seorang perempuan (jika lelaki disebut putera) d) Puteri itu seorang yang cantik e) Perihal sekuntum bunga f) Puteri itu memetik sekuntum bunga
11
PROSES PEMBINAAN FAHAMAN
Idea utama dalam kedua-dua ayat di atas ialah he lit it (1f) dan dia memetik bunga (2f) Idea lain daripada 1f dan 2f, iaitu 1a hingga 1e dan 2a hingga 2e merupakan underlying representation bagi ayat 1 dan ayat 2 Dalam undelying representation itu terdapat juga saranan makna proposition. Melalui penghuraian yang demikianlah, makna ayat yang dimaksudkan dapat difahami dengan jelas
12
PROSES PEMBINAAN FAHAMAN
Fahaman Menurut Tafsiran Luas Apabila P2 mendengar bunyi pertuturan daripada P1, ia akan memproses bunyi itu dengan cara tertentu. Misalnya, apabila ia mendengar ayat penyata, iaitu ayat yang mempunyai kontor nada yang menurun sebelum kesenyapan terakhir, dan bermaksud memberikan keterangan, ia akan memperoleh maklumat baharu daripada ayat tersebut Maklumat tersebut akan disimpan pada bahagian ingatan dalam kotak bahasa di belahan sebelah kiri.
13
PROSES PEMBINAAN FAHAMAN
Apabila P2 mendengar ayat tanya, iaitu ayat yang disertai oleh pola intonasi akhir yang menaik, ia akan terlebih dahulu memastikan bahawa kehendak pertanyaan itu jelas, dan seterusnya merancang jawabannya Kemudian ia akan menjadi P1 pula, iaitu apabila ia menuturkan jawaban terhadap pertanyaan yang diterimanya itu. Demikian juga apabila P2 mendengar ayat pertintah, suruhan atau silaan, iaitu ayat yang menggunakan intonasi perintah, suruhan atau silaan yang ditegaskan, ia akan merancang respons terhadap ayat tersebut.
14
PROSES PEMBINAAN FAHAMAN
Perancangan yang dilakukan oleh P2 itu menyangkut soal operasi kognitif (mempunyai penghasilan kalimat yang sesuai dengan peraturan bahasa yang ditetapkan dalam proses minda), iaitu apabila P2 melakukan interpretasi terhadap bunyi bahasa yang didengarnya daripada P1 Kemudian ia akan membenamkannya sebagai ingatan dan menggunakan makna dalam ingatannya itu untuk menghasilkan bahasa apabila keadaan memerlukan ia berbuat demikian.
15
PROSES PEMBINAAN FAHAMAN
Berdasarkan tafsiran fahaman di atas dapatlah dirumuskan bahawa proses pembinaan fahaman itu bermaksud perubahan atau peristiwa yang berlaku dalam perkembangan kewujudan pemahaman Pemahaman itu berlaku apabila terdapatnya komunikasi lisan atau tulisan antara P1 dengan P2. Sifat P1 dan P2 itu tidaklah mutlak, iaitu P1 dan P2 itu kadang-kadang boleh bertukar fungsi dan kedudukan. P1 akan menjadi P2 dan P2 akan menjadi P1
16
PENDEKATAN SINTAKSIS Pendekatan sintaksis bermaksud satu set andaian yang bersangkutan dengan hakikat ayat. P2 diandaikan menggunakan fitur luar sesuatu ayat untuk sampai kepada interpretasinya. P2 mengenali bunyi, perkataan dan unsur dalam ayat secara lisan atau tulisan Tulisan merupakan pewujudan bahasa secara penglihatan (visual representation). Bunyi dalam tulisan diwakili oleh lambang tertentu yang secara umumnya dikatakan huruf. Saranan dalam keseluruhan ayat itu akan dibina baik dalam bentuk lisan atau tulisan
17
