Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

TAKLIMAT KURSUS DR ROJANAH BT. KAHAR

Similar presentations


Presentation on theme: "TAKLIMAT KURSUS DR ROJANAH BT. KAHAR"— Presentation transcript:

1 TAKLIMAT KURSUS DR ROJANAH BT. KAHAR
PENYELARAS PROGRAM BS(PM)/Penyelas Kursus 4999A/B Tel:

2 FEM4999 PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR (PITA)

3 Objektif PITA FEM4999 (Projek Ilmiah Tahun Akhir - PITA) wajib diambil oleh pelajar TAHUN AKHIR  Objektif utama PITA adalah bagi memberi pengetahuan, latihan dan kemahiran kepada pelajar untuk: Menjalankan penyelidikan dalam bidang tertentu. Menganalisis dan menginterpretasi data kajian. Menulis laporan penyelidikan secara saintifik.

4 FEM4999 : PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR
FEM4999A : PEMBENTUKAN PROPOSAL FEM4999B : PENULISAN LAPORAN

5 Tanggungjawab Pelajar
Menghubungi PENYELIA PROJEK masing-masing Bincang skop/tajuk penyelidikan Menghantar ‘tugasan/penulisan’ berkaitan dgn penyelia Cadangan penyelidikan Laporan penyelidikan Pembentangan (poster/powerpoint/bersemuka) Menghantar bab lengkap FEM4999A Bab1, 2, 3 FEM4999B Bab1, 2, 3, 4, 5 dll. Menghantar Laporan akhir berjilid (selepas pembetulan)

6 Penilaian kemajuan pelajar
Bagi FEM4999A berdasarkan kepada; Kemajuan penulisan cadangan penyelidikan (proposal) Pembentangan proposal (boleh dibuat dalam bentuk poster, powerpoint atau lisan di hadapan penyelia) Bagi FEM4999B berdasarkan kepada; Kemajuan penulisan laporan akhir kajian Pembentangan laporan akhir (boleh dibuat dalam bentuk poster, powerpoint atau lisan di hadapan penyelia) Penjilidan tesis yang telah lengkap dan dibaiki.

7 AGIHAN MARKAH MENGIKUT SEMESTER

8 Penilaian kemajuan pelajar Keseluruhan (FEM4999A&B)
Hasil kerja pelajar akan diperiksa oleh Penyelia 70% daripada markah berdasarkan kemajuan penulisan projek (Cadangan Projek &Laporan Akhir) 30% daripada markah berdasarkan pembentangan (cadangan projek & hasil kajian)

9 Peringatan!!! Pelajar yang gagal memenuhi keperluan PITA pada semester pertama (FEM4999A), tidak diizinkan untuk melaksanakan projek seterusnya (FEM4999B). Pelajar yang berjaya menyediakan cadangan projek dengan persetujuan penyelia akan diberi status S dan dibenarkan mendaftar untuk PITA semester kedua (FEM4999B) dengan status YW

10 FEM4999A: PEMBENTUKAN PROPOSAL
CADANGAN PENYELIDIKAN

11 Proses & prosedur pembentukan proposal
Hubungi penyelia masing-masing  tentukan TAJUK/SKOP kajian. Tajuk kajian mesti berkaitan dgn bidang pengajian Walaupun tajuk setiap projek berbeza, tetapi pelajar akan mendapat latihan yang sama di dalam proses perancangan & pengendalian aktiviti projek mereka, i.e. Pembentukan cadangan penyelidikan, pengendalian penyelidikan, pengurusan dan analisis data, pentafsiran data, penulisan hasil kajian dan pembentangan hasil kajian.

12 ...Proses & prosedur pembentukan proposal
Panjang cadangan penyelidikan: 10 ms (tidak termasuk rujukan dan lampiran). Jum Jam kredit bagi PITA: 6 jam kredit bagi 2 sem/1 tahun 3 jam kredit bagi setiap sem (FEM4999A & FEM4999B) Semester pertama (FEM4999A), pelajar..... Penyediaan Cadangan Projek Penulisan Bab I, Bab II dan Bab III. Semester kedua (FEM4999B), pelajar.... Menjalankan kajian, Memproses data Menulis laporan akhir kajian

13 Komponen Yg Perlu Ada Dlm Proposal
Muka surat Tajuk Jadual kandungan Pendahuluan (BAB 1) Tinjauan literatur (BAB 2) Metodologi (BAB 3) Rujukan Lampiran

14 Komponen Yg Perlu Ada Dlm Proposal : Pendahuluan (BAB 1)
Pengenalan Kenyataan masalah (dan persoalan kajian jika ada) Kepentingan kajian Objektif kajian Hipotesis (sekiranya perlu) Definisi konseptual dan operasional istilah utama (seperti angkubah bebas dan angkubah bergantung yang dikaji) Kerangka konseptual kajian.

