Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published byShinta Harjanti Sutedja Modified over 5 years ago
1
DUW235 Hubungan Etnik PN. AZIZAH ABDULLAH
2
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
BAB 4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
3
OBJEKTIF Menerangkan konsep penting yang berkaitan dengan perlembagaan dan peranan perlembagaan dalam sesebuah negara Menghuraikan latar belakang perkembangan Perlembagaan Persekutuan Kandungan dan perlaksanan Perlembagaan Persekutuan
4
APA ITU PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
5
Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik
Pengenalan Definisi dan Konsep Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Persekutuan
6
Definisi konsep Perlembagaan – 1 dokumen mengandungi semua peraturan dan undang-undang dasar Menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat Mengandungi prinsip-prinsip membentuk dan peranan institusi negara-eksekutif, perundangan, kehakiman
7
Tanggungjawab rakyat kepada negara Perlembagaan terbahagi kepada 2-
Garis panduan – corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara, jaminan perlindungan kpd rakyat Tanggungjawab rakyat kepada negara Perlembagaan terbahagi kepada 2- Perlembagaan bertulis-yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkannya Perlembagaan tidak bertulis-Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.Contoh negara yang mengamalkan : United Kingdom, New Zealand , adat pepatih negeri sembilan
8
Perlembagaan Persekutuan menentukan pelbagai perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, perundangan, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain.
9
KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
Undang-undang tertinggi dan menjadi tunggak semua undang-undang Tiada pesaing terutamanya dari kerajaan negeri Parlimen memperoleh kuasa dari perlembagaan Mahkamah juga tertakluk pada Perlembagaan YDPA tertakluk kpd Perlembagaan Tidak ada institusi Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan
11
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
Mengandungi 15 bahagian, 183 Perkara & 13 Jadual Perlembagaan Persekutuan mempunyai ciri2 asas berikut: Malaysia sebuah ngr Persekutuan Sbg negara – raja berperlembagaan Sbg negara – demokrasi berparlimen Islam – agama Persekutuan & menjamin kebebasan beragama Ketinggian Perlembagaan & kebebasan udg2 Pengasingan kuasa – Parlimen , Eksekutif & kehakiman Sebuah badan kehakiman yg bebas drp kawalan Parlimen & eksekutif malah mempunyai bidang kuasa yg eksklusif utk menentukan pertikaian & hak2 serta liabiliti lain dlm Perlembagaan Semua negeri mempunyai hak, kuasa & tanggungjawab tersendiri Per 73-95E – Hubungan krjn Persekutuan (pusat) dgn Krjn Negeri merangkumi: Pembahagian Kuasa2 Perundangan Pembahagian kuasa2 pemerintah Pembahagian beban kewangan Tanah Pembangunan Negara Tinjauan Persekutuan, Agihan Persekutuan kpd negeri, & pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan negeri Majlis negara bagi Krjn Tempatan
12
PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perkara 159 – pindaan boleh dilakukan thdp Perlembagaan Persekutuan PP biasanya dipinda utk memansuhkan sst peruntukan yg dianggap tdk sesuai dgn keperluan disebabkan kehendak rakyat yg sudah berubah Pindaan PP dilakukan melalui proses perundangan di Parlimen tanpa melibatkan pungutan suara rakyat terlebih dahulu Terdapat 4 cara Perlembagaan boleh dipinda:
13
Per 63(4)-Keistimewaan Parlimen Per 70- Keutamaan YDPA, Raja & YDPN
1. Sesetengah perkara boleh dipinda hanya dengan lebih suara 2/3 dlm tiap2 Dewan Parlimen, dgn syarat diizinkan MRR. Persetujuan MRR bagi membuat pindaan terhadap perkara2 berikut: Per 10 (4)-Sekatan2 demi kptgn keselamatan persekutuan (kebebasan bercakap, berhimpun, & menubuhkan persatuan) Per 38-Majlis Raja2 Per 63(4)-Keistimewaan Parlimen Per 70- Keutamaan YDPA, Raja & YDPN Per 71(1)- jaminan Persekutuan thdp Perlembagaan Negeri Per 72(4)-Keistimewaan Dewan Negeri Per 152-bhs kebangsaan Per Kewarganegaraan Per 153- rezap quota mengenai perkhidmatan, permit etc utk org Melayu Per 159-Pindaan PP Per 181- Kedaulatan Raja2 Semua udg2 yg berkaitan dgn perubahan sempadan negeri
14
Keanggotaan & bidang kuasa Mahkamah Tinggi di S&S