PENDEKATAN SINTAKSIS Konstituen Terdekat: Dalam proses pembinaan, konstituen terdekat memainkan peranan penting. Konstituen terdekat mempunyai kesatuan secara konsep. Struktur luaran sesuatu ayat terbahagi kepada frasa, dan yang menjadi anak kepada frasa itu dinamakan konstituen terdekat Struktur luaran ialah struktur yang menentukan bunyi ayat. Struktur luaran ini menggambarkan bagaimana unit fizikal bahasa disusun untuk dijadikan ayat
18
PENDEKATAN SINTAKSIS Konsep konstituen terdekat ini telah dimulakan oleh L. Bloomfield dengan istilah immediate constituen. Konstituen ini ialah bahagian gramatikal daripada sesuatu konstruksi. Misalnya, ayat Rugayah Hanim membaca buku menunjukkan konstituen terdekat: > Rugayah Hanim + mem-baca buku Dalam membicarakan konstituen terdekat bahasa Melayu, Sutan Takdir Alisjahbana (1964) memperkenalkan hukum D-M. D melambangkan ‘yang diterangkan’ (head) dan M melambangkan ‘yang menerangkan’ (modifier). Hukum ini bukan sahaja untuk bahagian kata dan frasa bahasa Melayu, tetapi juga meliputi bahagian ayat
19
PENDEKATAN SINTAKSIS Slametmuljana (1969) menggunakan istilah ‘struktur progresif untuk hal tersebut. Za’ba (1965) menggunakan istilah ‘benda’ dan ‘cerita’. Ahli bahasa yang lain seperti Nik Safiah Karim (1978), Asmah Hj.Omar (1980), Abdullah Hassan (1993) menggunakan istilah subjek dan predikat Konstituen terdekat juga berasaskan andaian bahawa P2 mempunyai strategi minda yang digunakannya untuk memenggal-menggalkan ayat menjadi unsur. Kemudian menjeniskan unsur tersebut kepada frasa nama, karyaan, dan sebagainya Semua ayat dalam bahasa manusia terkandung dalam acuan polanya. Kemudian dibina pula gambaran semantik daripada unsur yang diperoleh
20
PENDEKATAN SINTAKSIS Strategi tersebut bergantung pada hakikat bahawa ayat mempunyai anasir yang boleh digunakan sebagai isyarat untuk melakukan pemenggalan. Struktur permukaan ayat boleh digambarkan dengan kurungan berlabel Gambaran ini merupakan pemenggalan ayat kepada konstituennya, dan setiap konstituen yang dikategorikan itu dipenggalkan lagi kepada konstituen yang lain, dan juga dilabelkan kategorinya, dan seterusnya. Misalnya ayat di bawah: > Dia masih ingat pasir roboh di tepi kali
21
PENDEKATAN SINTAKSIS Struktur permukaan ayat di atas akan mencerakinkan ayat itu kepada kontituennya seperti ‘dia masih ingat’, ‘pasir roboh di tepi kali’. Setiap konstituen itu diberikan nama atau kategorinya, dan kemudian dipenggalkan lagi kepada konstituen yang lain, seperti ‘dia’ dan ‘masih ingat’. Pemenggalan ini diteruskan hingga konstituen terakhir, iaitu konstituen yang tidak dapat dipenggalkan atau dikategorikan lagi. Struktur permukaan dapat juga digambarkan dengan rajah pohon. Gambaran ini lebih mudah difahami kerana pemenggalan dan pengelasan konstituennya lebih jelas. Misalnya ayat 1 ialah contoh kurungan berlabel, dan ayat 2 ialah contoh rajah pohon untuk struktur pemukaan ayat
22
PENDEKATAN SINTAKSIS ( (pasir)N)FN ( (roboh)KJ (di tepi kali)T)FKJ)A 2. A FN FKJ N KJ T S N pasir roboh di tepi kali
23
