Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
UNIT 3 PEMEROLEHAN BAHASA
2
Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan:
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > pengertian pemerolehan bahasa > konsep dan proses pemerolehan bahasa pertama > teori pemerolehan bahasa
3
PEMEROLEHAN BAHASA Bahasa seantero dunia yang dianggarkan 6 ribu telah digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi dengan diri dan orang lain Bahasa diwujudkan oleh dua komponen utama, iaitu bunyi ucapan, dan kesatuan pengalaman yang mencakup cita, rasa, karsa dan makna Kedua-dua komponen itu bertalian padu dan saling berinteraksi, saling menentukan dan saling mempengaruhi secara sistematik, yang mewujudkan pola tertentu
4
PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA
Siapa yang memperoleh bahasa? > Kanak-kanak yang sihat dan normal, yang tidak cacat organ percakapannya, pendengarannya dan otaknya Bila proses ini bermula? > Sejak hari pertama bayi itu dilahirkan, iaitu lahir bersama dengan kebolehan kognitif untuk memperoleh bahasa, dan dengan pengalaman dan interaksi yang cukup, proses pemerolehan itu akan berjalan dengan efisien Neuropsikolinguistik telah membuktikan bahawa belahan otak kiri manusia berfungsi untuk memproses bahasa, dan bahagian ini dinamakan pusat bahasa (speech centre)
5
PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA
Pusat bahasa itu berkembang selaras dengan perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak semasa ia melalui proses pembelajaran Bila pemerolehan bahasa itu selesai? > Apabila kanak-kanak itu mencapai usia 4 – 6 tahun Pada peringkat ini, pusat bahasa kanak-kanak sudah agak matang, dan ia sudah memperoleh segala keperluan asas untuk berkomunikasi melalui bahasa ibundanya Ia sudah mempunyai kelengkapan yang agak cukup untuk menghadapi proses pembelajaran bahasa di sekolah Selepas usia 4 – 6 tahun, kadar kelajuan pemerolehan bahasa mulai turun, dan tertumpu pada aspek yang lebih seni yang kurang diperlukan dalam komunkasi harian
6
PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA
Terdapat juga kes, individu yang lewat memperoleh bahasa, seperti Peter anak liar yang ditemukan dekat Hannover (1723), Victor orang liar dari Aneyron (selatan Perancis, 1920, Ramu yang dipelihera serigala dari Lucknow (India – 1954), dan anak perempuan Amerika bersama ayam dalam reban yang diselamatkan pihak berkuasa Kecacatan mekanisme artikulasi (keturunan atau kemalangan), termasuk gangguan emosi akan menghambat perkembangan bahasa. Ibu bapa yang tuna wicara akan menyebabkan anak-anaknya lambat memperoleh bahasa, kecuali jika mereka terdedah dengan rakan sebaya
7
PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA
Manusia sahajalah yang beroleh bahasa, sedangkan makhluk lain tidak boleh berbahasa, kerana tidak mempunyai kebolehan kognitif, walaupun sesetengahnya mempunyai persamaan fizikal dengan manusia Organ satwa untuk tujuan penggunaan bahasa isyarat bukan untuk berbahasa. Contohnya, Cimpanzi yang diajar bahasa tetapi gagal. Walaupun terdapat satwa yang boleh membunyikan kata tertentu apabila diajar, namun, satwa tersebut tidak memahaminya Pemerolehan bahasa ialah proses dalam diri kanak-kanak pada masa mereka sedang memperoleh pengetahuan dan kemahiran tentang alam. Mereka berupaya menghasilkan bahasa yang difahami oleh kanak-kanak lain
8
PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA
Bahasa merupakan alat perhubungan yang efisien, yang boleh dibawa oleh beberapa perantara seperti sistem braille, sistem bunyi atau pertuturan Dalam konteks ini, pemerolehan bahasa pertama ialah pemerolehan bahasa alamiah, iaitu bukan bahasa buatan (bahasa komputer atau satwa) Bahasa pertama ialah bahasa ibunda, iaitu bahasa anak peribumi yang asli, tempat bahasa itu muncul, menjadi alat komunikasi dan pewarisan kebudayaaan Bahasa pertama juga boleh terjadi daripada bahasa yang dianggap penting dalam kehidupan individu, biarpun tidak diwarisi. Contohnya, Baba Melaka yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, sedangkan bahasa ibundanya bahasa Cina