15 Komponen Yg Perlu Ada Dlm Proposal :
Tinjauan literatur (BAB 2) Kajian-kajian lau yang pernah dijalankan berkaitan topik kajian  Metodologi (BAB 3) Subjek Instrumen (bahan dan peralatan) Prosedur Rekabentuk dan analisis yang akan digunakan

16 FEM4999B : PENULISAN LAPORAN

17 PANDUAN MENULIS LAPORAN PROJEK
Penilaian ke atas projek adalah berdasarkan kpd laporan akhir serta kemajuan & pencapaian yang ditunjukkan. Pelajar perlu mengikuti panduan tertentu semasa menulis laporan projek  bagi mendapatkan keseragaman di dalam penulisan laporan akhir. Setiap laporan haruslah ditulis secara saintifik & akademik. Laporan tersebut boleh ditulis dalam BM atau BI. Cara penulisan tesis ( laporan akhir) Rujuk buku panduan PITA yang boleh dimuat turun yang website PPL Rujuk tesis-tesis lalu ( sebaik-baiknya yang dijalankan oleh pelajar BSPM).

18 Kandungan Untuk Laporan Akhir PITA
Muka Tajuk Tandatangan Penyelia Abstrak Abstract Penghargaan Deklarasi Senarai Jadual Senarai Gambarajah Senarai Ringkasan Bab 1: Pendahuluan Bab 2: Tinjauan Literatur Bab 3: Metodologi Bab 4: Hasil Kajian dan Perbincangan Bab 5: Rumusan dan Cadangan Rujukan/Bibliografi Lampiran-lampiran berkaitan Biodata pelajar

19 Format Menaip Laporan Akhir Sila rujuk buku panduan PITA (ms 17-18)
Laporan akhir ditaip atas kertas A4 - sebelah muka sahaja. Kertas: kertas putih yang tebal (70-80 g, white bond paper). Spacing: Laporan hendaklah ditaip dengan jangkau dua baris Tapi bagi jadual, “quotation” yang terlalu panjang, nota kaki, dan bibliografi, jangkau satu baris (single-spaced) dibenarkan. Saiz tulisan yang boleh diterima adalah: CG Times 13 pt Times New Roman 12 pt, Courier 12 pt, Palatino 12 pt New York 12 pt. Lain-lain - sila rujuk buku panduan

20 Penilaian Projek Ilmiah Tahun Akhir
Pencapaian & hasil kerja pelajar akan diperiksa oleh Penyelia 70% -kemajuan penulisan projek (cadangan projek & laporan Akhir) 30% -pembentangan (cadangan projek & hasil kajian) Agihan markah mengikut semester: Rujuk Lampiran N, O,P, Q dlm buku panduan PITA untuk melihat elemen yang dinilai (corak pemarkahan)

21 Penyerahan Laporan Setelah laporan akhir digred, pelajar perlu berbincang dengan penyelia tentang pembetulan yang perlu dibuat oleh pelajar (jika ada) sebelum dijilid. Penyelia akan memastikan bahawa pelajar telah membuat semua pembetulan yang diarahkan  sebelum menandatangani laporan akhir (berjilid) berkenaan. Pelajar perlu menyerahkan tiga(3) salinan laporan akhir seperti berikut kepada Penyelaras: Dua(2) salinan berjilid iaitu satu untuk Fakulti dan satu untuk Penyelia dalam warna Medium Blue (kod 2621) Satu(1) tidak berjilid untuk Perpustakaan, UPM.

22 AMARAN!!! Plagiat/Plagiarism
Plagiat = Amalan membuat petikan sesuatu bahan daripada sumber tertentu tanpa memberikan penghargaan (acknowledgement) kepada penulis asalnya. Satu ayat/perenggan/bahagian ataupun hanya beberapa bahagian ayat yang dicantum dengan perkataan-perkataan sendiri. Pelajar yang dikesan melakukan plagiat, sama ada separa atau penuh, akan diberi  gred “F”/ gagal. Apabila dibuat petikan sepenuhnya atau terjemahan secara langsung, maka petikan tersebut hendaklah dinyatakan dalam “ ” (dengan tanda sebutan atau quotation) yang kemudian diikuti dengan, nama penulis, tahun dan muka surat di dalam kurungan. Contoh: Mereka menyatakan bahawa, “with the dead-end form of production and increasing external obligations, much of the Wollo peasantry was reduced to `acute poverty’. Households had...” (Allen & Thomas, 1992, m.s. 23).