2. Sesetengah perkara yg mempunyai kepentingan khas bagi Sabah& Sarawak boleh dipinda dgn lebih suara 2/3 dlm tiap2 Dewan Parlimen, jika ia dipersetujui YDPN Per 161E(2)-berkaitan dgn pemeliharaan kedudukan dari segi perlembagaan negeri Sabah &Sar Keanggotaan & bidang kuasa Mahkamah Tinggi di S&S Hal-ehwal agama, bahasa & kedudukan iestimewa bumiputera Akta imigresen Kewarganegaraan
15
Per 159 (4) pindaan yg dikecualikan drp peruntukan Fasal (3) Per 159
3. Sesetengah perkara boleh dipinda dgn lebihan suara 2/3 dlm tiap2 Dewan Parlimen tanpa mendapat persetujuan sesiapapun di luar Parlimen Per 159 (4) pindaan yg dikecualikan drp peruntukan Fasal (3) Per 159
16
Pindaan berkaitan dgn kemasukan @ gabungan negeri2 dlm Persekutuan
4. Sesetengah perkara boleh dipinda dengan memerlukan lebihan suara biasa (majoriti mudah) dlm setiap Dewan Parlimen Pindaan berkaitan dgn gabungan negeri2 dlm Persekutuan Pindaan Jadual ke2 (bhgn 3) PP berhubung peruntukan tambahan kewarganegaraan Pindaan btk2 sumpah & ikrar taat setia (jadual 6) Pindaan Pemilihan & persaraan ahli2 Dewan Negara (jadual 7) Perkara yg berkaitan apa2 kuasa utk membuat udg2 kpd Parlimen, kecuali Per 74 & 76
17
ANTARA PINDAAN PERLEMBAGAAN YG TELAH DIBUAT
Pertambahan kerusi Parlimen Pemansuhan imuniti YDPA & Raja2 yg memerintah negeri bagi kesalahan jenayah Pembentukan mahkamah khas Penstrukturan Mahkamah Tinggi-mewujudkan Mahkamah Rayuan antara Mahkamah Tinggi dgn Mahkamah Persekutuan Perubahan Mahkamah Agong ke Mahkamah Persekutuan
18
Perkara 159 (5) Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja. Contoh: Kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.
19
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
Menjamin keutuhan dan kedaulatan negara Sebagai rujukan Mewujudkan kestabilan negara Mengawal perjalanan kerajaan Mengekalkan keamanan Menjamin keamanan sesebuah negara
20
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan bertulis dikanunkan dalam sebuah buku Mengandungi 183 Perkara dan 13 Jadual Perlembagaan Beraja dan berasaskan Demokrasi Berparlimen Bersifat ketat dan sukar dipinda Undang-undang utama dan tertinggi Terdapat idea pengasingan kuasa sebagaimana doktrin diamalkan di England – Parlimen (Legislatif), Eksekutif dan Kehakiman. Menentukan tanggungjawab Persekutuan dan mengatur perhubungan antara Persekutuan dan Negeri (Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama). Memperuntukan Kebebasan Asasi – menjamin hak asasi seseorang warganegara yang sah dari segi undang-undang.
21
PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan Malayan Union 1946 Perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1948 Cadangan Jawatankuasa Kerja 1946 Cadangan Perlembagaan Rakyat 1947 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cadangan Suruhanjaya Reid 1956 Memorandum Perikatan dan Tolak Ansur antara Kaum ( )
22
PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION 1946
Ciri2 Perlembagaan Malayan Union Semua negeri Melayu, termsk P.Pinang dan Melaka disatukan di bwh satu kerajaan pusat. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yg diberi kuasa penuh terhadap perkhidmatan awam. Beliau dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja Pesuruhjaya Residen menjd ketua pentadbir tertinggi di negeri2 Melayu dan Negeri2 Selat. Beliau jg menjd pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri yg terletak dibwh kawalan kerajaan pusat Majlis Negeri dikekalkan utk menguruskan hal- ehwal tempatan dan berada di bwh kawalan kerajaan pusat Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan ahli tdk rasmi yg sama byk. Gabenor berkuasa utk meluluskan atau membatalkan sesuatu undg2. Semua undg2 yg diluluskan tdk perlu tandatangan sultan atau raja utk dikuatkuasakan
23
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, satu perlembagaan baru telah digubal dan berkuatkuasa pada 1 Feb 1948 dikenali Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perjanjian ini menekankan: Kerajaan Pusat - diketuai Pesuruhjaya Tinggi British dibantu Majlis Mesyuarat Kerja & Majlis Undangan Persekutuan Majlis Perundangan (Mempunyai anggota rasmi dan sebilangan besar anggota tidak rasmi yg dipilih & dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British) Kerajaan persekutuan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Mesyuarat Undang2 Persekutuan Penubuhan sebuah Majlis Raja2 Melayu dan Majlis Mesyuarat Undangan Negeri peringkat negeri Jawatan Menteri Besar diwujudkan Pemberian kerakyatan kpd org asing yg bermastautin di Tanah Melayu