9
PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA
Pemerolehan bahasa pertama merupakan situasi pembelajaran bahasa yang alamiah (natural), dan tidak disogokkan oleh guru seperti pembelajaran bahasa kedua Belajar bahasa pertama, terbahagi dua, iaitu: > Bahasa pertama pada masa kanak-kanak kecil dengan nama pemerolehan bahasa pertama. Strategi pembelajaran dirancang oleh kanak-kanak sendiri > Belajar bahasa pertama setelah besar di sekolah, agar mereka boleh bertutur dengan cara yang lebih baik dan berkesan Yang penting dalam pembelajaran bahasa ibunda ini ialah ketelitian pernyataan sendiri dan ketelitian menanggap belit-belit fikiran orang lain
10
PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA
Proses pemerolehan bahasa kedua dan bahasa pertama adalah sama, iaitu: > individu berkenaan biasanya sudah mempunyai bahasa pertama untuk memenuhi keperluan berkomunikasi > pusat bahasanya sedang atau sudah matang > bahasa kedua diperoleh secara sedar dan formal Kemahiran berbahasa, sama ada bahasa pertama atau bahasa kedua, yang aktif ataupun yang pasif, merupakan milik yang berharga bagi setiap orang
11
PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA
Rumusannya, pemerolehan bahasa ialah satu proses penerimaan dan penambahan bahasa melalui satu organisme, untuk mendapatkan, menerima dan menambah pengetahuan bahasa kepada seseorang untuk membolehkannya menguasai bahasanya dengan sempurna. Kesempurnaan itu dinilai daripada kedua-dua konteks, iaitu menuturkan bahasa dan memahami bahasa
12
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Terdapat dua teori yang besar, iaitu Empiris dan Rasionalis Teori Empiris menganggap tiada idea yang mujarad. Semua idea datangnya daripada pengalaman, dan makna perkataan adalah arbitrari. Teori ini mementingkan apa-apa yang dapat dilihat dan diuji berdasarkan data empiris Teori Rasionalis pula menganggap idea yang mujarad memang wujud dalam bahasa. Idea bersifat nurani dan makna adalah arbitrari. Teori ini mempunyai ruang lingkup yang lebih luas, dan mementingkan kebolehan semula jadi, iaitu mementingkan apa-apa yang harus difikirkan, asalkan logik dan rasional
13
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Teori yang dikenali dengan nama Empirisme, dan tergolong dalam keluarga teori belajar Asosiasi Perangsang Laku berkembang pada tahun 1950-an dan 1960-an. Pelopor teori ini dinamakan behavioris Tokoh penting yang berkaitan behaviorisme ialah: > John B Watson: bebaviorisme > L. Thorndike: Koneksionisme > Pavlov: Mediation > Skinner dan Guthrie: neubehaviorisme atau teori Peneguhan Mereka menganggap bahawa manusia dan satwa adalah sama dalam proses pembelajaran
14
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Teori ini menganggap: > Tiada perbedaan antara cara belajar bahasa dengan cara belajar perkara lain > Pembelajaran dikawal oleh keadaan tempat pembelajaran itu berlaku > Perbedaan jika ada disebabkan oleh perbedaan pengalaman belajar dan perbedaan alam sekeliling > Bahasa dianggap sebagai perangai, iaitu kegiatan manusia dalam lingkungan. Otak dianggap sebagai tempat gelap, dan tidak relevan dengan kajian linguistik > Yang relevan ialah kalimat sebagai perangai, kerana dapat diselidiki. Stimulus – Respons (S-R)
15
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Behavioris memberikan penekanan pada bahagian luar bahasa perangsang melalui telinga perangsang otak sebagai tempat bahasa melalui melalui mata gelap mulut perangsang melalui indera lain Aliran Perangai (S – R)
16
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Ujaran ialah respons terhadap rangsangan. Rangsangan boleh berupa lisan atau dalaman (dalam diri). Misalnya dahaga dan lapar akan mewujudkan ujaran “Saya hendak minum/makan” Kanak-kanak memerlukan bantuan (persetujuan orang dewasa) dalam menghasilkan respons terhadap rangsangan. Respons perlu diulang secara latih tubi supaya pembelajaran berlaku, tidak memadai dengan memperhatikan dan mendengar sahaja Pavlov telah menggunakan anjing sebagai eksperimen. Setiap kali diberi makan, dibunyikan loceng. Apabila loceng dibunyikan, tetapi makanan tidak diberi, anjing tetap mengeluarkan air liurnya. Keadaan ini dinamakn refleks dikondisi (RD)
