Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
PERANCANGAN PENGHASILAN
UNIT 9 PERANCANGAN PENGHASILAN CAKAPAN
2
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: * memberikan pengertian konsep perancangan penghasilan cakapan * menerangkan peringkat perancangan, rancangan ayat dan rancangan unsur/konstituen * menjelaskan kesukaran merancang, program artikulasi dan masalah perancangan cakapan * merumuskan penghasilan cakapan
3
PENGENALAN Perancangan dan pelaksanaan penghasilan cakapan merupakan dua aspek yang erat hubungannya seperti tali yang berpilin-pilin. Kedua-duanya berjalan serentak dan tidak dapat dipisahkan Proses komunikasi yang berlaku antara p1 dengan p2 menunjukkan bahawa proses perancangan dan pelaksanaan penghasilan cakapan terjadi dalam keadaan rumit dan mujarad Keadaan ini terjadi kerana bahasa itu merupakan ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur dan memakai bunyi
4
PENGENALAN Proses perancangan dan pelaksanaan penghasilan cakapan ini juga merupakan salah satu daripada pelbagai bidang psikolinguistik, iaitu yang berkait dengan perilaku komunikasi yang dikenali sebagai communication act Perancangan penghasilan cakapan yang dimaksudkan di sini ialah yang berkaitan proses yang berlaku sebelum bunyi bahasa itu dihasilkan untuk menyampaikan sesuatu hasrat Ini sesuai dengan kenyataan bahawa bahasa lisan dicirikan oleh bunyi bahasa, dihasilkan oleh suara manusia, diterima oleh telinga dan ditafsirkan oleh minda
5
PERANCANGAN DAN PENGHASILAN CAKAPAN
Dalam proses komunikasi, P1 akan memberikan kesan kepada P2. Tindak balas yang wujud ialah penukaran fungsi mereka, iaitu P2 akan menjadi P1 dan P1 akan menjadi P2. Proses ini bergantung pada lakuan bahasa yang melibatkan dua jenis aktiviti pada pihak P1, iaitu perancangan dan penghasilan Perancangan bermaksud perihal merancangkan, iaitu mengatur lebih dahulu, mempersiap dan merencanakan. Penghasilan pula bermaksud perihal menghasilkan sesuatu. Cakapan bermaksud peraturan, perbicaraan, perbualan, perundingan atau apa-apa yang dicakapkan. Jadi, perancangan penghasilan cakapan bermaksud merancang, mengatur terlebih dahulu, mempersiap atau merencanakan dan kemudian menghasilkan atau melaksanakan cakapan
6
PERINGKAT PERANCANGAN
Rancangan Wacana Pada peringkat ini, P1 akan menentukan jenis wacana (discourse), iaitu unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku, atau sebagainya yang memperlihatkan kesatuan dan hubungan antara butir fikiran dan juga perkembangan akliah yang ada di dalamnya Contohnya ialah syarahan, perbincangan, ceramah, perbahasan, wawancara, dan sebagainya yang perlu ditentukan tajuknya. Demikian juga dengan penceritaan, misalnya penutur sedang bercerita tentang cerita rakyat atau cerita penglipur lara, perbualan dalam kumpulan, memberikan arahan, dan sebagainya
7
PERINGKAT PERANCANGAN
Dialog dan Monolog Dalam cerita ada dua jenis wacana, iaitu dialog dan monolog. Dialog membawa makna lebih daripada seorang yang mengambil bahagian dalam aktiviti perbualan, perbincangan, dan sebagainya. Dialog merupakan bahagian esensial, bahkan integral daripada gerak dalam lakuan bahasa dan merupakan ciri formal daripada ciptaan kesusasteraan. Monolog pula bermakna seorang sahaja yang mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa seperti bercerita, memberikan syarahan ataupun berkomunikasi dengan diri sendiri Setiap jenis wacana itu mempunyai struktur yang perlu dirancang oleh P1 dengan pendekatan yang berbeda. Misalnya dalam sesuatu dialog, P1 mesti menyelaraskan cakapannya dengan cakapan penutur lain. Dalam monolog pula, penutur merancang keseluruhan isi wacana itu tanpa bantuan orang lain, iaitu dirancangnya sendiri
8
PERINGKAT PERANCANGAN
Dalam perbualan, terdapat perancangan proses cakapan yang kompleks antara P1 dengan P2. P2 dan P1 mahu memperkatakan sesuatu hal yang berlawanan daripada lawan perbualannya itu. Oleh itu, mereka terpaksa menyelaraskan isi perbualan itu untuk mencapai hasrat hati masing-masing supaya tiada yang kecewa Tiap-tiap wacana mestilah berlandaskan hubungan antara P1 dengan P2 dalam bahasa lisan atau P1 dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Berdasarkan hubungan tersebut, didapati beberapa masalah dalam percakapan. Misalnya, dalam analisis wacana lisan yang dilakukan oleh Sacks, Schegloff dan Jeffeson didapati , peserta menghadapi tiga masalah utama, iaitu mengambil giliran, membuka perbualan dan menutup perbualan.
9
PERINGKAT PERANCANGAN
Masalah tersebut dapat dikesan dengan jelas dalam sesuatu perbualan telefon. Peserta yang mengambil bahagian dalam perbualan itu ternyata sukar untuk menamatkan perbualan. Sebagai contoh, diperturunkan perbualan telefon berikut: Syamizah : Hallo! Itu Faridah ya? Faridah : Hallo! Ya! Itu Syamizah ke? Syamizah : Ya! Mana emak? Faridah : Ada! Nak cakap dengan mak, ya? Nanti Faridah panggil! Syamizah: : Baiklah! Syamizah tunggu Emak : Hallo! Apa hal, Syamizah? Syamizah : Entahlah mak! Badan Syamizah tak sedap Emak : Cutilah! Pergi jumpa doktor!
10
PERINGKAT PERANCANGAN
Syamizah : Esok aja mak! Hari ini banyak kerja. Suruh ayah ambil Halimah di tempat kerjanya tengah hari ni, ya mak! Emak : Habis, kau tak balik tengah hari ni? Syamizah : Taklah mak. Kalau ayah rajin, minta dia hantar Syamizah nasi sikit! Emak : Yalah! Syamizah : O.K. Mak! Emak : O. K. Nanti petang cepat balik ye! Syamizah : Baiklah mak! O.K. mak! Emak : O.K. Hati-hati, kausakit tu! Syamizah : Baik mak! O. K. mak! Emak : O. K!
