Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

UNIT 7 BAHASA MELAYU KLASIK DAN PERSURATAN MELAYU.

Similar presentations


Presentation on theme: "UNIT 7 BAHASA MELAYU KLASIK DAN PERSURATAN MELAYU."— Presentation transcript:

1 UNIT 7 BAHASA MELAYU KLASIK DAN PERSURATAN MELAYU

2 Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan:
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > Karya bahasa Melayu klasik > BMKL dalam karya agama > BMKL dalam karya prosa dan puisi > ciri BMKL > kepentingan BMKL

3 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Karya bahasa Melayu klasik (BMKL) merambah dalam pelbagai bidang, terutama yang berkaitan kebudayaan dan peradaban Melayu. Antaranya ialah karya dalam bidang agama, sastera, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, perubatan, pentadbiran dan hubungan diplomatik Agama: BMKL menjadi wahana pengenalan dan penyebaran Islam. Terdapat banyak karya yang mengupas pelbagai aspek keagamaan daripada aspek akidah dan Syariah kepada aspek tasawuf atau metafizika Karya tertua ialah terjemahan karya al-Nasafi, iaitu ‘Aqa’id, yang telah disempurnakan pada zaman kegemilangan Islam di Alam Melayu, iaitu pada Isinya tentang pemerihalan hakikat benda, cakerawala, tuhan dan diri manusia. Semuanya merupakan pernyataan falsafah keinsanan

4

5 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Karya lain termasuklah: > Kasiful Karam oleh Muhammad ibn Zaini (Aceh) > Kitab Mukhtasar oleh Muhammad Nafas ibnu Idris (Banjarmasin) > Zahratulmurid oleh Abdul Samad al-Falembani (Pale,mbang) > Kasiful Sirratajlissubhani oleh Hamzah Fansuri > Miratulmu’minin oleh Syamsuddin al-Sumaterani > Siratulmustaqim oleh Nuruddin al-Raniri > Sabilulmuhtadin oleh Muhammad Arsyad al-Bukhari > Bidayatul Salikin oleh Abdul Samad al-Falembani > Mir’at al-Tullab, Safinat al-Hukkam, Siyar al-Salikin… Terdapat juga karya agama dalam bentuk puisi, khususnya syair karya Hamzah Fansuri. Pengkaji merumuskan bahawa terdapat lebih 500 karya tentang agama Islam (prosa dan puisi) dalam BMKL

6 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Sastera: BMKL merakamkan pelbagai genre prosa berunsur Islam, mitos, epik, cerita jenaka, penglipur lara dan cerita berbingkai. Bentuk puisi pula merangkumi syair, nazam, pantun, gurindam, seloka, teka-teki, talibun, prosa berirama, teromba, peribahasa berangkap, mantera dan dikir Antara hasil karya sastera itu ialah: Sastera Rakyat Hasil karya sastera ini berkembang dalam kalangan rakyat marhaen. Mungkin telah wujud sejak zaman dahulu lagi, tetapi oleh sebab tidak ada catatan sejarah, kita tidak dapat memastikan bilakah wujudnya hasil karya sastera rakyat ini

7 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Antara cerita rakyat ini ialah: > Cerita Lipur Lara seperti Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Anggun Cik Tunggal… > Cerita Teladan seperti Si Tenggang, Batu Belah Batu Bertangkup dan Bawang Putih Bawang Merah… > Cerita Jenaka seperti Lebai Malang, Mat Jenin, Pak Pandir, Pak Kaduk, Si Luncai, Pak Belalang… > Cerita Binatang seperti cerita Sang Kancil.. > Mitos seperti cerita tentang roh. Umpamanya Simpang-Impang, Pulang Gama, Sengalang Burung…

8 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
> Legenda seperti legenda keagamaan, legenda alam ghaib, legenda orang perseorangan dan legenda setempat seperti cerita tentang Jong Batu, Malin Kundang… > Puisi lama seperti pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka- teki, teromba, talibun… > Peribahasa seperti perumpamaan, bidalan, pepatah, tamsil ibarat… > Mantera dan jenis yang seumpamanya seperti jampi dan serapah

9 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Sastera Hikayat Karya ini terbahagi kepada tiga jenis utama, iaitu: > hikayat berunsur Hindu > hikayat berunsur Hindu-Islam, dan > hikayat berunsurkan Islam Contoh Hikayat unsur Hindu ialah Hikayat Seri Rama (Ramayana) dan Hikayat Pandawa Jaya (Mahabharata). Contoh hikayat yang bercampur Hindu-Islam ialah Hikayat Gul Bakawali, Hikayat Nakhoda Muda, Hikayat Berma Syahban… Contoh hikayat pengaruh Islam ialah Hikayat Hassan Damsyik dan Hikayat Salih dan Saliha, Hikayat Berbingkai seperti Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Ghulam…

10 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Sastera panji bentuk prosa, seperti Hikayat Panji Semirang, Hikayat Cekel Waneng Pati, Hikayat Carang Kulina, Hikayat Misa Tamab Jayeng Kesuma dan sastera panji bentuk puisi, seperti Syair Ken Tambuhan, Syair Angreni, Panji Narawangsa… Cerita nabi dan tokoh Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Nabi Sulaiman, Kisasul-Anbia’, Hikayat Hasan dan Husin, Hikayat Nabi Nuh, Hikayat Nabi Musa, Hikayat Nabi Yusuf, Hikayat nabi Yunus, Hikayat Nabi Adam, Hikayat Nabi Isa… Kepustakaan ilmu-ilmu tradisional seperti kitab Taj al-Muluk, Mujarabat Melayu, Bintang Dua Belas…