24
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1957
Kemenangan Parti Perikatan dlm p/raya 1955 memaksa British mengadakan satu Persidangan Perlembagaan di London pada 18 Jan – 6 Feb 1956 Perundingan ini dihadiri 4 wakil raja & wakil2 kaum di Malaya termasuk Ketua Menteri Tunku Abd. Rahman Hasilnya, Jun 1956 satu suruhanjaya ditubuhkan iaitu Suruhanjaya Suruhanjaya Reid Dipengerusikan oleh Sir Lord Reid Ahli-ahlinya: Sir Ivor Jennings (Britain) Sir William McKell (Australia) Hakim B. Malik (India) Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
25
….. S/jaya Reid – gubal satu perlembagaan baru utk PTM yg bebas & merdeka Tokoh2 ini menghasilkan satu rangka perlembagaan yg kuat utk PTM yang merdeka pd Feb 1957 Rangka Perlembagaan itu dikaji oleh sebuah J/kuasa kerja yg mengandungi 11 ahli iaitu: 4 wakil Raja Melayu 4 wakil Perikatan Pesuruhjaya Tinggi British Setiausaha Persekutuan Peguam Negara Kemudian, rangka perlembagaan itu dibentangkan dlm Majlis Perundangan Persekutuan & diluluskan pd 15 Ogos 1957 & berkuatkuasa pd 27 Ogos 1957 Akhirnya diisytiharkan sbg Perlembagaan PTM pada 31 Ogos 1957 sekaligus mendaulatkan Tanah Melayu sbg sebuah negara bebas & merdeka
26
UNSUR-UNSUR TRADISIONAL PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Tun Mohd Salleh Abbas Bahasa Kebangsaan Agama Persekutuan Kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera Pemerintahan beraja Unsur tradisi ini penting kerana ia telah wujud beratus tahun sebelum 1957 Ini selaras dengan laporan Reid yang menekankan kepentingan sejarah, tradisi, ekonomi, dan sosial yang wujud sebelum 1957. Perkara ini termaktub dalam Akta Hasutan Unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu.
27
KEPENTINGAN UNSUR-UNSUR TRADISI
Menstabilkan sistem politik negara Prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu Hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa Kebangsaaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu Menjadikan orang Melayu setanding dengan kaum lain. Mengimbangi kedudukan orang Melayu yang hilang semasa penjajahan Inggeris. Mengekalkan ketuanan Melayu (Konsep Raja Berperlembagaan – unsur penyatuan kaum). Merupakan ikatan janji setia yang dikenali sebagai Pakatan Murni
28
UNSUR2 TRADISI DLM PERLEMBAGAAN
Pemerintahan Beraja Semua ngri2 di T.Melayu mengamalkan sistem pemerintahan Beraja berabad2 lamanya Pada zmn penjajahan, kedudukan Raja2 Melayu dipelihara w/pun kuasa mrk telah dikurangkan Melalui MU & PTM, kedudukan raja2 juga dipertahankan Setelah merdeka, institusi pemerintahan beraja dikekalkan mengikut lunas2 Perlembagaan Sistem beraja mutlak dimansuhkan & digantikan dgn Sistem Raja Berperlembagaan
29
Agama Islam Menjadi agama rasmi org2 Melayu sejak lebih 600 tahun yg lalu Walaupun dijajah Portugis, Belanda, Inggeris & Jepun, org Melayu masih kuat berpegang kpd Islam Semasa pemerintahan British, mrk x pernah campurtangan dlm hal ehwal agama Islam Setelah merdeka, kedudukan agama Islam terus dipelihara & menjadi agama bagi Persekutuan Namun, agama lain boleh diamalkan dgn bebas di Persekutuan
30
Bahasa Melayu BM telah digunakan sbg bhs rasmi sejak zmn Kesultanan Melayu Melaka lagi – lingua franca Zmn penjajahan Inggeris, BI digunakan meluas, esp. dlm aspek pemerintahan & ptbrn negara, namun penggunaan BM masih dikekalkan Selepas merdeka, BM dijadikan bhs rasmi Persekutuan - Perkara 152 PP
31
Kedudukan Istimewa Org Melayu
Dlm perkara 153Perlembagaan Persekutuan YDPA bertanggungjwb pelihara kedudukan istimewa org Melayu, b/putera Sbh & Srwk serta kepentingan sah kaum2 lain Antara perkara yg termaktub dlm kedudukan istimewa ini ialah: Jawatan dlm perkhidmatan awam Pemberian biasiswa & bantuan Kemudahan pendidikan Permit & lesen perniagaan Tanah simpanan
32
PERKARA-PERKARA YANG MENYENTUH HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN
Perkara 8: persamaan & hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya Perkara 10(4): batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan & seumpamanya. Perkara 38: kuasa Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, Islam & bahasa Melayu
34
KESIMPULAN Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa. Permuafakatan sosial atau social contract ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi. Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.