11
PERINGKAT PERANCANGAN
Dalam perbualan telefon di atas, Syamizah memberitahu emaknya bahawa ia berasa kurang sihat dan tidak selesa untuk bekerja. Emaknya berasa bimbang. Yang jelas, Syamizah dan emaknya amat sukar untuk memberhentikan perbualan. Masing-masing mengharapkan lawannya menamatkan perbualan terlebih dahulu Dalam menerangkan gambaran alam dari segi penceritaan atau hanya penggambaran, P1 berdepan dengan masalah seperti menentukan peringkat, kandungan, urutan peristiwa dan hubungan antara peristiwa itu. Pada peringkat manakah hendak dimulakan cerita? Apakah isi kandungannya? Bagaimanakah urutan ceritanya (plotnya)?, iaitu peristiwa yang mana dahulu dan yang mana kemudian (urutan kronologi). Setiap satu peristiwa yang diceritakannya itu mestilah berhubungan dan merupakan satu kesatuan
12
PERINGKAT PERANCANGAN
Contohnya: Maka tergila-gilalah perempuan anak-anak dara dan janda-janda kepada Harith Fadhilah, kalau berjalan bersama dengan kawan-kawannya, maka perempuan ini pun mengintai di balik-balik pintu atau berdiri di tingkap melindungkan diri di balik tabir memperhatikan putera raja yang rupawan itu, seperti gambar yang baharu dibingkai. Maka perempuan-perempuan dalam negeri yang amat tergila-gilakan Harith Fadhilah, ada enpat orang yang sangat terpesona, dibawa sembahyang lupakan Allah, dibawa kerja lupakan tangan, dalam jaga terkenang-kenang, dibawa tidur menjadi buah mimpi. (Arenawati. (ed). (1967). Harith Fadhilah. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, hlm.7)
13
PERINGKAT PERANCANGAN
Petikan di atas menunjukkan bahawa peringkat permulaan cerita ialah perihal orang perempuan yang jatuh cinta pada Harith Fadhilah Kandungannya tentang perilaku orang yang terlalu asyik akan Harith Fadhilah, dan seterusnya urutan cerita itu bersambung menjadi satu kesatuan Urutan idea yang disampaikan jelas dan menarik jika diukur daripada kaca mata zaman cerita itu lahir dan popular
14
PERINGKAT PERANCANGAN
Struktur Wacana Struktur wacana mempunyai dua jenis, iaitu tatatingkat dan lokal. Struktur tatatingkat ialah jenis yang terbit daripada tujuan atau matlamat penutur bercakap untuk menyampaikan sesuatu berita/penyataan/maklumat Tujuan untuk bercakap itulah yang menentukan struktur tatatingkat, iaitu: > Di mana percakapan itu hendak dimulakan > Bagaimana meneruskan percakapan itu > Apa yang dipentingkan dalam percakapan > Di mana patut diakhiri percakapan itu
15
PERINGKAT PERANCANGAN
Walau apapun jenis wacana, P1 mempunyai tatatingkat wacana secara tuntas yang mesti dipatuhi. Dalam perbualan, giliran peserta ditentukan oleh pasangan bersebelahan. Inilah yang dimaksudkan dengan lokal. Misalnya dalam bentuk pertanyaan dan jawapan berikut: Soalan – Jawaban A: Adakah saudara bercuti hari ini? B. Ya, saya bercuti Sapaan A: Hai! B: Hai! Penganjuran-Penerimaan / Penolakan A: Marilah kita pergi ke pesta malam ini B: O.K. / Tak bolehlah, saya ada hal
16
PERINGKAT PERANCANGAN
Penyataan – Pengakuan A: Ahmad tidak hadir kuliah minggu lepas B: Oh! Ya Pelengkap / Penggenap – Penerimaan / Penolakan A: Saya sungguh gembira beroleh kawan seperti anda! B: Eh! Betul ke? Memohon – Memperkenankan A: Saya ingin meminjam kereta saudara pada hujung minggu ini B. Oh! Boleh, saya tak ke mana-mana
17
PERINGKAT PERANCANGAN
Perbedaan wacana bergantung pada strukturnya sama ada konvensional (tetap) atau dirancang. Konvensional di sini dilihat dari aspek permulaan, pertengahan atau pengakhiran cerita. Dirancang pula dilihat dari aspek cerita yang mempunyai tatatingkat Dalam penerangan mungkin tidak ada konvensional atau dirancang, tetapi dalam perbualan, konvensional atau dirancang itu terletak pada konstituen dialog berstruktur, iaitu daripada yang tidak begitu berstruktur kepada yang terlalu berstruktur
18
PERINGKAT PERANCANGAN
Misalnya: > Perbualan biasa > Perbualan yang ditentukan oleh pengerusi > Perbahasan: pencadang dan pembangkang ditentukan terlebih dahulu > Ibadat: ditentukan giliran Dalam apa pun jenis wacana, P1 menghadapi masalah yang sama, iaitu dalam memilih dan merancang ayat yang sesuai. Ini demikian kerana dalam ucapan rasmi pun ada ucapan yang sesuai dan ada ucapan yang tidak sesuai
19
RANCANGAN AYAT Ayat yang sesuai sahaja dipilih untuk menyampaikan berita. Pemilihan ini dibuat dengan menentukan lakuan cakapan, subjek dan predikat, arahan, penerangan, penjelasan, pernyataan, penghuraian, dan sebagainya Penutur juga menentukan maklumat sedia dan maklumat baharu dan cara cerita itu disampaikan, sama ada melalui cakapan secara langsung atau lakuan cakapan secara tidak langsung. Semua ini akan menentukan ciri keseluruhan / global ayat yang hendak digunakan itu Penutur mempunyai pilihan yang boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kandungan saranan, kandungan illocutionary dan struktur tema
20
RANCANGAN AYAT Kandungan Saranan Kandungan saranan bermaksud apakah peristiwa atau keadaan yang hendak dicakapkan itu. Kandungan saranan merupakan inti kepada apa yang hendak dikatakan oleh P1. Sebelum kandungan saranan dihasilkan sebagai ayat, penutur mestilah menentukan kandungan lakuan cakapan dan struktur temanya. Masalah yang perlu diselesaikan ialah problem of experiental chunking. Hal ini bergantung pada tiga keadaan, iaitu: > keutamaan konsep (conceptual salience) > boleh diperkatakan (verbalizability) > yang berkenaan (pertinence)
21
RANCANGAN AYAT Sebagai contoh, dikemukakan sebuah kisah dalam petikan cerpen di bawah: Malaikat yang menarik nyawa orang, tidak mahu bekerja langsung kerana menuntut elaun kenderaan. Harga minyak melambung tinggi, spare part naik 100%, dan kautahu dialah antara malaikat yang paling banyak menggunakan kenderaan kerana terpaksa pergi ke sana sini mengambil nyawa orang > Aku akan cuba beri pungli > Berapa yang kau sanggup? > 500,000 rupiah! > Ha… ha… terlalu kecil, rupiah untuk mencabut nyawa seorang manusia. Duit minyak dia pun tak lepas!