11 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Undang-Undang: Bahasa Melayu klasik menampilkan pelbagai kitab undang-undang, seperti: > Undang-Undang Melayu > Undang-Undang Negeri Melaka (Hukum Kanun Melaka) > Undang-Undang Laut Negeri Melaka > Undang-Undang Laut Negeri mangkasar dan Bugis > Undang-Undang Moko-Moko (negeri kecil pantai barat Sumatera) > Undang-Undang Aceh > Undang-Undang Adat > Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan > Undang-Undang Negeri Kedah, Johor, Selangor, Palembang, Jambi…

12 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Ketatanegaraan: Kitab yang paling mencuat ialah Tajus Salatin (Mahkota Raja-Raja), Bustanus Salatin (Taman Raja-Raja), dan Adat Raja-Raja Melayu. Isinya tentang akhlak pemerintahan yang berteraskan Islam Histroriografi: Antara karya paling popular ialah: > Hikayat Raja-Raja Pasai > Sejarah Melayu/Sulalatus-Salatin > Misa Melayu > Hikayat Negeri Johor > Hikayat Merong Mahawangsa > Silsilah Melayu dan Bugis > Tuhfat al-Nafis > Hikayat Banjar, Hikayat Patani, Hikayat Seri Kelantan…

13 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Pentadbiran dan hubungan diplomatik:Sebagai Lingua franca, bahasa Melayu telah digunakan sebagai alat perhubungan dalam kalangan raja dan penguasa Melayu dan bukan Melayu, bahkan antara penguasa bukan Melayu kepada penguasa bukan Melayu. Ini bermakna, mereka tidak menggunakan bahasa mereka sendiri sekalipun mereka datang dari barat seperti orang Inggeris, Belanda dan Perancis BMKL digunakan dalam surat menyurat, perutusan dan perjanjian antara sesama kerajaan Melayu dan antara kerajaan Melayu dengan kerajaan asing (Eropah) Pada abad ke-16, Kerajaan Aceh banyak berutus surat, dan mengikat perjanjian dengan Kerajaan Belanda Antara surat kiriman yang penting ialah:

14 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Kitab Thamaratul Matlub fi Anuari Qulub mengandung pelbagai surat dan perjanjian antara raja Melayu dengan raja Bugis, antara raja Melayu dan raja Bugis dengan Belanda dan Inggeris, dan antara Belanda dengan Inggeris Manuskrip Melayu yang tertua dalam bentuk surat kiriman bertarikh pada 1521 dan Terdapat dua pucuk surat. Semuanya ditulis oleh Sultan Ternate, Maluku di Indonesia Timur kepada Raja Portugal di Eropah Barat. Ternate ialah sebuah kerajaan yang di luar daerah induk bahasa Melayu, dan orang Ternate mempunyai bahasanya sendiri, sedangkan Raja Portugal ialah orang Portugis yang berbahasa Portugis. Namun dalam surat menyurat antara mereka, bahasa Melayu yang digunakan. Ini menggambarkan kepada kita bahawa bahasa Melayu telah menjadi lingua franca pada zaman itu

15 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Surat Raja Ambon yang bernama Kimelaha Salahak Abdul Kadir kepada Gabenor Inggeris dan English East India Company atau Syarikat Hindia Timur Inggeris yang bertarikh pada 20 Sya’ban, 1068 H. Bersamaan dengan 1658 M. Surat ini ditulis ketika Raja Ambon berada dalam buangan di Makassar Surat daripada Sultan Kaicil Nuku dari Tidore (sebuah kerajaan di Perpulauan Maluku di Indonesia Timur) kepada Gabenor Inggeris di Bengkulu (di pantai barat Sumatera Selatan), bertarikh pada 14 Jamadil-awal, 1199 bersamaan dengan 25 Mac, 1785 Surat Emas daripada Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Sultan dan Yang Dipertuan Kerajaan Aceh Darussalam kepada Raja Yaakub (King James I) dari England yang bertarikh pada 1615M

16 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Surat daripada Sultan Kaicil Patra Muhammad Yassin daripada Kerajaan Ternate (di Perpulauan Maluku) kepada Kolonel J. Oliver, Pesuruhjaya Inggeris di Ambon bertarikh pada 26 Zulhijjah 1216 bersamaan dengan 19 April, 1802 Surat terbuka daripada Sir Stamford Raffles yang pada ketika itu berada di Melaka, kepada raja-raja besar di Pulau Jawa untuk mendapatkan sokongan daripada raja-raja besar tersebut bagi menentang Belanda di Pulau Jawa yang bertarikh pada 22 Zulkaedah, 1225 bersamaan dengan 8 Januari, 1811 Surat kebenaran berniaga oleh Sultan Alauddin Syah, Sultan Aceh Darussalam kepada Captain Harry Middleton, dari English East India Company bertarikh pada 1602 M