17
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Air liur anjing ialah laku (respons) yang dinamakan refleks yang dikondisi, loceng ialah perangsang yang dikondisi RD merupakan elemen yang menjadi dasar semua kebiasaan (habit), dan belajar ialah rantai yang panjang daripada refleksi yang dikondisi itu. Kondisi berjaya jika ada hadiah Walaupun psikologis moden menganggap belajar bukanlah rantai RD, melainkan usaha yang diatur secara koperatif oleh bahagian organisme, namun, konsep RD ini penting sebagai contoh dan perbandingan Kemampuan seseorang untuk membentuk refleks RD berhubung erat dengan sistem saraf. Perbedaan RD dapat diperkuat dengan ulangan/pengukuhan/peneguhan
18
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Thorndike telah melakukan eksperimen trial and error terhadap seekor kucing yang ditempatkan dalam sangkar, dan dapat dibuka dengan menekan engselnya. Dalam usahanya untuk keluar, kucing itu mencakar ke sana ke mari, dan tanpa sengaja, tertekan engsel. Pintu pun terbuka. Eksperimen itu diulang-ulang, sehingga akhirnya masa yang diambil kucing untuk keluar semakin singkat Ini menunjukkan bahawa belajar ialah proses menghubungkan peristiwa fizikal dengan peristiwa mental dalam sistem saraf, dan tiada hubungan dengan insight (pengertian dalam), Oleh itu, teori Thorndike ini dikenali dengan nama Koneksionisme (connectionism) atau S – R bond theory
19
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Peristiwa fizikal ialah perangsang (stimulus) atau laku (respons), dan peristiwa mental ialah sesuatu yang dapat ditanggap oleh fikiran Thorndike merumuskan dua hukum belajar yang fundamental, iaitu the law of exercise dan the law of effect The law of exercise ialah hukum pembentukan kebiasaan, yang terbahagi dua, iaitu the law of use dan the law of disuse. Jika perangsang sering diikuti laku, maka hubungan semakin diperkuat dengan latihan ulangan, agar kemahiran yang mekanis dapat diperoleh Contoh yang lain ialah belajar naik basikal, menaip, memandu, dan sebagainya
20
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
The law of effect ialah pengukuhan, iaitu jika laku itu diperkuat, maka laku itu cenderung untuk diulang. Jika tidak, laku itu akan mati Teori ini menekankan hubungan antara pertuturan dengan situasi. Penguasaan bahasa yang berkesan merupakan penghasilan respons yang betul terhadap rangsangan. Jika ada peneguhan, maka terbentuklah generalisasi terhadap rangsangan, yang kemudiannya menjadi habit Kanak-kanak dapat bertutur kerana diberi hadiah, seperti pelukan, ciuman, senyuman, susu, dan sebagainya Hubungan antara bahasa dengan objek perlu diperkuat. Misalnya, kata buku perlu ditunjukkan bentuk sebenarnya. Kata yang mujarad pula perlu diperjelas dalam bahasa ibunda pelajar
21
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Skinner terkenal dengan aliran neubehaviorismenya, berasaskan eksperimennya terhadap seekor tikus yang dimasukkan dalam kotak Skinner Apabila tikus memijak batang besi dalam kotak itu, bijirin akan jatuh. Pada awalnya, tikus memijak batang besi itu tanpa sengaja. Setelah beberapa waktu, tikus itu mengetahui bahawa pijak batang besi akan dapat bijirin Bijirin ialah pengukuh, penekanan batang besi ialah peristiwa pengukuhan, munculnya makanan ialah perangsang pengukuhan, dan laku tikus itu ialah laku dikondisi Skinner membuat kesimpulan bahawa pengukuhan akan menambah kemungkinan berulangnya sesuatu laku. Jadi, pengukuhan perlu diberi dengan cepat sebelum diganggu oleh tingkah laku lain
22