22
RANCANGAN AYAT > Habis? > Tunggu sahaja sehingga mogok selesai > Batalkan sahaja niat hendak membunuh aku > Kau juga mesti pulangkan dia kepada aku > Tidak mungkin, dia kepunyaan aku > Kalau begitu aku akan tetap membunuhmu > Aku tak akan mati, malaikat sedang mogok, kautahu itu bukan? (Mohalis, “Chis”, Mastika, bilangan 22, Feb. 1981)
23
RANCANGAN AYAT Dalam petikan cerpen di atas, terdapat keutamaan konsep, iaitu usaha untuk mencabut nyawa seseorang. Ada penggunaan kata sendi yang menghubungkan peristiwa dengan peristiwa yang berikutnya. Peristiwa itu boleh diperkatakan secara kronologi. Namun demikian, tidak semua peristiwa itu dapat diperkatakan sepenuhnya. Hal ini bergantung pada keadaan tertentu yang menentukan peristiwa itu. Antara keadaan itu ialah peristiwa itu tidak perlu dijelaskan atau sememangnya tiada perkataan untuk mengatakannya dengan tepat. Walau apapun keadaannya, cerita atau peristiwa berkenaan mestilah ada menunjukkan kaitan P1 sememangnya mempunyai saranan untuk dipilih kriteria kemudahan, iaitu membina saranan yang termudah, kecuali ada sebab yang mendesak untuk menjadikannya kompleks
24
RANCANGAN AYAT Kandungan Illocutionary Kandungan ini membicarakan masalah apakah lakuan cakapan yang mesti dibina oleh P1 dan bagaimanakah P1 membina lakuan cakapan itu. Dalam proses membina lakuan cakapan, penutur menghadapi dua masalah utama, iaitu: a) Jenis lakuan cakapan yang mana hendak disampaikan b) Dalam bentuk apa lakuan cakapan itu hendak dinyatakan Tidak ada kaedah yang paling baik untuk dipilih jenis lakuan cakapan. Keadaan atau kaedah yang berbeda untuk mencapai matlamat yang sama. P1 mestilah berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Apabila jenis lakuan cakapan dipastikan, barulah ditentukan bentuk lakuan cakapan itu. Adakah lakuan cakapan itu mahu disampaikan dalam bentuk langsung atau tidak langsung
25
RANCANGAN AYAT Struktur Tema Dalam rancangan ayat, perlu juga ditentukan struktur temanya, iaitu apakah maklumat sedia dan maklumat baharu tentang peristiwa atau perkara yang diteliti Kemudian ditentukan pula yang mana satu hendak dipilih untuk mencapai matlamat lakuan cakapan itu
26
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Rancangan unsur/konstituen meliputi unsur umum, daripada unsur yang terkecil kepada unsur yang terbesar, daripada perkataan kepada klausa. Klausa terdiri daripada frasa dan merupakan unsur ayat Pada peringkat permulaan, P1 akan merancang beberapa patah perkataan pada sesuatu kata. Kumpulan perkataan yang dirancang itu akan membentuk unsur ayat Pada peringkat ini, P1 akan menentukan jenis wacana, rangka ayat, dan kemudian memilih perkataan yang sesuai untuk merancang unsur ayat
27
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Misalnya: a) to talk about some entity Eq2 hitting another entity E44 b) to place Eq2 as subject and frame and Eq2 hit X as given information, and c) to ask a yes / no question of this content (Clark,H.H., and Clark, E.V., 1977: 249) Langkah seterusnya P1 akan memenuhkan rangka ayat dengan perkataan. “Eq2 = Encik Ahmad”. Di sini ternyata bahawa penutur merancang rangka saranan tersebut untuk membentuk unsur
28
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Cara lain yang telah dikemukakan oleh Foss ialah untuk membentuk ayat bahasa Inggeris, a boy kissed the girl. Mengikutnya, ayat ini mengalami proses berikut: Initial Structure S NP VP art N V NP a
29
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Final Structure S NP VP art N V NP art N a boy kissed the girl
30
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Contoh ayat BM: Ali menendang sebiji bola di padang Struktur Permukaan A FN FKJ N KKJ FN FSN
31
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Struktur Akhir A FN FKJ N KKJ FN FSN PB N S N Ali menendang sebiji bola di padang
32
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Rancangan Unsur demi Unsur Dalam percakapan, P1 akan memilih perkataan unsur demi unsur, dengan tujuan merancang cakapan. Dalam pelaksanaan, matlamat P1 ialah untuk menghasilkan unsur yang dirancang dengan cara selancar yang boleh. P1 akan mula bercakap sebelum unsur itu dirancang dengan sempurna. Dalam keadaan tersebut, P1 terpaksa berhenti, merancang dan mencuba semula unsur itu dengan lancar. Hal ini berkaitan hakikat bahawa kebolehan seseorang itu haruslah mencakupi bidang penguasaan, darjah ketepatan dan kefasihannya berkomunikasi dalam bahasa sasarannya. Ini bermakna, jumlah butiran (perkataan, struktur, nahu, fonem dan lainnya) yang dikuasainya, darjah ketepatan P1 menggunakan butiran itu serta kefasihan P1 menggunakan bahasa tersebut
33
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Dalam percakapan, diandaikan yang P1 akan melakukan perkara seperti yang berikut: a) Cuba menghasilkan setiap unsur dengan lancar supaya percakapan berjalan dengan baik b) Cuba merancang supaya setiap unsur menjadi sebagai satu unit c) Kalau P1 terpaksa berhenti, ia akan memberikan penjelasan sebelum membuat pembetulan dan meneruskan percakapan d) Hentian disebabkan oleh kesulitan dalam memilih perkataan
34
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Penyampaian idea yang lancar, dinamakan sebagai penyampaian idea yang unggul, iaitu kebolehan P1 melaksanakan percakapannya dengan lancar tanpa kesalahan. Hentian hanya dilakukan pada tempat yang konvensional yang dinamakan grammatical juncture antara klausa Pada juntur gramatis ini , biasanya penutur akan berhenti sebentar mengambil nafas dan kemudiannya meneruskannya semula _____________ // __________ // _____________. _________ / ________ / ________ / / ________/ ______ //
35