23 AMARAN!!! Plagiat/Plagiarism
Plagiat boleh berlaku secara: Tidak sengaja Pelajar tidak tahu cara membuat rujukan dan dokumentasi yang betul  maka pelajar dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat bagaimana cara menulis sumber dan rujukan.  Sengaja Pelajar dengan sedar ‘meminjam’ sebahagian dari kertas kerja tanpa merujuk kepada sumber asal. Mereka mungkin menambahkan sedikit pengenalan atau kesimpulan pada kerja asal  ini adalah plagiat kerana pelajar bukan penulis asal perenggan /bab tersebut. Rujuk buku panduan PITA untuk melihat cara membuat rujukan yang betul

24 AMARAN!!! Plagiat/Plagiarism
Bentuk-bentuk plagiat [menurut buku ‘Doing Research: The Research Paper Guide’ oleh Seylor (1999)]: ‘Meminjam’ kertas kerja rakan Memuat turun kertas kerja dari internet Menghantar kertas kerja tanpa sumber rujukan & dokumentasi Menghantar kertas kerja dengan mengunakan petikan dalam teks tetapi tiada senarai sumber yang dirujuk atau mempunyai senarai rujukan tetapi tiada petikan dalam teks Meniru perenggan dari sesuatu sumber tanpa meletakkan perenggan tersebut dalam buka/tutup kata dan membuat rujukan kepadanya. Mendokumentasikan hanya bahan yang dipetik tetapi tidak mendokumentasi bahan yang diringkaskan. Mengekalkan terlalu banyak ayat dari petikan yang asal semasa membuat ringkasan Merujuk kepada petikan yang terlalu panjang tanpa menyatakan had di mana petikan yang dirujuk adalah dari sumber asal

25 Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan berlakunya plagiat ?
Cara utama untuk mengelakkan plagiat adalah dengan memberi penghargaan kepada kerja yang telah dilakukan oleh orang lain dalam tesis tersebut.

26 Senarai semakan akhir sebelum menghantar laporan projek
1. Muka surat jadual kandungan: Format O.K [ ] BAB dipamerkan sekali sahaja [ ] Muka surat sama dengan di dalam teks [ ] Jangkau bertepatan dengan hirarki (tahap) [ ] 2. Senarai jadual dan gambarajah: Muka surat berturutan [ ] Tajuk dengan huruf besar dan kecil [ ] Konsisten perkataan di dalam senarai dengan di dalam teks [ ] 3. Teks: Margin --- atas, bawah dan kanan (2.5sm), kiri (4sm) [ ] Tajuk utama dan kecil ditaip betul mengikut hirarkinya [ ] Sekurang-kurangnya ada dua item di bawah sesuatu tajuk [ ] et al. (satu titik selepas al sahaja) [ ] Tiada perkataan tergantung di atas muka surat [ ] Perenggan akhir mestilah mengandungi lebih dari satu baris [ ]

27 Tiada et al. dalam bibliografi
4. JADUAL: Jadual diberi nombor yang berturutan? [ ] Adakah semua jadual disenaraikan di bawah Senarai Jadual? [ ] Tajuk menggunakan huruf besar dan kecil? [ ] Tajuk diletakkan di atas jadual? [ ] 5. GAMBARAJAH: Tajuk diletakkan di bawah gambarajah [ ] Tajuk menggunakan huruf besar dan kecil [ ] Adakah semua gambarajah disenaraikan di dalam senarai gambarajah? [ ] Adakah ia diberi nombor yang berturutan? ] 6. BIBLIOGRAFI: Semak keselarasan: Jurnal? [ ] Buku? [ ] Kertas seminar? [ ] Laporan/Tesis? [ ] Tiada et al. dalam bibliografi  

28 Senarai semakan akhir sebelum menghantar laporan projek
4. Jadual: Jadual diberi nombor yang berturutan? [ ] Adakah semua jadual disenaraikan di bawah Senarai Jadual? [ ] Tajuk menggunakan huruf besar dan kecil? [ ] Tajuk diletakkan di atas jadual? [ ] 5. Gambarajah: Tajuk diletakkan di bawah gambarajah [ ] Tajuk menggunakan huruf besar dan kecil [ ] Adakah semua gambarajah disenaraikan dalam senarai gambarajah? [ ] Adakah ia diberi nombor yang berturutan? [ ] 6. Bibliografi: Semak keselarasan: Jurnal? [ ] Buku? [ ] Kertas seminar? [ ] Laporan/Tesis? [ ] Tiada et al. dalam bibliografi   [ ]

29 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "TAKLIMAT KURSUS DR ROJANAH BT. KAHAR"

Similar presentations


Ads by Google