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Yang penting diperhatikan ialah korelasi antara stimulus dengan respons yang dapat diamati, dengan tidak memikirkan hubungan mental kedua-duanya kerana tidak dapat diamati Kanak-kanak belajar bahasa mengikut cara ini. Apabila ia menyebut satu kata baharu, ibu bapanya akan memberikan hadiah dalam pelbagai bentuk Kanak-kanak sering menggunakan kata please, kerana dia memperoleh hasil jika menggunakan kata tersebut
23
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Teori Austristiv/Teori Analisis Fungsi: Teori ini menekankan proses penguasaan bahasa terhadap fungsi sedap didengar dalam keadaan selesa, dan menggembirakan, bukan kerana faham. Proses ini berterusan hingga kanak-kanak membesar, data yang didengar itu menjadi pengukuhan, dan dikaitkan dengan objek tertentu Teori Perantaraan/Teori Proses Perantaraan Peringkat Pertama: Teori ini mengatakan bahawa bahasa dikuasai dengan mendengar ayat gramatis daripada situasi yang sama. Misalnya, bilakah harus digunakan kata susu, botol, bubur dan sebagainya. Pendapat golongan ini ditolak oleh linguis
24
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Teori Proses Perantaraan Tiga Peringkat /Teori Contextual Generalization: Teori ini berkembang pada 1960-an. Bahasa dipelajari semasa segmen wujud dalam situasi tertentu, dan pelajar meletakkan segmen itu pada tempat yang sama Timbul konsep pivot word dan open class word. Pivot word ialah kata yang selalu digunakan dalam pertuturan (inti) bagi kanak-kanak. Contoh: drink it, love it, want it, all gone, nak makan, nak susu… Open class word ialah kata yang wujud bersama pivot word, tetapi kelas katanya lebih luas, dan digunakan sambil mempelajari kata baharu, seperti hot, big, small, cantik, lari, takut…
25
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Rumusan Teori Empirisme: > Respons verbal antara beberapa respons manusia secara tuntas dan perlu dipelajari melalui hubungan Stimulus – Respons, yang dapat dierangkan melalui kekerapan pengukuhan dan peristiwa yang berhubungan > Penguasaan bahasa kanak-kanak dipengaruhi oleh alam sekitar. Kanak-kanak nempelajari bahasa daripada data Bahasa yang didengar, dan kemudian diulang-ulang sehingga kanak kanak memperoleh kebiasaan berbahasa
26
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Teori Rasionalis menganggap bahawa teori Empirisme benar jika pemerolehan Bahasa itu untuk satwa. Janin yang berusia dua bulan, otaknya sudah peka terhadap bahasa. Oleh itu, tidak benar belajar bahasa itu merupakan S – R Manusia dilahirkan dengan alat untuk berbahasa, kerana itulah struktur bahasa di dunia ini sama pada struktur dalaman. Yang berbeda hanyalah struktur luaran Kanak-kanak telah dilahirkan dengan pemberian nurani (innate), iaitu pengetahuan semula jadi alam, khususnya pengetahuan bahasa (nature of language). Nahu bahasa diketahui kanak-kanak tanpa sedar, untuk membolehkannya berbahasa berdasarkan bahasa manakah ia didedahkan
27
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Kanak-kanak dilahirkan dengan kebolehan untuk mengatur pengalaman mengikut cara tertentu untuk menghasilkan struktur lambang. Perkembangan kanak-kanak menghasilkan interaksi antara kebolehan nurani dengan nilai, jenis dan jumlah pengalaman Sifat bahasa kanak-kanak ialah sistematik dan tertakluk kepada nahu bahasa sejak awal lagi. Nahu itu tidak diajarkan secara langsung atau formal, dan tidak diberitahu tentang nahu bahasa seperti yang difahami orang dewasa Otak manusia mempunyai satu alat untuk mencari rumus pembentukan ayat. Apa yang dinuranikan dalam otak semasa belajar bahasa ialah rumus, yang dikenali dengan nama LAD. LAD ialah alat kognitif yang dimiliki oleh setiap individu
28
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Alat Pemerolehan Bahasa
Input 1 Input Output 1 peristiwa fizikal Kognisi fahaman cakapan dan sosial a) strategi pemprosesan b) pengetahuan tentang alam Nahu LAD fonologi sintaksis semantik Input 2 Bahagian Terpenting Output 2 cakapan orang lain sistem, konsep dan penghasilan cakapan kognisi sebagai jentera berasingan yang beroleh keterangan daripada input 3
29