17 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Surat daripada Kapitan Laut Buton, Sulawesi Selatan kepada Gabenor Jeneral Belanda di Batavia (Jakarta sekarang) bertarikh pada 1080 Hijrah bersamaan 1670 M Surat Perisytiharan Stamford Raffles tentang penguasaan Kerajaan Inggeris terhadap Pulau Jawa, yang diambil alih daripada kerajaan Belanda. Surat perisytiharan ini bertarikh pada 1811 Surat daripada Pangeran Ratu Jambi kepada Gabenor Jeneral Belanda di Batavia (Jakarta) yang diterima oleh Gabenor Jeneral tersebut pada 30 April, 1669 Surat daripada Raja Buleleng, Bali kepada Sir Stamford Raffles bertarikh pada 1811

18 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Surat daripada Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja Berunai kepada Kapitan Inggeris di Jambi bertarikh pada 1629 M. Surat Sultan Syarif Kassim dari Pontianak kepada Stamford Raffles bertarikh pada 1811 Surat daripada Sultan Cakra Adiningrat Madura kepada Van der Capellen, Gabenor Jeneral Belanda pada 1826 Surat daripada Datuk Suliwatang, Lingga kepada Van der Capellen, Gabenor Jeneral Belanda di Batavia, bertarikh pada 1824 Surat daripada Gabenor Jeneral Reynier de Klerk, Belanda kepada Sultan Muhammad Baharuddin, Palembang, bertarikh pada 1782 Surat daripada Sultan Brunei kepada Pemerintah Sepanyol di Manila, Filipina pada 1599 M, dan banyak yang lain lagi

19 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Manuskrip Melayu Klasik Pada masa ini, terdapat kira-kira manuskrip Melayu lama di seluruh dunia. Manuskrip ini masih dalam bentuk tulisan tangan dan tersebar di 14 buah negara dunia. Mengikut catatan sejarah, manuskrip Melayu yang tertua (dalam bentuk buku) yang dapat dikesan setakat ini ialah Kitab Aqa’id al-Nasafi yang bertarikh pada 1590M. Kitab ini telah dikaji dan dianalisis oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas pada tahun 1988, dan bahasa yang digunakan dalam kitab ini dikaji oleh Asmah Haji Omar Selain itu masih ada lagi manuskrip Melayu yang berusia tua seperti Tutinameh (1600M), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton, peniaga Inggeris (1602), surat daripada Sultan Aceh Iskandar Muda Mahkota Alam kepada King James I, England (1615), Hikayat Seri Rama (1633)… Manuskrip dalam bentuk surat dan buku boleh dirujuk buku karangan Gallop, A.T. dan Bernard Arps (1991), Golden Letters: Writting Traditions of Indonesia; dan Gallop, A.T. (1994), The Legacy of Malay Letter, British Library.

20 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Terjemahan Kitab Bible Kedatangan orang Barat telah membawa bersama ajaran agama Kristian. Orang Portugis yang mula-mula membawa agama ini dan mereka cuba mengembangkannya dalam kalangan orang Melayu, seperti yang diusahakan oleh St. Francis Xavier di Melaka dan Maluku Kegiatan mereka mendiayahkan agama mereka semakin rancak apabila berlaku perpecahan yang parah dalam agama Kristian. Perpecahan ini berlaku apabila beberapa orang pemimpin gereja seperti Martin Luther dan Calvin mempertikai dan memprotes pendapat dan keputusan Gereja Katolik Roma yang dipimpin oleh Paus (Pope) di Roma.

21 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Dengan itu timbullah dua mazhab yang besar dalam agama Kristian, iaitu mazhab Katolik Roma yang dipimpin oleh Paus (Pope) yang berpusat di Kota Roma; dan mazhab yang menentang dan memprotes yang dipanggil sebagai Protestant Kedua-dua mazhab ini berlumba-lumba untuk mendapatkan penganut yang lebih banyak. Dengan ini mereka telah berusaha menyebarkan ajaran mazhab mereka dalam kalangan orang yang belum beragama Kristian. Mereka telah pergi ke berbagai-bagai tempat di barat dan juga di timur yang bermula dari pantai barat di benua Afrika hingga ke India, Asia Tenggara, China dan Jepun

22 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Dalam usaha ini, mereka telah menterjemahkan kitab Bible ke dalam pelbagai bahasa, terutama bahasa Melayu yang menjadi lingua franca di Asia Tenggara. Antara terjemahan Bible yang terawal ialah yang diusahakan oleh Leydekker. Mula-mula digunakan tulisan rumi seperti pada naskhah , tetapi kemudian ditransliterasikan ke Jawi pada tahun 1748 Judul terjemahan Bible Leydekker ialah Elkitab, ija itu segala Surat Perdjandjian lama dan baharuw. Terjemahan ini dibuat di Amsterdam Selain itu, terdapat terjemahan lain, seperti yang diusahakan oleh Werndly, Shellabear dan lain lagi. Terjemahan Bible antara lain ialah Kisah Perbuatan Rasul-rasul, Kitab Indjil, Kitab Kudus…

23 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Buku Tatabahasa Para pengembara, pengkaji dan pengembang agama serta para pedagang yang datang dari barat telah mempelajari bahasa Melayu untuk tujuan mereka masing-masing. Ada antara mereka ini sempat menyusun buku tatabahasa untuk kegunaan mereka. Buku tatabahasa ini biasanya disatukan dengan kamus Melayu-Asing Buku tatabahasa ini pada mulanya sangat ringkas dan dalam bahasa mereka masing-masing seperti Belanda, Inggeris dan Perancis. Contohnya ialah buku tatabahasa oleh C. de Houtman, John Ogilby, Thomas Bowrey, William Marsden… Berkenaan dengan buku tatabahasa ini William Marsden telah menyusun buku A Grammar of Malayan Language