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Dalam klausa, P1 boleh berhenti di tempat tertentu, iaitu hentian konvensional untuk menjadikan percakapannya itu lebih jelas. Hentiannya lebih ringkas daripada hentian klausa. P1 akan cuba menjadikan percakapannya seunggul yang dapat supaya mudah difahami oleh P2 dan supaya P1 itu dianggap sebagai P1 yang bijak, berkebolehan dan berkesan dalam menyampaikan ideanya Perkara yang merosakkan penyampaian dan idea yang unggul alah hentian senyap dan hentian penuh. Hentian senyap ialah kesenyapan yang berlaku dalam penyampaian, dan hentian penuh ialah hentian yang dipenuhi oleh bunyi tertentu seperti ya... ya...ya..., Ee... Ee ..., Ee..., dan sebagainya
36
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Kelajuan (speed) percakapan akan ditentukan oleh jumlah hentian. Pada dasarnya, hentian akan mengambil 5% hingga 65% jumlah percakapan keseluruhannya Sebahagian besar daripada masa itu terbuang kerana P1 tidak bercakap. Perbedaan hentian yang lain ialah P1 yang cepat bercakap dengan P1 yang lambat bercakap
37
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Ada beberapa jenis kesalahan percakapan (speech error), iaitu: a) ulangan (repeat), iaitu ulangan sepatah atau beberapa patah perkataan dalam baris / frasa / klausa b) perkataan yang salah c) pembentulan, iaitu mengandung penjelasan seperti maksud saya..., apa ni..., dan sebagainya d) hentian senyap e) hentian yang dipenuhi f) seruan! (nada yang agak tinggi) g) kegagapan h) gelinciran lidah (slip of the tongue)
38
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Unsur dalam Perancangan dan Pelaksanaan Cakapan Dalam percakapan, penutur akan merancang rangka ayat. Sesudah itu barulah dirancang unsurnya. Misalnya: a) Rangka dan unsur. Mula-mula penutur akan merancang rangka ayat E1 menembak E2 waktu 3. Kemudian dirancang unsur E pemburu itu, E2 sebagai harimau, dan waktu 3 sebagai malam kelmarin. Maka wujudlah ayat Pemburu itu menembak harimau malam kelmarin b) Kemungkinan yang lain ialah penutur akan merancang rangka ayat yang kurang lengkap. Misalnya E1 peristiwa 4. E1 = pemburu itu, peristiwa 4 = menembak E2 waktu 3 = malam kelmarin. Maka wujudlah ayat Pemburu itu menembak harimau malam kelmarin Ini menunjukkan bahawa kecekapan penutur memilih unsur inilah yang menentukan kelancaran dalam percakapan
39
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Unsur merupakan unit penting dalam perancangan dan pelaksanaan, kerana apabila P1 merancang unit, unit itu dapat diujarkan dengan lancar sambil merancang unsur yang berikutnya untuk pelaksanaan unsur itu. Kadang-kadang P1 mengalami kesulitan, namun ia tetap berusaha untuk melaksanakan unsur itu sebagai satu unit Ini telah dibuktikan oleh Maclay dan Osgood dalam satu kajian mereka. Mereka telah membuat pemerhatian ke atas satu perbincangan akademik, dan mereka mendapati bahawa ahli yang mengambil bahagian dalam perbincangan itu banyak sekali melakukan kesalahan. Misalnya terdapat ulangan perkataan tertentu atau ulangan idea secara langsung dan tidak langsung, dan 89% daripada kesalahan itu melibatkan penggunaan kata tugas, seperti partikel a, the, an, sendi dan kata ganti diri
40
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Ulangan yang salah itu banyak juga melibatkan kata inti, kata nama (konkrit dan abstrak), kata kerja dan lainnya. Sebenarnya, P1 tetap berusaha untuk membetulkan kesalahan tersebut. P1 juga berusaha untuk mengekalkan unsur sebagai satu unit, iaitu sebagai satu kesatuan unsur yang melibatkan kesatuan idea. Contoh ayat berikut memperlihatkan kesatuan hubungan sebab akibat dan hubungan waktu, di samping ayat yang tiada hubungan langsung a) Telefon berbunyi. Dia mengangkatnya dan mula bertanya siapakah yang menelefonnya itu. Rupa-rupanya buah hati yang berada di manca negara b) Dia sudah mengantuk, lalu dia pun menuju ke bilik tidurnya. Ia memakai baju tidur dan merebahkan diri di katil. Kemudian ia mula bermimpi bertemu dengan bidadari c) Telefon berbunyi. Mesir berperang dengan Israel. Tentera mujahidin di Afghanistan menghancurkan tentera Rusia di Kabul. Jet-jet pejuang musuh jatuh di Selat Melaka
41
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Ayat (a) dan ayat (b) itu memasuki satu wacana. Kedua-dua ayat ini memperlihatkan hubungan yang serasi antara sebab akibat dengan waktu. Sedangkan ayat (c) tidaklah dapat dianggap memperlihatkan hubungan wacana kerana tiada hubungan yang serasi dan jelas antara penggalan ayat dalam kesatuan ayat (c) itu Hasil daripada pemerhatian yang dibuat oleh ahli psikolinguistik, dirumuskan bahawa terdapat tiga tempat utama P1 berhenti untuk merancang penghasilan cakapan, iaitu: a) juntur gramatis, iaitu berhenti antara klausa / ayat untuk merancang klausa / ayat yang berikutnya b) sempadan unsur, iaitu terdapat dalam klausa / ayat. Hentian konvensional tempat merancang klausa / ayat yang berikutnya dengan ditandai oleh hentian yang dipenuhi c) sebelum kata inti yang pertama antara unsur
42
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Tempat P1 mengambil masa untuk merancang kata berikutnya, lazimnya ditandai oleh hentian senyap. Hentian ini wujud untuk memastikan bahawa penyampaian yang unggul dan pemisahan bercakap dapat dibuat dengan licin dan sistematik demi menjamin kelancaran idea Untuk menghasilkan percakapan yang unggul, P1 melakukan hentian (b) dan (c) di atas. Oleh sebab tekanan untuk terus bercakap atau berbual, maka P1 terpaksa terus bercakap walaupun perancangan yang dibuatnya belum sempurna. Oleh itu, ia tidak dapat berhenti lebih lama untuk merancang percakapan yang lebih unggul
43
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
Perhentian yang sekejap itu juga dilakukan supaya peluang bercakap tidak terlepas ke tangan P1 lain. Jika peluang bercakap sudah terlepas, maka P1 itu akan berasa sukar untuk merampas peluangnya semula Untuk maksud ini, hentian (c) di atas digunakan. Hentian itu menandakan cara yang digunakan oleh penutur jika ia terpaksa berhenti kerana terlupa (idea atau kata tertentu), mencari perkataan yang sesuai untuk mengatakan hasratnya, memilih contoh yang sesuai untuk menguatkan hujahnya atau membetulkan kesalahan yang terujar Jadi, unsur ialah unit yang terpenting dalam perancangan penghasilan cakapan.