PENDEKATAN SINTAKSIS Rajah pohon 2 di atas dinamakan penanda frasa atau gambaran struktur konstituen deret. Dengan menggunakan rajah pohon dan kurungan berlabel, kita telah dapat mengesahkan huraian struktur tentang pemenggalan deret kepada bahagian deret dan setiap deret tersebut telah dijeniskan kategori masing-masing. Apabila unsur tersebut dijeniskan, gambaran dalam (underlying representations) dapat dibina Walau bagaimanapun unsur itu dipecah-pecahkan, kalau diuji pendengar, ia pasti dapat menyatukannya. Misalnya, ayat pasir roboh di tepi kali di atas. Andainya digabungkan ‘roboh di tepi’ sebagai satu konstituen, pendengar tidak dapat menerimanya kerana ia menganggap bahawa ‘di tepi kali’ sebagai satu konstituen bukan ‘roboh di tepi’
24
PENDEKATAN SINTAKSIS Martin telah membuat ujian dengan menggunakan ayat ‘the boy has lost a dollar’. Ia mendapati bahawa jika dipisahkan the boy dan boy has, orang masih tetap menganggap bahawa konstituen yang betul ialah the boy bukan boy has Demikian juga jika ditunjukkan satu perenggan sebaris demi sebaris ayat tertentu dan diberikan dua pilihan, iaitu (a) dan (b). Pilihan (a) dipecahkan mengikut konstituen terdekat dan pilihan (b) dipecahkan dengan cara sewenang-wenangnya. Orang lebih senang memahami pilihan (a) daripada pilihan (b) yang tentunya sukar difahami.
25
PENDEKATAN SINTAKSIS Ujian lain dengan maksud yang sama telah dilakukan oleh Ammon. Dia mengemukakan ayat The polite actor thanked the old women who carried the black umbrella Apabila disebut polite dengan senang subjek dapat mengingati actor, dan disebut old, terus diingat women. Apabila ditanya perkataan selepas actor, subjek lambat memberikan jawabannya Demikian juga ujian yang dilakukan oleh Foss dan Lynch. Foss membandingkan dua ayat, iaitu The traveling bassoon player found himself without funds in a stange town dan The ignorant bassoon player found himself without funds in a stange town Kesimpulan yang dibuat oleh Foss ialah subjek ternyata sukar untuk memproses ayat di atas. Daripada uji kaji yang dijalankan itu jelas menunjukkan bahawa unsur terdekat membantu proses kefahaman
26
PENDEKATAN SEMANTIK Pendekatan ini menekankan perihal P2 yang diandaikan dapat menggunakan interpretasi yang disampaikan oleh ayat untuk membuat adaian makna ayat, iaitu merujuk kewujudan (entity), peristiwa (event), keadaan dan kenyataan (fact), dan sebagainya Ayat itu bermaksud menyuruh P2 membuat sesuatu berdasarkan subjeknya, predikatnya, maklumat sedianya, maklumat baharunya sesuai dengan konteks Maklumat baharu ialah sesuatu yang belum diketahui oleh P2. Misalnya ayat majalah saya dipinjam oleh Osman. Maklumat sedia ialah majalah saya, dan maklumat baharu ialah dipinjam oleh Osman
27
PENDEKATAN SEMANTIK Dalam hal ini, maklumat sedia dan maklumat baharu itu samalah dengan subjek dan predikat dalam sesuatu ayat. Penyesuaian dengan konteks di sini bermaksud bahawa matra hubungan kata-kata itu sebenarnya tidak boleh dipisahkan daripada situasi dan budaya. Sebahagian daripada makna suku kata diberikan oleh kolokasi yang wujud daripada kata itu. Misalnya, salah satu daripada kolokasi kata malam adalah gelap, kolokasi kata siang adalah terang/cerah. Jadi, erti daripada kata itu ditentukan oleh penggunaannya (konteks linguistiknya)