24 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Daftar Kata dan Perkamusan Dalam zaman bahasa Melayu klasik, mula wujud daftar kata dan Perkamusan dalam bahasa Melayu. Karya bentuk ini diusahakan oleh pengkaji luar seperti orang Cina dan orang Barat Daftar kata yang tertua ialah Cina-Melayu yang wujud pada 1403M, mengandungi 482 lema. Kemudian terbit Daftar kata Itali-Melayu yang disusun oleh Antonio Pigafetta pada 1522, yang mengandung 426 lema Daftar ini disusun oleh Pigafetta semasa beliau berada di Ambon dan Brunei, iaitu semasa beliau belayar mengelilingi dunia bersama-sama Ferdinand Magellan dan Henry the Black

25 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Selepas itu, baru terbit daftar kata dan kamus yang lain, seperti yang disusun oleh C. De Houtmann ( ), Wiltens-Danckaerts (1623), Haex (1631), Leydekker (yang menyusun Woordenboek), van der Vorm (Maleische Woord-boek Sameling ), John Ogilby (1673), Thomas Bowrey (1701)… Perkamusan Melayu ini yang bermula dengan kamus dwibahasa telah berkembang dalam zaman yang kemudian. Kamus dwibahasa wujud terlebih dahulu dan kemudian baru ada kamus ekabahasa Ini disebabkan oleh keperluan pada masa itu. Para pengembara, pedagang, pegawai syarikat Hindia Belanda dan Inggeris, para pengembang agama Kristian memang sangat memerlukan kamus Melayu, untuk tujuan mereka masing-masing

26 KARYA BAHASA MELAYU KLASIK
Mereka ingin berdagang, mengadakan hubungan diplomatik, mengembangkan ajaran agama atau pelbagai alasan yang lain Semua ini memerlukan pengetahuan bahasa Melayu kerana pada masa itu, bahasa Melayu ialah lingua franca di Alam Melayu. Oleh hal yang demikian, daftar kata dan kamus dwibahasa wujud dahulu Pada zaman kemudian, perkamusan Melayu bertambah baik dan bertambah rencam seperti kamus pelbagai bahasa dan juga kamus ekabahasa yang lebih rinci. Bukan sahaja dari segi maksud, tetapi juga penentuan kelas kata dan makna kata terbitan BMKL juga mengungkapkan karya perubatan, peperangan, ilmu falak, astrologi dan ilmu bahasa Ini membuktikan bahawa BMKL menjadi wahana segala bidang kehidupan, daripada pengungkapan hal falsafah dan akidah serta aspek teknis yang lain, hingga estetika seni sastera

27 BMKL DALAM KARYA AGAMA Bahasa Melayu dalam karya agama, dapat dibahagikan kepada tiga bidang mengikut kandungan, iaitu: > tauhid/usuluddin > syariah/undang-undang Islam > tasawuf Dari segi bentuk, karya agama dalam BMKL, terbahagi dua, iaitu: > prosa: karangan bertulis dengan bahasa yang biasa > puisi: karangan yang berbentuk sajak, syair, pantun…

28 BMKL DALAM KARYA AGAMA Karya agama tertua dalam BMKL ialah ‘Aqa’id karangan al-Nasafi. BMKL digunakan dengan berkesan untuk mengetengahkan: > hakikat kejadian benda > kemungkinan ilmu > keobjektifan ilmu > punca ilmu > teori cakerawala > hakikat ketuhanan, dan > keinsanan Karya ini menjadi asas dalam proses pengilmuan bahasa Melayu, yang kemudiannya diperluas dalam pelbagai disiplin ilmu yang lain

29 BMKL DALAM KARYA AGAMA Hamzah Fansuri terkenal dengan karya tasawufnya yang ditulis dalam prosa dan puisi. Beliaulah yang memperkenalkan bentuk syair dalam bahasa Melayu Antara karya prosanya yang terkenal ialah: > Asrarul-Arifin fi bayan ilm al-Suluk wal-Tawhid > Al-Muntahi > Sharabul-Ashiqin/Zainatul-Muwahiddin Antara karya puisinya: > Syair Dagang > Syair Jawi fasl fi bayan ilm al-Suluk wal Tawhid > Syair Perahu

30 BMKL DALAM KARYA AGAMA Nuruddin al-Raniri terkenal sebagai ahli ilmu yang prolifik. Antara karyanya yang popular ialah: > Sirat al-Mustaqim > Durrat al-Fara’id bi Sharh al-‘Aqaid > Bustan al-Salatin > Hadiyyat al-Habib fi’al-Tarhib Asrar al-Insan fi Ma’rifat al-Ruh wa al- Rahman > Tibyan fi Macrifat al-Adyan > Akhbar al-Akhiral fi Ahwal al-Qiyamah, Hail al-Zill, Maal-Hayat li Ahl al-Mamat, Jawahir al-Ulum fi Kashf al-Machum, Shifa al-Qulub, Hujjat al-Siddiq li daf al-Zirdiq Sebahagian besar karyanya berfokuskan ahli sufi, sama ada yang benar atau yang palsu