44
RANCANGAN UNSUR/KONSTITUEN
P1 akan menggunakan seruan untuk menunjukkan perasaan “seruan” yang kuat atau untuk menandakan ia terpaksa berhenti, berfikir tentang apa-apa yang wajar diperkatakan Pembetulan yang dibuat menandakan yang ia telah tersilap. Untuk membetulkan kesilapan, P1 terpaksa memilih perkataan atau frasa tertentu yang lebih tepat dan betul dari segi tatabahasa bahasa yang diucapkannya P1 biasanya sedar jika ia melakukan kesilapan, dan secara spontan ia akan cuba menggantikan semua perkataan yang salah itu dengan perkataan yang lebih tepat maknanya
45
KESUKARAN MERANCANG Dalam perancangan percakapan, tujuan utamanya ialah untuk mencapai tingkat penyampaian idea yang unggul. Keunggulan itu akan tercemar apabila P1 mengalami kesukaran dalam percakapan. Ada dua sumber kesukaran merancang, iaitu kesukaran kognitif dan kesukaran akibat faktor sosial Dalam keadaan biasa, amatlah sukar untuk penutur mencapai tingkat penyampaian yang unggul. Sukarno sendiri pun yang terkenal sebagai pemidato yang terkemuka di rantau ini, masih banyak terdapat kelemahan dari segi sebutan dan percakapannya kadang-kadang tidak juga lancar. Semua ini dipengaruhi oleh keadaan kotak bahasa pada belahan otak sebelah kiri dan juga keadaan keliling, iaitu tempat P1 tinggal dan bergaul dengan masyarakatnya
46
KESUKARAN MERANCANG Kesukaran kognitif ialah kesukaran yang melibatkan daya pemikiran. Dalam satu pemerhatian, Taylor telah menyuruh subjek menghasilkan ayat secepat-cepatnya setakat yang boleh berdasarkan tajuk tertentu, seperti perihal kereta, mikroskop, kegembiraan dan pengaruh. Kereta dan mikroskop ialah benda yang konkrit, sedangkan kegembiraan dan pengaruh bersifat mujarad Taylor mendapati bahawa subjek mengambil masa yang singkat untuk menghasilkan kata pertama dan seterusnya rentetan kata yang lain untuk membuat ayat bagi benda yang konkrit itu, sedangkan subjek mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan kata pertama dan seterusnya rentetan kata yang lain untuk membuat ayat bagi perkataan yang bersifat mujarad. Ini menunjukkan bahawa subjek mengalami kesukaran kognitif untuk menghasilkan perkataan yang bersifat mujarad
47
KESUKARAN MERANCANG Goldman Eister telah membuat uji kaji yang lain untuk melihat masalah yang sama, iaitu kesukaran kognitif. Subjeknya dipersembahkan dengan siri kartun yang popular di Amerika Syarikat Kumpulan pertama subjek disuruh menceritakan darihal kartun itu, manakala kumpulan yang kedua disuruh memberikan sebab dan fikirkan mengapa siri kartun itu dapat menggelikan hati Kumpulan pertama dapat memberikan jawapannya dengan lancar, tetapi kumpulan yang kedua didapati terhenti-henti dan melakukan banyak kesilapan lain. Ini membuktikan bahawa ia mengalami kesukaran yang melibatkan daya pemikiran
48
KESUKARAN MERANCANG Demikian juga halnya dalam perbualan harian. Jika kita membuat pemerhatian terhadap satu kumpulan subjek, kita akan mendapati bahawa kumpulan subjek itu akan memulakan sesuatu tajuk percakapan itu dengan lembab dan banyak kesilapan Namun demikian, apabila percakapan itu sudah berjalan agak lama, maka percakapan itu akan menjadi lebih lancar. Ini menunjukkan bahawa peserta itu telah dapat membina pelan keseluruhan tentang apa-apa yang dicakapkan itu
49
Contoh lain dapat diperhatikan daripada gambar rajah di bawah:
KESUKARAN MERANCANG Contoh lain dapat diperhatikan daripada gambar rajah di bawah: Inflasi di Malaysia Peperangan di Irak A B C A B C (lancar kerana ini bukan tajuk baharu) (kurang lancar, banyak melakukan kesilapan kerana tajuk baharu)
50
KESUKARAN MERANCANG Dalam bilik darjah, guru kerap mengalami kesulitan untuk membawa muridnya berbincang tentang sesuatu tajuk. Yang paling sukar ialah mencari orang pertama membuka mulut, yang sanggup jadi hero atau wira Apabila orang yang pertama itu ditemukan, maka perbincangan itu biasanya akan menjadi lebih rancak, kerana orang lain akan mengikut jejak orang pertama. Hal ini juga berlaku pada peringkat institusi pengajian tinggi
51
KESUKARAN MERANCANG Kesukaran Akibat Faktor Sosial Faktor sosial ini dapat dilihat dari dua aspek, iaitu kekhuatiran (auxivity) dan sosial. Apabila penutur berada dalam suasana kekhuatiran, ia akan mengalami kesukaran dalam percakapan kerana fikirannya terganggu Ia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap tajuk percakapan kerana fikiran dan perasaannya dibawa ke tempat lain yang entah di mana. Akibatnya, penutur sering meminta penjelasan terhadap pertanyaan yang diajukan kepadanya
52
KESUKARAN MERANCANG Dari aspek sosial pula, kita dapati penutur biasanya menghadapi tekanan untuk terus bercakap. P1 terpaksa berhati-hati supaya peluangnya tidak direbut oleh orang lain. Oleh itu, hentian yang wujud akan cuba dipenuhi dengan apa-apa cara sekali pun. Ini terjadi terutamanya kepada orang yang memang suka bercakap kerana pembawaan semula jadinya memang begitu Dalam syarahan atau ucapan, P2 tidak mengambil bahagian. Jadi, P1 akan cuba menghasilkan cakapannya dengan cermat. Ia banyak melakukan hentian senyap, sama ada untuk menunjukkan ia berhati-hati bercakap ataupun ia mahu P2 mendengar, dan seterusnya dapat memahami percakapannya dengan baik