28
PENDEKATAN SEMANTIK David Bruce telah menjalankan beberapa uji kaji untuk menggambarkan betapa konteks berperanan penting dalam kefahaman. Mengikutnya, pendengar tidak boleh menyebut semua bunyi yang didengarnya. Yang penting ialah ia dapat menggambarkan internal representation Beliau telah memasang rakaman ayat sederhana di tempat bising, dan ayat tersebut boleh didengar tetapi sukar difahami. Rakaman itu dimainkan berulang-ulang dengan mengatakan tajuk yang berbeda-beda, walaupun tajuk sebenarnya sama sahaja. Pendengar didapati tidak percaya. Keadaan ini membuktikan betapa pentingnya peranan konteks dalam proses pemahaman
29
PENDEKATAN SEMANTIK Objektif akhir pendengar dalam proses pemahaman ini ialah menentukan bagaimana sesuatu ayat itu diutilisasikan dan dapat diterima akal. Ini demikian, kerana setiap bahasa merupakan ucapan perasaan dan fikiran manusia yang mengandung erti dan dinyatakan dengan bunyi. Lebih-lebih lagi semantik itu sendiri letaknya antara bahasa dengan pemikiran Untuk mencapai objektif tersebut, pendengar bergantung pada dua prinsip, iaitu prinsip hakiki (reality principle) dan prinsip kerjasama (cooperative principle)
30
PENDEKATAN SEMANTIK Prinsip Hakiki: Prinsip ini ada kaitannya dengan idea. P2 menginterpretasikan ayat berdasarkan keyakinan bahawa penutur mengeluarkan ayat itu dengan merujuk keadaan atau idea yang logik diterima akal. Dengan itu, P2 berupaya mengatasi kekaburan ayat dan menentukan kata yang sebenar bagi kata yang kurang jelas maknanya Prinsip Kerjasama: Prinsip ini menekankan bahagian isi/idea yang disampaikan itu. P2 meyakini bahawa P1 menuturkan sesuatu hal itu dengan benar dan menerangkan apa-apa yang P2 ingin tahu berdasarkan hal yang munasabah. Ini akan melicinkan proses komunikasi dalam pelbagai bidang, seperti ekonomi, politik, budaya dan seni, estetika, sains, teknologi, dan lain lagi. Tanpa bahasa selaku alat komunikasi, sesuatu masyarakat itu tidak mungkin dapat berfungsi dengan baik
31
1) Perempuan tua itu memakai kain buruknya
PENDEKATAN SEMANTIK Pembinaan Interpretasi: Perihal bagaimana P2 membina interpretasi tentang apa-apa yang didengar daripada P1 dapat diperhatikan melalui saranan tatatingkatnya. Misalnya ayat berikut: 1) Perempuan tua itu memakai kain buruknya Maklumat yang diketahui - (E3) perempuan - (E3) tua - (E3) perempuan tua - (E3) Maklumat yang diketahui - (E4) kain - (E4) buruk - (E4) Kepunyaan (milik) - (E3, E4) memakai (kain buruk itu - (E3, E4) dipakai)
32
PENDEKATAN SEMANTIK Secara rajah pohon, ayat (1) dapat digambarkan seperti yang berikut: A S P FN FKJ N penentu KJ FN perempuan tua itu memakai kain buruknya
33
PENDEKATAN SEMANTIK (2) The old man lit his awful cigar Makluat yang diketahui - (E5) man - (E5) old - (E5) Maklumat yang diketahui - (E8) cigar - (E8) awful - (E8) Kepunyaan (milik) - (E5, E8) cigar itu dipasang - (E5, E8)
34
PENDEKATAN SEMANTIK Secara rajah pohoh, ayat (2) dapat digambarkan seperti yang berikut: A S P NP VP the old man lit his awful cigar
35