31 BMKL DALAM KARYA AGAMA Abdul Rauf Singkel mengarang kitab: > Mir’at-Tullab fi Tashil Macrifat al-Ahkam a’sh Shar’iyyah li Malik a’l-Wahab > Umdat al-Muhtajia (terjemahan tafsir Baidhawi dan autobigrafi) Syamsuddin Pasai pula menghasilkan karya dalam bidang tasawuf. Antara karyanya ialah: > Mir’at al-Mukmin > Mir’at al-Muhakkihin > Mir’at al-Qulub > Kitab Siri al-Ariffina > Kitab fi Dhikir da’ira Kab al-Kansayna

32 BMKL DALAM KARYA AGAMA Ulama lain yang prolifik dalam persuratan keagamaan ialah Abdul Samad Falembani, Muhammad ibn Ahmad Kemas, Kemas Fakhruddin (Palembang), Arsyad al-Banjari (Kalimantan), Daud Abdullah, Mohammad Ismail Daud (Patani), Tajuddin Abdul Fadhil Ahmad dan Sayyid Alwi Ba’aluwi (Riau) Rumusannya: BMKL menjadi wahana penting pengkaryaan ilmiah keagamaan dan menjadi media penyebaran Islam di alam Melayu Ciri terpenting BMKL keagamaan ialah pewujudan keseragaman bentuk pada semua karya, dengan tidak mengira tempat karya itu terhasil

33 BMKL DALAM KARYA PROSA DAN PUISI
Bentuk dan struktur BMKL ditampilkn dalam karya prosa dan puisi, yang menjadi asas konsep bahasa Melayu baku/standard, iaitu berasaskan ragam bahasa persuratan yang mencapai tingkat keseragaman yang tuntas Hollander membahagikan karya prosa Melayu klasik kepada tujuh, iaitu: > karya agama > legenda berunsur Islam > mitos > cerita bersajak > karya bersejarah > karya filsafat dan budi pekerti > kitab undang-undang Melayu

34 BMKL DALAM KARYA PROSA DAN PUISI
Wintedt membahagikannya kepada lapan, iaitu: > cerita rakyat epik pengaruh Hindu > hikayat pengaruh Jawa > legenda Islam > cerita berbingkai daripada sumber Islam > teologi > undang-undang dan sejarah Islam > sejarah Melayu > kitab undang-undang

35 BMKL DALAM KARYA PROSA DAN PUISI
Yang pasti, BMKL telah memberikan nafas baharu kepada pertumbuhandan perkembangan sastera Melayu. Karya prosa dalam pelbagai bidang ini membuktikan bahawa BMKL telah membentuk konsep laras bahasa ilmiah dalam sejarah peradaban Melayu, iaitu: > laras bahasa undang-undang > laras bahasa ketatanegaraan > laras bahasa kreatif Puisi dalam BMKL terdiri daripada sisipan dalam karya prosa, dan yang berdiri sendiri. Contohnya, beberapa genre puisi, seperti pantun, syair, gurindam dan seloka ditemukan dalam Sejarah Melayu

36 BMKL DALAM KARYA PROSA DAN PUISI
Genre puisi pengaruh Arab dan Parsi, seperti syair, ruba’i, masnawi, kit’ah dan ghazal ditemukan dalam Tajus Salatin karya Bukhari al-Jauhari Secara keseluruhannya, genre puisi dalam BMKL terdiri daripada pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, talibun, prosa berirama, teromba, peribahasa berangkap, mantera dan dikir > pantun: puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama pembayang, dan dua baris kedua maksud) > syair: karangan bersajak (setiap rangkap mengandung empat baris, yang sama bunyi hujungnya), yang mengandung mitos dan sejarah > nazam: gubahan puisi (seperti sajak, syair); bercerita dengan lagu

37 BMKL DALAM KARYA PROSA DAN PUISI
> seloka: puisi yang mengandung ajaran (sindiran, jenaka…) > gurindam: bentuk puisi , terdiri daripada dua baris, berisi dengan pelbagai pengajaran > teka-teki: soalan yang dikemukakan secara samar-samar dan rumit, yang jawabannya harus diduga; soalan untuk menduga akal > talibun: puisi lama yang terdiri daripada empat baris (biasanya terdiri daripada 16 atau 20 baris), yang bersajak pada hujungnya > prosa berirama: prosa yang bercirikan unsur puisi dengan iramanya yang teratur > teromba: sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tambo (riwayat dahulu kala), riwayat

38 BMKL DALAM KARYA PROSA DAN PUISI
> mantera: kata atau ayat, yang apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (untuk menyembuhkan penyakit…) > dikir: ucapan (doa) untuk memuji Rasul, biasanya dengan cara berlagu (lazimnya ketika Maulud nabi) > masnawi: puisi Melayu lama yang berasal daripada sastera Arab-Parsi. Jumlah lirik setiap baitnya agak bebas, dengan skema rima berpasangan dua-dua (a-a-b-b-c-c…). Biasanya berisi puji-pujian untuk pahlawan > ruba’i (rubaiyat): puisi Melayu lama yang berasal daripada sastera Arab-Parsi. Setiap bentuk, terdiri atas empat larik (baris/deret), dan berskema rima a-a-b-a, dan biasanya berisi nasihat, puji-pujian atau kasih sayang