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Teori Mentalisme ini lanjutan daripada Teori Gestalt. Gestalt bermaksud, dalam pengamatan, fikiran tidaklah membentuk pengamatan benda yang diamati itu, melainkan melihat keseluruhan benda itu, kemudian barulah bahagian kecilnya Mengikut teori ini, belajar ialah satu proses memperoleh perubahan pada insight (pandangan dalam kilat/pola pemikiran segera). Kesedaran atau fikiran tidak boleh disingkirkan daripada teori belajar Teori ini menganggap bahawa manusia dan lingkungannya saling mempengaruhi, dan terjadi dengan cepat. Inilah yang dinamakan field
30
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
lingkungan manusia Manusia dan Lingkungan Saling Mempengaruhi Konsep Dasar Psikologi Gestalt Dunia Dunia seperti yang dialami tingkah laku
31
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Psikologi Medan Gestalt sebahagian daripada keluarga Psikologi Kognitif (PK). PK mengkaji keseluruhan kompleks laku/pembelajaran pada peringkat yang lebih mujarad, sedangkan teori SR, mengkaji unit kecil pembelajaran PK menggunakan intuisi untuk menerangkan hakikat pembelajaran dan proses mental. SR mengkaji unit pembelajaran yang dapat diukur dan diamati Rumusannya. SR mengkaji data, seperti laku, kerkuatan, laku penguatan, peristiwa pengukuhan, perangsang pengukuhan, dan sebagainya. PK mengkaji persepsi, pengertian dalam dan proses mental yang tidak dapat diukur dan diamati
32
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Teori pembelajaran akan lebih bermakna jika kesedaran diambil kira sebagai unsur yang tidak terpisah daripada persepsi dan pembelajaran, kerana kita tidak melihat dunia ini sebagai satu set hubungan rantai tanpa struktur dalam, tetapi merupakan satu keseluruhan yang bermakna Otak manusia pada waktu lahir masih belum lengkap. Perkembangannya ditentukan oleh pembelajaran dan proses pematangan Kerangka persepsi Teori Gestalt adalah nurani (innate) atau ditentukan oleh proses pematangan yang dimiliki manusia. Oleh itu, kesedaran dalam pembelajaran amat penting. Bahkan satwa juga mampu mempunyai kesedaran (insight / pengetian dalam kilat) dalam bentuk yang sederhana
33
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Contohnya, eksperimen yang dibuat ke atas Cimpanzee bernama Sultan dengan sangkar dan keranjang berisi pisang. Cimpanzee dapat mengesan hubungan tali dengan ranjang pisang Cimpanzee juga dapat memindahkan satu benda (alat) daripada satu situasi, dan menggunakannya pada situasi yang lain, apabila berlaku perubahan pada objek persepsi Pencapaian insight seperti ini memerlukan penguasaan situasi yang jelas, bagaimana elemen situasi itu bersesuaian antara satu dengan yang lain
34
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Teori Gestalt telah mewujudkan beberapa hukum dalam bidang persepsi. Persepsi ialah kesedaran bulat yang diperoleh akal melalui proses indera apabila stimulus berhadapan dengan indera tersebut Terdapat lima hukum organisasi (prinsip organisasi) untuk menerangkan persepsi, iaitu: a) hukum Pragnanz B) kesamaan c) kedekatan/proksimili d) Penutupan e) kelanjutan baik
35
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Hukum Pragnanz (the law of good figure) mengatakan bahawa organisasi psikologi cenderung bergerak ke arah pargnanz, iaitu gestalt yang sempurna Gestalt yang sempurna berbentuk sederhana, teratur, kukuh dan stabil. Strukturnya maksimum daripada peristiwa atau benda Satu prinsip keseimbangan yang mengatakan bahawa pengalaman cenderung ke arah kesempurnaan, dan ketidakteraturan disirnakan Dalam percakapan, kita sering mendengar kalimat yang tidak sempurna, tetapi kita cenderung menyempurnakannya. Demikian juga yang terjadi pada pemerolehan bahasa, persepsi kanak-kanak cenderung utuk menyempurnakan data linguistik yang didengar untuk menuranikan nahuya
36