53
PROGRAM ARTIKULASI Percakapan mengandung rentetan gerak artikulasi (articulatory glesture), yang melibatkan otot di dalam dan di luar mulut. Pelaksanaan cakapan ini memerlukan perancangan, iaitu untuk memberikan arah urutan dan ketepatan masa gerak artikulasi. Otot yang mana patut bergerak, dan bila patut bergerak Misalnya untuk menyebut fonem tertentu dalam bahasa Melayu, maka alat dan daerah artikulasi perlulah diarahkan kepada keadaan yang tertentu supaya bunyi yang dihasratkan itu terlaksana Alat artikulasi ialah alat yang boleh digerak-gerakkan seperti bibir bawah, depan lidah, belakang lidah, dan sebagainya. Daerah artikulasi pula ialah alat yang tidak boleh digerak-gerakkan seperti lelangit keras, gusi atas, dan sebagainya
54
PROGRAM ARTIKULASI Vokal yang dihasilkan oleh mekanisme artikulasi adalah seperti yang berikut: depan tengah belakang sempit i u separuh e o sempit separuh ɛ ǝ ɔ luas luas a
55
PROGRAM ARTIKULASI Dalam menghasilkan bunyi vokal, udara yang keluar daripada paru-paru tidak mendapat halangan Jenis vokal yang dihasilkan itu bergantung pada: a) posisi bibir b) tinggi rendahnya lidah c) gerak lidah ke depan atau ke belakang
56
PROGRAM ARTIKULASI Posisi bibir: Bentuk bibir pada waktu menghasilkan bunyi, sama ada bundar atau rata. Vokal bundar (luas) o, u, a. Vokal tidak bundar (sempit) i, e Tinggi rendahnya lidah: Hujung lidah dan belakang lidah dinaikkan untuk mewujudkan bunyi vokal depan seperti i, e. Jika belakang lidah sahaja yang dinaikkan, maka wujudlah bunyi vokal belakang seperti u, o. Jika lidah itu rata sahaja, maka wujudlah vokal e (pepet) Gerak lidah ke depan atau ke belakang: Ukurannya ialah jarak antara lidah dengan gusi. Jika lidah dekat dengan gusi, wujudlah bunyi vokal atas i, u. Jika lidah digerakkan sedikit dari gusi, wujudlah bunyi vokal tengah e (pepet), dan jika lidah digerakkan lebih jauh, maka wujudlah bunyi vokal bawah a
57
PROGRAM ARTIKULASI Dalam menghasilkan bunyi konsonan, udara yang keluar daripada paru-paru mendapat halangan yang pelbagai bentuknya. Berdasarkan ini, maka contoh jenis konsonan dapat dilihat melalui pembahagian berikut: JADUAL JENIS KONSONAN
58
PROGRAM ARTIKULASI Untuk menentukan arah urutan dan gerak artikulasi, pita suara juga memainkan peranan yang penting. Pita suara dapat dibahagikan kepada empat bentuk dalam menghasilkan bunyi a) Glotis terbuka lebar dan udara daripada paru-paru tidak mendapat halangan sedikit pun. Misalnya untuk menyebut [h]. b) Glotis tertutup rapat. Udara ditahan oleh pita suara. Bunyi yang terhasil ialah bunyi hentian glottis (glottal stop) ? c) Bahagian atas glotis terbuka sedikit. Udara yang keluar dapat menggetarkan pita suara, maka wujudlah bunyi bersuara. Apabila pita suara tidak digetarkan, maka wujudlah bunyi tidak bersuara d) Bahagian bawah glotis terbuka sedikit. Dengan itu, kekuatan udara hilang atau berkurang sehingga ujaran juga menjadi kurang kekuatannya. Hal ini terjadi ketika kita berbisik
59
PROGRAM ARTIKULASI Rancangan tersebutlah yang dinamakan program artikulasi. Fenomena di atas itu ternyata pada keadaan yang terjadi akibat daripada gelinciran lidah Gelinciran lidah terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu: a) harapan b) pengekalan c) pusing balik d) campuran e) hapologi f) salah peroleh g) gantian perkataan
60
PROGRAM ARTIKULASI Pada suatu masa dahulu, pembaca berita RTM pernah menyebut bahawa ramai bangsa banjir. Ini menunjukkan bahawa harapan [b] berlaku lebih awal sehingga terkena pada perkataan lain, mangsa jadi bangsa Demikian juga halnya dalam perbualan sehari-hari, kita kerap tersalah sebut. Misalnya kita ingin menyebut ayat Orang Melayu sembelih lembu, menjadi Orang selayu sembelih lembu, Mahasiswa berlanggar motor menjadi Mahasiswa melanggar motor. P1 mengharapkan [s] dan [m] terlalu awal. Itulah sebabnya pada peringkat struktur dalaman Melayu dan berlanggar, tetapi pada peringkat struktur luaran menjadi selayu dan melanggar. Keadaan seperti ini juga amat biasa terjadi ketika kita menaip. Fonem awal perkataan terdahulu sering dipengaruhi oleh fonem awal perkataan kemudian
61
PROGRAM ARTIKULASI Dalam program artikulasi ini, terdapat beberapa unit penting yang perlu diambil kira, iaitu fitur distingtif, penggalan fonetik, suku kata, kata dan unsur yang lebih besar seperti frasa dan klausa. Contoh dalam gelinciran lidah membuktikan bahawa program artikulasi ini mengendalikan fitur distingtif Fromkin memberikan contoh bahawa sebutan Terry and Julia, iaitu /t/ fonem tak bersuara dan /j/ fonem bersuara, kadang-kadang berlaku perbedaan fitur distingtif menjadi Derry and Culia, /d/ fonem bersuara dan /c/ fonem tak bersuara. Jadi, fitur distingtif bersuara dan tidak bersuara sering bertukar ganti dalam penghasilan percakapan
62
PROGRAM ARTIKULASI Penggalan fonetik dalam gelinciran lidah juga saling bertukar. Fromkin memberikan contoh berikut: with this ring l three-wed menjadi with this wing l three-red left hemisphere menjadi heft lemisphere sumatera menjadi samutera Pusing balik penggalan fonetik melibatkan suku kata. Suku kata yang sama kedudukannya yang sering bertukar ialah penggalan pertama. Misalnya kicap menjadi cikap. Mungkin juga penggalan kedua yang bertukar, a tank of gas menjadi a gas of tank atau yang lebih besar lagi, klausa, wing is being served at dinner menjadi dinner is being served at wing