39 BMKL DALAM KARYA PROSA DAN PUISI
> kit’ah: puisi Melayu lama yang berasal daripada sastera Arab- Parsi. Setiap bait terdiri daripada lima baris, lebih mirip syair; sajak kurang berperaturan dan ayatnya panjang-panjang > ghazal: puisi Melayu lama yang berasal daripada sastera Arab- Parsi. Setiap bait terdiri daripada lapan larik dan setiap lariknya, mempunyai kata yang sama. Biasanya berisi hal yang ada kaitannya dengan asmara > peribahasa berangkap: peribahasa/simpulan bahasa mempunyai beberapa variasi, seperti bidalan, pepatah-petitih, perbilangan, perumpamaan, lidah pendeta (kata pujangga), kias ibarat, tamsil. Dari segi bentuk, peribahasa berangkap terbina dalam dua keratan yang sejajar, dalam sebaris atau lebih. Baris dalam peribahasa, tiada kaitan antara satu dengan lain

40 BMKL DALAM KARYA PROSA DAN PUISI
Bidalan/bidal: Ungkapan sering disebut, yang mengandung nasihat, peringatan, sindiran secara singkat dengan mengambil kira persajakan, pengulangan atau pertentangan untuk mencapai estetika, kepadatan dan ketepatan makna Pepatah-petitih: Ungkapan atau peribahasa yang mengandung nasihat, ajaran moral, ajaran orang tua-tua (tunjuk ajar Melayu), Pendidikan… Perbilangan: Peribahasa yang melahirkan kata-kata yang sudah menjadi seperti peraturan atau undang-undang, atau nasihat yang dapat dijadikan pegangan

41 BMKL DALAM KARYA PROSA DAN PUISI
Perumpamaan: Peribahasa yang berupa pengungkapan keadaan sesuatu dengan membandingkannya dengan alam sekitar atau sesuatu yang lain (umumnya mengandung ajaran) Lidah pendita/kata pujangga: orang banyak ilmu, ahli fikir atau ahli sastera, cendekia. Ungkapan yang keluar daripada mulutnya amat mengesankan dan menyentuh hati nurani insan kias/ibarat: Perumpamaan, gaya bahasa yang membandingkan seseorang dengan sesuatu benda. satwa atau sebaliknya Tamsil: Ajaran yang terkandung dalam cerita perumpamaan

42 BMKL DALAM KARYA PROSA DAN PUISI
Puisi Melayu lama dianggap sebagai pancaran pemikiran masyarakat Melayu lama, terutama dari segi pemaparan pandangan sarwa orang Melayu Puisi Melayu mencapai kedudukan tinggi dari aspek fungsi dan bentuk Fungsi: > Pengungkapan teologi dan keagamaan, tasawuf dan metafizika > Pengungkapan falsafah dan pemikiran pujangga Melayu dalam bentuk ajaran, teguran, sindiran dan hiburan Bentuk: > Penggunaan bahasa yang ekspresif, kental dan mengandung nilai estetika yang tinggi, dengan penggunaan emejan, metafora… > Ungkapan yang puistis memancarkan pola muzik tertentu, yang melahirkan rentak dan irama yang harmonis > Frasa dan ayat disusun berdasarkan pola tetentu, seperti jumlah suku kata dalam baris, jumlah baris dalam bait dan pola bunyi

43 CONTOH BMKL Cabutan daripada Hikayat Seri Rama / Cherita Maharaja Ravana : … tatkala Sita di-atas peraduan-nya melayani perasaan-nya terhadap Seri Rama maka ia pun berpantun kepada dayang- dayang-nya: Dari mana terbang-nya merak Permata jatoh ka-api Dari mana mula-nya hendak Darai mata turun ka-hati Cabutan daripada teks Sejarah Melayu: “ … seribu dua puluh esa tahun, pada tahun dal-awal pada dua belas haribulan Rabiulawal pada hari Ahad pada waktu doha, pada zaman kerajaan Paduka Seri sultan Alauddin Riayat Syah, zillullahi fil’al am sedang bernegeri di Pasir Raja. Dewasa itu bahawa Seri Nara Wangsa yang bernama Tun Bambang anak Seri Agar Raja, Patani, iaitu datang menjunjung titah Yang Pertuan di Hilir …”

44 CONTOH BMKL Cabutan daripada teks Bustan al-Salatin:
“ … Kata yang empunya cerutera: Bahawa yang pertama-tama mengempu-kan kerajaan Acheh Dar al-Salam itu Sultan Mughayat Shah. Adalah ia kerajaan pada Hijrah sembilan ratus tiga belas tahun. Ia-lah yang pertama-tama masuk agama Islam dan mengeras-kan agama Nabi Muhammad Rasulullah s.m., dan ia-lah yang terlalu perkasa, mengalah-kan negeri Pidir dan Samudera, dan beberapa negeri yang lain dari-pada segala negeri yang kechil-kechil” Pantun undang-Undang Sungai Ujong: Tuanku orang kinari kekah Berkekah ke tengah padang Jika tiada berani menjarah Tiada sah menjadi hulubalang

45 CONTOH BMKL Syair Hamzah Fansuri: Hapuskan ‘akal dan rasa-mu Lenyapkan badan dan nyawa-mu Pecahkan hendak kedua mata-mu Di-sana-lah lihat permai rupa-mu Rubai Sultan Iskandar Thani: Ialah perkasa terlalu berani Turun-temurun nasab sultani Ialah menjujung inayat rahmani Bergelar Sultan Iskandar Thani

46 CONTOH BMKL Teromba perkahwinan orang Semenda: Orang Semenda di-tempat semenda Jika cherdek teman berunding Jika bodoh di-suruh arah Tinggi banir tempat berlindung Rimbun daun tempat bernaung Di-suruh pergi, di-panggil datang Yang patang di-suruh menunggu jemuran Yang pekak di-suruh mencucuh meriam Yang berani di-buat kepala lawan Kalau kaya hendak-kan emas-nya Kalau alim hendak-kan ilmu-nya