PENDEKATAN SEMANTIK Angka ‘notation’ seperti (E3), (E4), (E5) dan (E8) itu menempati entiti tertentu. E menunjukkan bagaiman P2 memproses bunyi bahasa (ayat) (1) dan (2) di atas untuk memahami maksud yang tersirat di dalamnya. Nombor (3), (4), (5)dan (8) itu dibuat secara sewenang-wenang sahaja Begitulah pendengar membina interpretasi, iaitu dibina berdasarkan saranan tertentu. Setiap konstituen terdekat dapat pula dibina struktur dalaman. Struktur dalaman sesuatu ayat ialah struktur dasar ayat yang menentukan makna ayat. Struktur dalaman ini bersifat abstrak, iaitu ada dalam akal budi penutur dan tidak semestinya dapat digambarkan oleh data penggunaan bahasa atau unit fizikal bahasa (bunyi bahasa atau huruf abjad sesuatu bahasa). Sebagai contoh, diturunkan saranan berikut:
36
PENDEKATAN SEMANTIK (1) a wise man is honest Struktur permukaan (a) a wise man is honest (b) S { NP { a wise man }NP VP { is honest } NP } S (c) S NP VP a wise man is honest
37
PENDEKATAN SEMANTIK Struktur dalaman a) a man is wise man is honest b) S { NP {a man } S { man } NP VP { is wise } }S } NP VP { is honest } VP }S
38
PENDEKATAN SEMANTIK (c) S NP VP a man S is honest NP VP man is wise
39
John was persuaded to leave by Bill
PENDEKATAN SEMANTIK (2) John was persuaded to leave by Bill Struktur permukaan John was persuaded to leave by Bill
40
PENDEKATAN SEMANTIK Struktur dalaman S NP1 VP AUX V NP2 S ADV NP VP be + pp by AUX V Bill tense persuade John John tense leave
41
Dia membertahu saya bahawa Minah sakit
PENDEKATAN SEMANTIK (3) Dia memberitahu saya bahawa Minah sakit struktur permukaan Dia membertahu saya bahawa Minah sakit
42
PENDEKATAN SEMANTIK Struktur dalaman: A1 S P FKJ FN A KJ FN KOMP A2 FN P N FKJ Dia memberitahu saya bahawa Minah sakit
43
PENDEKATAN SEMANTIK Demikianlah struktur permukaan dan struktur dalaman dibina. Apabila P2 membandingkan kata demi kata, sekali gus ia juga membina makna Dalam memberikan pengertian tentang makna, Bloomfield menghuraikan makna dari perspektif stimulus – respons (S – R), atau dalam keadaan P2 mengeluarkan perkataan dan mendapat tindak balas segera daripada P2 Jadi, makna ialah hasil gerak balas yang berlaku dalam diri P1. Diumpamakan pertuturan itu sebagai jentera atau mesin yang sedang beroperasi
44
PENDEKATAN SEMANTIK Sebagai contoh, dikemukakan perihal Jack dan Jill dengan buah epal. Apabila Jill mengatakan bahawa ia lapar dan haus, sebenarnya ia mensyaratkan lebih daripada itu, iaitu sebahagian otot dalam tubuhnya menerima gangguan dan lidah serta kerongkongnya kekeringan. Peristiwa tersebut dapat digambarkan seperti yang berikut:
45
PENDEKATAN SEMANTIK isyarat ucapan S r……………………s R : Jill melihat epal (s) 2: Otak Jill bekerja mulai melihat epal sehingga mulai berkata kepada Jack ( ) 3: Laku atau kegiatan Jill waktu bercakap (r) 4: Bunyi yang dikeluarkan oleh Jill waktu bercakap (………) 5: Laku Jack waktu mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh Jill (s) 6: Otak Jack bekerja mulai daripada mendengar bunyi hingga bertindak ( ) 7: Jack bertindak memetik epal dan memberikannya kepada Jill (R)
46