63
PROGRAM ARTIKULASI * Program artikulasi dibentuk sebelum penghasilan cakapan, iaitu pada peringkat perancangan dan pembentukan cakapan. Perancangan dan pembentukan cakapan ini mengalami lima peringkat, iaitu: a) pemilihan makna b) pemilihan garis kasar sintaksis: rentetan petak dan ditentukan yang mana patut diberikan penekanan dan yang mana tidak diberikan penekanan c) pemilihan kata inti, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata bantu untuk dimuatkan dalam petak itu Ali tendang bola itu d) pembentukan imbuhan dan kata tugas Ali dapat meN+tendang Bola itu e) penentuan penggalan fonetik
64
PROGRAM ARTIKULASI P1 perlu menguasai apa yang hendak dikatakannya supaya sejajar dengan makna yang dihasratkan. Kadang-kadang mungkin kerana P1 menumpukan perhatiannya kepada sesuatu perkara pada masa merancang, maka kesilapan berlaku dengan tidak disedari. Misalnya: Banyak pelajar-pelajar hadir... Mereka-mereka... Dia belum layak memegang jawatan itu Saya memberitahu kepada polis kejadian itu Ahmad ingin memberitahu sekali lagi hal itu kepada Ali
65
PROGRAM ARTIKULASI Kelima-lima peringkat yang tersebut di atas itu terbukti daripada contoh pusing balik yang dikemukakan oleh Fromkin. Misalnya: a weekend for maniac a weekend for maniac s Sebelum diisi unsur, P1 terlebih dahulu membina serentetan petak. Kalau berlaku kesilapan dalam mengisi petak berkenaan, seperti a maniac for weekend, maka s tetap tidak berubah
66
PROGRAM ARTIKULASI Persembahan Kata dalam Program Artikulasi Dalam percakapan, berlaku satu fenomena hujung lidah, iaitu tip-of-the tongue. Ini membuktikan bahawa tidak semua perkataan itu dapat dimasukkan ke dalam program artikulasi Clark & Clark memberikan contoh perihal seseorang yang ditanyai tentang perahu Cina yang dasarnya leper, namanya sampa. Kemungkinan orang yang ditanyai itu mengetahui adanya nama perahu itu wujud, cuma ia lupa hendak menyebut sampan. Mungkin ia mengingati perkataan sandal, tincan, dan sebagainya. Selepas beberapa hari, apabila ditanya lagi serta merta ia mengingati perkataan sampan, dan terus menyebutnya Jadi, ternyata bahawa fenomena hujung lidah itu merupakan suatu pengalaman
67
PROGRAM ARTIKULASI Pada peringkat permulaan, P1 akan beroleh perkataan yang seakan-akan perkataan sasaran, mungkin sampin. P1 menyedari bahawa perkataan sampin itu bukanlah perkataan sasaran. Ini bermakna bahawa P1 telah memperoleh sebahagian daripada maklumat fonologi bagi perkataan sasaran itu Akibatnya, apabila seseorang itu hendak membentuk kata, ia mungkin melakukan kesilapan. Ia berhenti seketika untuk mengingati kata yang ingin disampaikannya. Ia melakukan gelinciran lidah. Kadang-kadang ia melakukan kesilapan malaproprisme, iaitu menggunakan perkataan yang bukan kata sasaran, tetapi ada persamaan fonologi dengan perkataan sasaran. Contoh yang lain: apprehend reprehend arrangement derangement sumatera samudra satria satira transposisi transisi
68
PROGRAM ARTIKULASI Artikulasi Setelah dibentuk program artikulasi itu, barulah dihasilkan apa-apa yang dirancang, iaitu penghasilan yang sebenar. Ini merupakan peringkat yang terakhir Arahan yang dihantarkan daripada program artikulasi kepada organ artikulasi menentukan tempat atau sasaran yang sepatutnya bagi organ artikulasi itu dalam pengujaran sesetengah penggalan fonetik. Apabila percakapan dipercepat untuk mencapai sasaran itu, maka pengujaran menjadi bertambah sukar. Misalnya, untuk menghasilkan kata makan. Arahan program artikulasi akan menentukan di manakah sepatutnya setiap otot berada dan bila masanya otot itu mesti berada di situ
69
PROGRAM ARTIKULASI Dengan itu, dalam percakapan cepat, akan wujudlah fenomena berikut: pukul lapan pukulapan want to wanto tengah hari tengahari sama ada samada alat tulis alatulis kereta api keretapi bandar raya bandaraya tempoh hari tempohari
70
PROGRAM ARTIKULASI Kadang-kadang pula sesetengah penggalan fonetik itu dicantumkan. Misalnya get you menjadi getyu. Kanak-kanak yang pelat semasa bercakap biasanya menentukan di manakah setiap otot mesti berada ketika ia bercakap. Pelat itu berlaku kerana P1 itu sukar hendak mencapai perkataan sasaran P1 (kanak-kanak) biasanya mencapai perkataan sasaran dengan cara yang mudah. Misalnya untuk menyebut match, organnya terlalu sukar untuk menyebut [ č ]. Jadi, ia menyebut mat sahaja. Demikian juga halnya dengan orang Cina yang baru belajar bahasa Melayu, lari disebut lali, mari disebut mali, ramai disebut lamai. Orang India pula sukar menyebut [ h ], darah disebut dara, dadah disebut dada
71
MASALAH PERANCANGAN PENGHASILAN CAKAPAN