47 CONTOH BMKL Ini gurindam fasal yang kelima Jika hendak mengenal orang berbangsa – lihat kepada busi dan Bahasa Jika hendak mengenal orang berbahagia - sangat memelihara yang sia-sia Jika hendak mengenal orang mulia - lihatlah kepada kelakuan dia Jika hendak mengenal orang berilmu - bertanya dan belajar tidaklah jemu Jika hendak mengenal orang berakal - di dalam dunia mengambil bekal

48 CONTOH BMKL Bahasa berirama: gambaran raja santap Santap ia santap beradat Dua suap ketiga sudah Keempat basuh tangan Kelima berkumur-kumur Keenam makan sirih Kelat jatuh ke rengkungan Seri naik ke peroman Bidalan/pepatah Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Indah khabar daripada rupa Diam ubi berisi,, diam penggali berkarat

49 CONTOH BMKL Bahasa berirama: gambaran alamat hari nak siang Tengah malam sudah terlampau Fajar sadik menyingsing naik Dini hari belum lagi tampak Kicak-kicau bunyi murai Budak-budak dua kali jaga Taptibu melambung tinggi Orang muda pulang bertandang Berkuku balam di hujung bendul Orang tua berkalih tidur Terdengar puyuh panjang bunyi Embun jantan rintik-rintik Puntung sejengkal tinggal sejari Bunyi kuang jauh ke tengah Itulah alamat hari nak siang Sering lanting riang di rimba Melengah lembu di padang Sambut nenguak kerbau di kandang Berkokok mendung, merak mengigal

50 CIRI BMKL Ciri BMKL terserlah melalui sistem bahasa dan gaya bahasanya > sistem bahasa: fonologi, nahu dan leksikon > gaya bahasa: pemilihan pola tertentu dan pemilihan laras mengikut bidang Fonologi BMKL tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana tiada data lisannya. Yang ada hanyalah data tulisan Oleh sebab BMKL diabadikan dalam tulisan jawi, maka perkembangan bunyi vokal terbatas pada tiga, iaitu i, a, dan u (daripada vokal Arab ا, و, ي). Namun, dapat diandaikan bahawa BMKL mempunyai enam vokal, iaitu a, e (p), e (t), i, o, u

51 CIRI BMKL Alasannya: BMKL menggambarkan kelainan bunyi vokal walaupun dikembangkan dengan huruf yang sama. Contohnya kata ada, empat, esa dan iman. Huruf awalnya dilambangkan dengan huruf yang sama, iaitu ا (alif), walaupun ada empat bunyi vokal yang berlainan Huruf و (wau) dapat melambangkan bunyi u dan o. Contohnya kata orang dan untuk menggunakan و (wau) dalam suku kata pertama, sedangkan kedua-dua suku kata pertama itu berlainan bunyi, iaitu o dan u Huruf ي (ya) dapat melambangkan bunyi i dan e (taling) dalam kata ikut dan elok, yang dalam ejaan jawinya menggunakan huruf ي (ya) pada suku kata pertamanya

52 CIRI BMKL Bunyi konsonan: Konsonan BMKL sama dengan BMM. Ciri yang menarik ialah perlambangan bunyi getaran alveolar [r] menggunakan huruf ر (ra). Penggunaan huruf ini di hujung suku kata menunjukkan bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup (tidak senyap) dalam BMK Bunyi diftong dalam BMK sama dengan bunyi diftong dalam BMM, iaitu ai, au dan oi Dari sudut nahu juga menunjukkan persamaan antara BMKL dengan BMM, terutama dari segi penggunaan imbuhan, proses morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan Ayat dalam BMKL memanfaatkan empat pola ayat dasar, jenis ayat tunggal dan ayat majmuk sama dengan ayat BMM

53 CIRI BMKL Contohnya: > Ayat pasif diri pertama dan kedua, berbeda dengan rumus ayat pasif diri ketiga > Terdapat ayat pasif jati ber dan ter, berapitan ke…an dan dengan kata kena Perbedaan antara BMKL dengan BMM hanyalah dari segi pemilihan pola dan jenis ayat Dalam BMKL penggunaan: > ayat kompleks (gabungan,pancangan, campuran) jauh lebih tinggi daripada ayat tunggal > ayat pasif lebih tinggi daripada ayat aktif > ayat songsang lebih tinggi daripada ayat biasa

54 CIRI BMKL Leksikon: Kata bahasa Melayu asli menduduki kekerapan penggunaan yang tinggi. Dalam Aqa’id al-Nasafi, terdapat 82% kosa kata asli bahasa Melayu Kata pinjaman yang dominan ialah kata daripada bahasa Arab, Sanskrit dan Parsi. Antara ketiga-tiganya, bahasa Arablah yang tertinggi, iaitu dalam kategori kata umum dan istilah keagamaan, selain bidang undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf… Penanda wacana khusus BMKL ialah penggunaan kata bermula, maka, yakn, arakian, syahadan, alkisah, hatta, sekali peristiwa, akan tersebutlah perkataan, kalakian…