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Hukum Kesamaan (similarity) mengatakan bahawa dalam persepi situasi perangsang penuh, benda yang sama (bentuk dan warna) cenderung berada dalam satu kelompok Persepsi sekumpulan lingkaran pelbagai ukuran akan terkumpul mengikut ragam ukuran. Dalam bahasa, kata atau suku kata yang ada persamaan lebih mudah dipelajari Persepsi cenderung melihat persamaan dan menggabungkan persamaan itu. Contohnya, gambar lama akan mengingatkan kita akan peristiwa lama Dalam pengajaran bahasa, kalimat yang bersamaan akan memudahkan pemerolehan bahasa. Apa lagi, jika diajar pada waktu yang sama
37
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Hukum Kedekatan (prosimity) menerangkan bahawa persepsi lebih cenderung menggabungkan benda, peristiwa dan hal yang berdekatan ruang atau jarak Contohnya, garis sejajar yang berbeda akan cenderung digabungkan oleh persepsi mengikut ukuran. Peristiwa yang berdekatan digabungkan supaya lebih erat Dalam pengajaran bahasa, kata, frasa, klausa dan ayat yang bersamaan bentuk dan makna hendaklah wujud bersama dalam masa yang teratur supaya lebih mudah dipelajari
38
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Hukum Penutupan (closure) mengatakan bahawa bidang yang tertutup (selesai dan wujud) adalah lebih stabil dan mudah membentuk figur dalam persepsi Terdapat satu kecenderungan nurani pada persepsi untuk bentuk wujud yang pasti daripada apa yang kita amati Pengalaman cenderung melengkapkan dirinya sebaik mungkin
39
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
figur 1 figur 2 figur 3 figur 4
40
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Keempat-empat figur itu masih terbuka tetapi persepsi kita cenderung untuk melengkapkannya. Figur1, kita melihat tiga segi, figur 2 seekor tikus, figur 3 burung terbang dan figur 4 seekor ikan Hukum kelanjutan baik (good continuation) mengatakan bahawa persepsi kita cenderung melengkapkan bahagian yang hilang daripada peristiwa dan benda yang kita amati Persepsi cenderung bekerja dengan cara di mana garis lurus kelihatan berkelanjutan sebagai garis lurus, satu bahagian daripada lingkungan sebagai satu lingkaran, dan seterusya Hukum ini mengatakan bahawa kita cenderung mengingat kejadian atau benda sebagai telah selesai, dan teratur, iaitu sebagai gestalt yang sempurna
41
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Teori Hipotesis Nurani ialah teori lama yang dikemukakan kembali oleh Noam Chomsky menjadi teori moden, berasaskan premis bahawa struktur bahasa atau rumus bahasa adalah nurani Rumus bahasa dibawa lahir sebagai anugerah Allah yang paling berharga. Kanak-kanak dilengkapi satu peralatan konsep (alat pemerolehan bahasa) yang bersifat sarwajagat Setiap manusia telah dibekalkan kotak bahasa di belahan otak sebelah kiri. Medan Broca untuk memproduksi bunyi, medan Wernicke untuk mengerti dan memaham, medan Extner menulis dan membaca, dan Angular Gyrus ialah pusat bahasa
42
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
SKEMA 1: BELAHAN OTAK SEBELAH KIRI SKEMA 2: PRODUKSI DAN KOMPREHENSI
43
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Peralatan konsep itu memungkinkan kita memahami bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa natifnya dengan singkat, walaupun nahu bahasa itu mujarad Buktinya, kanak-kanak yang menghidap penyakit berkaitan bahasa, masih mampu memahami input bahasa yang diterima Kata yang belum pernah kita lihat dan dengar pun, dapat kita agak maknanya berdasarkan konteks. Kita dengan cepat dan sedar tentang ketidakgramatisan bahasa yang kita gunakan
44
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Rumus yang dinuranikan tanpa sedar telah memungkinkan seseorang memproduki dan mengerti bahasanya Bukti lain ialah: > kita dapat mengenali kalimat yang gramatis atau tidak > hubungan gramatikal bahasa pada struktur dalam dengan struktur luar > hubungan antara kalimat aktif – pasif, biasa – songsang… > ketaksaan: kereta api lama berhenti di Kajang
45