PENDEKATAN SEMANTIK Nombor 3, 4, 5 (r …… s) ialah isyarat atau laku ucapan (speech act) yang boleh diperiksa dan diamati secara fisiologi dan nombor 4 (…..) boleh diperiksa dan diamati secara fizik r: produksi bunyi ……………..: bunyi laku ucapan atau ingatan ucapan s: pengamatan bunyi
47
PENDEKATAN SEMANTIK Untuk menganalisis perkataan yang bersifat mujarad seperti perkataan kasih, sayang, cinta, dan sebagainya, kita tidak mempunyai jalan yang ringkas dan senang. Kita memerlukan alat yang saintifik untuk menjelaskan perkataan yang mujarad itu. Ini ialah kajian yang dianggap lemah oleh Blomfield dalam bidang ilmu bahasa Apabila interpretasi sudah dibina saranannya, P2 mula melupakan kata demi kata (rentetan kata). P2 hanya mengingati makna yang tersirat, bukannya rentetan kata. Ini disebabkan oleh terdapatnya keadaan tertentu linguistik pada waktu seseorang mengeluarkan ayat baharunya pada kesempatan yang sesuai, dan P2 dapat mengerti ayat itu dengan segera
48
PENDEKATAN SEMANTIK Dalam percakapan sehari-hari, performance, iaitu pengetahuan P1 dan P2 terhadap bahasanya itu, tidak merupakan refleksi daripada competence, iaitu kecekapan berbahasa dalam situasi tertentu. Kadang-kadang berlaku kesilapan terhadap rumus bahasa, dan sebagainya Lagi pun P2, iaitu orang dewasa mempunyai pencapaian kemahiran mendengar yang rendah kalau dibandingkan dengan anak-anak. Kesilapan yang dilakukannya itu, akhirnya disedari juga oleh P1 dan P2 Proses percakapan performance dan kemampuan competence tersebut dapat dilihat dengan jelas melalui skema laku ucapan Teori Chomsky
49
PENDEKATAN SEMANTIK Kemampuan Nahu Kemampuan Nahu kalimat: data percakapan (performance) Penutur (P1) Pendengan (P2) Penutur Pendengar Skema Laku Ucapan Teori Chomsky
50
RUMUSAN PEMBINAAN GAMBARAN DALAM
Dalam proses pemahaman, P2 membina gambaran dalam melalui empat peringkat, iaitu: 1. menerima rangkaian bunyi dan menyimpan persembahan fonologinya dalam ingatan sementara (jangka pendek) 2. menyusun persembahan fonologi dalam bentuk unsur tentang kandungan isi dan fungsi 3. mengenali setiap unsur, dan unsur tersebut akan digunakan untuk membina saranan dalam mengikut tatatingkatnya 4. Saranan bagi sesuatu konstituen terdekat yang sudah dikenali itu akan disimpan dalam ingatan untuk sementara, dan melupakan persembahan fonologinya. Yang tinggal hanyalah makna
51
KESIMPULAN Fahaman sempit menekankan proses minda yang terjadi pada waktu P2 menanggap bunyi Fahaman luas menekankan pemprosesan bunyi dengan cara tertentu Pendekatan sintaksis bermaksud satu set andaian yang bersangkutan hakikat ayat, yang dianalisis melalui konstituen terdekat Pendekatan semantik menekankan interpretasi yang merangkumi prinsip hakiki, kerjasama dan pembinaan interpretasi
52
MADAH PUJANGGA Wahai anakanda banyakkan zikir
RAHSIA HIDUP SEJAHTERA TIDAK TERLETAK PADA KEMAMPUAN MENGANALISIS MASA LALU ATAU MENGANTISIPASI MASA DEPAN. NAMUN, BAGAIMANA MENJALANI DAN MENGISI HIDUP DENGAN BIJAK DAN PENUH ERTI Wahai anakanda banyakkan zikir rahmat Allah jangan dimungkir jauhkan sifat tamak dan kikir salurkan nikmat kepada fakir
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.