55 CIRI BMKL BMKL menggunakan tulisan jawi, daripada abjad dan tulisan Arab. Tercipta juga huruf baharu yang diilhamkan daripada tulisan Arab, seperti pa ( ق ), nga ( غ ), ga ( ک ), nya ( ڽ ), ca ( ݘ ) BMKL juga menerima beberapa fonem Arab, seperti kh ( ح ) dalam khamis, z ( ز ) dalam zakat. Sy ( ش ) dalam syarat Sebelum wujud sistem ejaan jawi pengaruh Melayu, sistem ejaan Arab digunakan, iaitu dengan menggunakan tanda baris seperti hurúf, insān, riwāyat, mujahīd, īmān… kemudian tanda baris itu dihilangkan Frasa dan ayat pengaruh ayat, seperti ungkapan ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, sunat berbuka atas tamar…Ungkapan ini wujud hasil daripada terjemahan secara harfiah daripada teks bahasa Arab

56 CIRI BMKL Unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu, seperti dalam bidang ilmu kalam, tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman… Kedaan ini berbeda dengan bahasa zaman kuno atau Hindu yang tiada unsur falsafahnya. Yang ada hanyalah terjemahan cerita Beberapa genre sastera Islam mula meresap ke dalam BMKL, seperti syair, nazam, ruba’i, tamsil, ibarat, kit’ah… Pengaruh sastera Islam, terutama dari Arab dan Parsi mula meresapi sastera Melayu, seperti cerita nabi dan para sahabat, cerita berbingkai, sastera agama, sastera sejarah, sastera undang-undang, pemerintahan… Gaya: Gaya BMKL ditandai oleh penggunaan ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Gaya bahasanya kearaban, seperti ayat yang bermula dengan adalah…

57 CIRI BMKL Gaya BMKL juga ditandai oleh bunga bahasa yang menunjukkan kehalusan rasa dan daya imaginasi yang tinggi. Contoh: Kecantikan gadis diungkapkan dengan perbandingan berikut: Tak dapat ditantang oleh mata wajahnya gilang gemilang bagai ilin dituang mukanya bundar bagai bulan penuh matanya bagai bintang timur matanya bagai seraut jatuh dagunya bagai pauh dilayang alis matanya lentik bagai hiliran taji bulu matanya bagaiemut beriring

58 CIRI BMKL jarinya bagai duri landak tumitnya bagai telur burung pinggangnya segelung jari jalannya bagai si ganjar lalai daripada maju surut nan lebih Laras: BMKL telah mencapai tahap bahasa terbina, iaitu bahasa yang mampu mengungkapkan pelbagai bidang teknis dan seni. Ini menunjukkan bahawa BMKL telah mencapai tahap kebakuan yang tinggi, yang membentuk konsep kemelayuan, yang juga menjadi tanda transformasi satu kebudayaan penting di alam Melayu

59 Ragam inilah yang menjadi asas konsep bahasa Melayu baku, kerana:
KEPENTINGAN BMKL BMKL mempunyai signifikannya yang tersendiri. Ciri dan bentuk BMKL menjadi titik tolak pertumbuhan BMM. Sebelumnya BMP dan BMK tidak dapat dikenal pasti dengan tuntas, bentuk dan cirinya, melainkan secara hipotesis rekonstruksi dalaman BMKL memperkenalkan ragam bahasa persuratan dan sistem ejaan jawi yang agak mantap. Ragam dan tulisan ini tersebar ke seluruh pelosok alam Melayu Ragam inilah yang menjadi asas konsep bahasa Melayu baku, kerana: > bentuknya yang mantap > terkodifikasi > tahap keseragaman yang tinggi *kodifikasi: kegiatan mengumpulkan dan menyusun sesuatu hingga menjadi keseluruhan yang bersistem

60 KEPENTINGAN BMKL Ragam bahasa persuratan (perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan) inilah yang memungkinkan perkembangan Bahasa Melayu moden Ini menunjukkan bahawa BMKL telah: > mencapai tahap kebakuan yang tinggi > membentuk konsep kemelayuan > menjadi tanda transformasi satu kebudayaan penting di alam Melayu

61 KESIMPULAN Karya BMKL merambah dalam bidang agama, sastera, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, perubatan, pentadbiran dan perhubungan diplomatik Dari segi bidang, BMKL dalam karya agama merangkumi usuluddin, Syariah dan tasawuf. Dari segi bentuk, merangkumi karya prosa dan puisi BMKL dalam prosa terjelma dalam laras bahasa undang-undang, ketatanegaraan dan kreatif. Dalam puisi, BMKL terjelma dalam pantun, syair, nazam, seloka, gurindam, reka-teki, talibun, prosa berirama, teromba, mantera, dikir, masnawi, ruba’i, kit’ah, ghazal, peribahasa berangkap, bidalan, pepatah, perbilangan, perumpamaan, lidah pendita, kias/ibarat, tamsil Ciri BMKL terserlah melalui sistem bahasa dan gaya bahasa Dari segi kepentingannya, BMKL telah memperkenalkan ragam bahasa persuratan dan tulisan jawi, yang menjadi asas pembentukan bahasa Melayu moden

62 MADAH PUJANGGA SALAH SATU RAHSIA KEJAYAAN IALAH JANGAN BERKECIL HATI/KECEWA KERANA GAGAL Wahai anakanda jangan menyalah Banyakkan ingat kepada Allah Kepada saudara banyak mengalah Kepada sahabat berlaku murah


Download ppt "UNIT 7 BAHASA MELAYU KLASIK DAN PERSURATAN MELAYU."

Similar presentations


Ads by Google