Dalam merancang, P1 akan menghadapi masalah, terutamanya dalam aspek pemilihan alat linguistik. Untuk mempengaruhi P2, P1 membuat pertimbangan berikut: a) Pengetahuannya terhadap P2: Biasanya penutur akan merujuk orang ketiga seperti nya, beliau, jiran sebelah, perempuan itu, lelaki ini, orang tua itu, dan sebagainya. Apa pun bentuk orang ketiga, bergantung pada apa yang P1 fikirkan untuk diketahui oleh P2. P1 akan menggunakan ungkapan kata ganti dia atau orang itu atau jiran saya, apabila P1 mengetahui yang pendengar mengetahui atau mengenali perihal orang ketiga itu b) Prinsip bekerjasama: P2 menganggap bahawa P memperkatakan kebenaran, maklumat dengan cukup, munasabah dan jelas
72
MASALAH PERANCANGAN PENGHASILAN CAKAPAN
c) Prinsip hakiki: P1 mesti memperkatakan peristiwa yang dapat difahami oleh P2. P2 mengharapkan yang P1 tidak berbohong, dan apa yang dipercakapkan itu dapat diterima akal d) Penentuan konteks sosial: Hal ini bersangkutan dengan perkataan yang digunakan. Misalnya perkataan kata ganti diri pertama saya atau aku. Kalau persahabatan masih belum akrab, dan dalam suasana rasmi, maka P1 akan menggunakan kata ganti saya, tetapi kalau sudah akrab persahabatan, dan dalam suasana tidak rasmi, maka penutur akan menggunakan kata aku Demikian juga panggilan kepada orang yang lebih tua dan dihormati seperti encik, tuan, puan, pak cik, mak cik, dan juga panggilan pada orang yang lebih muda seperti kamu, awak, dan sebagainya
73
MASALAH PERANCANGAN PENGHASILAN CAKAPAN
e) Alat linguistik yang ada: Apa yang hendak dicakapkan itu bergantung pada sumber linguistik yang ada. Misalnya, jentera yang menolak benda besar, kita namakan jentolak. Dahulu perkataan ini tidak ada kerana benda itu belum wujud. Demikian juga dengan perkataan lain yang baru diwujudkan seperti: jelu = jenaka lucu pawagam = panggung wayang gambar maging = binatang yang makan daging maun = binatang yang makan daun maserba = binatang yang makan serba serbi Portugal = Persatuan Orang Tua Gatal Contoh di atas itu ialah pembentukan istilah secara yang tidak dibenarkan, tetapi telah wujud dan digunakan pada satu ketika dahulu sehingga dianggap kata yang wajar. Pada masa ini, pembentukan istilah baharu masih berteraskan alat linguistik yang ada dalam bahasa kita, tetapi perlu mematuhi peraturan tertentu seperti yang tercatat dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia
74
RUMUSAN PENGHASILAN CAKAPAN
Penghasilan cakapan yang berlaku itu sebenarnya mengalami proses perancangan, iaitu daripada rancangan wacana hinggalah kepada artikulasi. Proses tersebut amat kompleks sifatnya. Hal ini disebabkan oleh keterlibatan proses minda yang berlaku ketika penutur menghasilkan cakapan Dalam penghasilan cakapan, operasi dalam pemahaman: fonologi, sintaksis, semantik dan penyuntingan sosial perlu dilaksanakan juga, namun penyusunannya berbeda sekali, iaitu: a) operasi semantik: pemilihan perkataan yang sesuai dengan idea atau makna yang dihasratkan b) Operasi sintaksis: pemilihan pola ayat yang sesuai dan menerusi pola ayat inilah semua perkataan yang terpilih dalam operasi semantik itu disusun c) Operasi fonologi: melibatkan tugas menerbitkan idea dalam bentuk bunyi bahasa yang dihasilkan oleh sistem ujaran melalui mekanisme artikulasi
75
RUMUSAN PENGHASILAN CAKAPAN
P1 menggunakan bahasanya bergantung pada P2. Hal ini merangkumi maksud pelbagai jenis bahasa, nahu bahasa berkenaan dan juga aspek sosiolinguistik bahasa itu. Misalnya, bahasa yang digunakan terhadap teman akrab, orang yang lebih muda, orang yang lebih tua, suasana formal, suasana tidak formal, dan sebagainya. Hal ini inilah yang disebut sebagai penyuntingan sosial dalam penghasilan Bahasa Semua operasi yang tersebut di atas dibuat secara tidak sedar dan dilaksanakan secara automatik. Ini menyebabkan semua operasi minda yang kompleks dan semua kesukaran yang dihadapi ketika membuat keputusan dalam penghasilan cakapan itu tidak ketara
76
RUMUSAN PENGHASILAN CAKAPAN
Proses dalam penghasilan cakapan ini dapat digambarkan secara ringkas seperti yang berikut: Nahu Semantik Penyuntingan Idea Sintaksis Sosial Berita Fonologi
77
KESIMPULAN Perancangan penghasilan cakapan ialah proses yang berlaku sebelum bunyi bahasa dihasilkan untuk menyampaikan sesuatu hasrat Peringkat perancangan cakapan melibatkan elemen rancangan wacana, dialog dan monolog dan struktur wacana Rancangan ayat melibatkan elemen kandungan sarana, kandungan illocutionary dan struktur tema Rancangan unsur/konstiuen melibatkan elemen rancangan unsur demi unsur, dan unsur dalam perancangan dan pelaksanaan cakapan
78
KESIMPULAN Kesukaran merancang merangkumi kesukaran kognitif dan kesukaran akibat faktor sosial Program artikulasi melibatkan elemen gelinciran lidah, peringkat pembetulan, persembahan kata dan artikulasi Masalah perancangan cakapan boleh dikesan dari segi pengetahuan P1 terhadap P2, prinsip kerjasama, prinsip hakiki, penentuan konteks sosial dan alat linguistik Penghasilan cakapan melibatkan operasi semantik, operasi sintaksis, operasi fonologi dan penyuntingan sosial
79
MADAH PUJANGGA ORANG BIASA HANYA PERCAYA PADA HAL YANG MUNGKIN. ORANG LUAR BIASA MAMPU MENGGAMBARKAN BANYAK HAL YANG TIDAK MUNGKIN DENGAN JELAS , KEMUDIAN MENGUBAHNYA MENJADI MUNGKIN Wahai anakanda ayah ingatkan tanggungjawabmu jangan abaikan jagalah hak dan tunaikan kewajiban supaya hidupmu diberkati Tuhan
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.