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Pendukung teori ini sepakat mengakui bahawa innate dibawa lahir/semula jadi. Yang berbeda ialah apakah yang innate itu? Ada yang mengatakan bahawa innate itu ialah mekanisme untuk memperoleh bahasa. Alasannya, sebelum kanak-kanak memperoleh bahasa, ia sudah dapat berfikir, dan dapat membedakan besar – kecil, sukar –mudah, dan sebagainya Ini membuktikan bahawa kanak-kanak sudah ada kebolehan kognitif. Piaget dalam eksperimennya telah membuktikan bahawa kanak-kanak dapat memisahkan benda berasaskan bentuk
46
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Ada yang mengatakan bahawa innate itu sebenarnya idea atau struktur bahasa itu yang bersifat sejagat. Idea / struktur Bahasa memerlukan input Ada yang mengatakan bahawa innate itu ialah mekanisme dan struktur bahasa, yang lahir bersama, iaitu makna, sintaksis, pragmatic dan komunikasi Apabila kanak-kanak menyebut mama,, dalam otaknya mungkin ini mama, mama pergi, sayang mama, hendak mama, … satu kata kanak-kanak ialah satu kalimat
47
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Ada tiga kelompok pemerolehan bahasa kanak-kanak. a) pivot class: kata yang sering muncul dengan kata lain, seperti panjang lagi, besar lagi, rendah lagi… b) open class: kata pertama yang diujarkan oleh kanak-kanak, seperti panjang, pendek, besar, sejuk, panas… c) telegraph speech (pertuturan telegraf): tiga kata atau lebih dalam usia 2 – 3 tahun. Selepas 3 tahun, nahu kanak-kanak hampir sama dengan orang dewasa Dalam bahasa kanak-kanak, terdapat kontruksi hierarki. Contohnya, kalimat kanak-kanak yang terdiri daripada tiga kata atau lebih mempunyai lapisan konstituen, nak nasi, nak nasi lemak, nak nasilemak lagi…
48
KESIMPULAN TEORI RASIONALIS
Kanak-kanak mencipta peraturan lingustiknya sendiri, bukan daripada data bahasa yang diperoleh dan dipelajari daripada alam Kanak-kanak sedia lahir dengan innate capacity atau kebolehan semula jadi, yang akhirnya membentuk keupayaan berbahasa Peraturan atau keterangan linguistik yang semula jadi dalam diri kanak-kanak itu bersifat sejagat, seperti kategori nahu, subjek dan predikat, penggunaan deretan fonem dan morfem, dan cantuman frasa menjadi unit tertentu Kanak-kanak mempunyai lebolehan menganalisis. Data yang betul akan disimpan, dan keupayaan innate capacity akan menganalisis susunan nahu
49
KESIMPULAN TEORI RASIONALIS
Apa yang innate ialah mekanisme dan struktur bahasa, dan innate ini akan senantiasa berkembang Penguasaan bahasa kanak-kanak mempunyai hubungan yang erat dengan perkembangan kanak-kanak sendiri, jasmani dan rohani Pembelajaran bahasa kanak-kanak bersifat sejagat, iaitu terdapat proses tertentu pada peringat tertentu pula Mengikut Piaget, terdapat 4 tahap penguasaan bahasa, iaitu: a) Sensory-motor b) Pre-operation-thought c) Concrete operation d) Formal operation
50
KESIMPULAN TEORI RASIONALIS
Proses penguasaan bahasa keseluruhannya, bergantung pada perkembangan kematangan Penguasaan bahasa kanak-kanak meliputi tiga aspek, iaitu: > Fonologi: kebolehan mengenal kelainan deretan bunyi dalam sesuatu bahasa > Sintaksis: kebolehan mengenal ayat yag gramatis dan tidak gramatis, serta menghubungkan ayat yang mempunyai struktur yang sama > Semantik: kebolehan mengenal ayat yag bermakna dan ayat yang tidak bermakna; ayat yang sama atau hampir sama maksudnya
51
KESIMPULAN Pemerolehan bahasa pertama ialah proses penerimaan dan penambahan bahasa melalui satu organisme untuk mendapatkan, menerima dan menambah pengetahuan bahasa seseorang Terdapat dua teori pemerolehan bahasa yang besar, iaitu teori Empiris dan teori Rasionalis Teori Empiris mementingkan apa-apa yang dapat dilihat dan diuji berdasarkan data empiris. Teori rasionalis mementingkan apa-apa yang harus difikirkan, asalkan logik dan rasional
52
MADAH PUJANGGA DUNIA MEMANG TAMPAKNYA BEGITU LUAS DAN KOMPLEKS, TETAPI PERLU DIINGAT, DUNIA YANG BESAR INI DIBANGUNKAN DARIPADA KELUARGA YANG KECIL Kalau hendak mencari bekal makan dan minum secara halal jauhkan sifat salah dan janggal Sebarang kerja gunakan akal
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.