Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab

Similar presentations


Presentation on theme: "Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab"— Presentation transcript:

1

2 Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab
* Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al-Hasan as-Salami al-Baghdadi, al-Hanbali, ad-Dimasyqie. Kunyah beliau Abul Faraj, namun lebih dikenali sebagai Ibn Rajab. Lahir 736H dan wafat 795H.

3 Majlis Dzikir Majlis Ilmu bukannya Zikir ucapan tasbih
Demikian kecenderungan pendapat Ibn Rajab yang disokong dengan berbagai keterangan, antaranya: Hadis2 yang menjelaskan maksud Majlis Zikir, Taman Syurga, adanya malaikat yang menaungi mereka, kebanyakannya menyebutkan tentang Tilawah al-Qur‘an dan pembelajarannya dan perbuatan Sahabat berbincang tentang ni‘mat Islam yang mereka kecapi dan adakalanya tentang tanda2 Kiamat. Hanya sedikit daripada hadis2 tersebut yang menyebutkannya dengan umum sebagai tasbih, takbir & yang sepertinya

4 Majlis Dzikir Riwayat hidup ‘ulama terutamanya zaman Salafussalih, banyak menyebutkan tentang kesungguhan mereka sehingga mengadakan perantauan mencari ilmu, namun tidak disebutkan pula mereka memimpin Majlis Berzikir beramai-ramai. Seringkali disebutkan Majlis mereka dipenuhi manusia yang ramai, tetapi yang disebutkan adalah Majlis Ilmu bukannya Majlis Zikir dengan tasbih dan seumpamanya. Yang ada adalah perbuatan Sahabat (seperti Mu‘adz dan ‘Abdullah bin Rawahah) dan tidak ada berkenaan para Imam memimpin Majlis Dzikir dengan ramai-ramai dengan satu suara sehingga kuat kedengaran.

5 Majlis Dzikir Kata al-Imam asy-Syafi‘ie (w.204H):
Setiap ilmu selain al-Qur’an adalah kesibukan (yang tidak diperlukan) Kecuali Hadis dan ilmu Fiqh dalam agama Islam Ilmu (yang sebenarnya) adalah apa yang ada padanya Hadis (disebutkan dengan sanad periwayatan) Selainnya adalah semata-mata bisikan-bisikan Syaitan

6 Majlis Dzikir Pentingnya kaedah menghimpunkan & memadankan segala riwayat yang berkenaan

7 Majlis Dzikir Pentingnya kaedah menghimpunkan & memadankan segala riwayat yang berkenaan Memahami sesebuah hadith perlu kepada menghimpunkan dan memadankan segala riwayat yang berkenaan dengannya (yakni riwayat-riwayat yang membawa makna yang sama dengannya walaupun ada sedikit perbezaan lafaz, sehingga difahami dengan kesimpulan yang memahamkan titik pertemuan makna lafaz-lafaznya yang berbeza dalam berbagai riwayat yang hampir sama tersebut.)

8 Majlis Dzikir Ini yang diistilahkan sebagai kaedah: al-Jam‘u
- memadankan di antara makna petunjuk dalil-dalil an-Naskh - petunjuk satu dalil sahaja yag diamalkan sedangkan petunjuk dalil yang satu lagi telah dimansukhkan at-Tarjieh - meneliti dengan mendalam lalu mengambil petunjuk dalil yang terkuat dan meninggalkan yang lemah

9 Majlis Dzikir al-Hafiz al-Ibn Rajab telah mengumpulkan beberapa riwayat dan kemudian menyimpulkan pemahaman makna “Majlis Zikir” secara menyeluruh, iaitu difahami dengan Tilawah al-Qur’an dan pembelajaran kandungannya berupa cara bacaan, tafsiran, hukum-hukum dan hikmah-hikmah. Beliau juga menggambarkan Majlis Zikir Nabi dan para Sahabat adalah demikian yang adakalanya juga berupa perbincangan dan peringatan tentang tanda-tanda Kiamat.

10 اطلع النبي علينا و نحن نتذاكر فقال: ما تذاكرون؟ قالوا: نَذْكُر الساعة.
Majlis Dzikir Daripada Hudzaifah bin Asied al-Ghifariy: اطلع النبي علينا و نحن نتذاكر فقال: ما تذاكرون؟ قالوا: نَذْكُر الساعة. Nabi menghampiri kami sedang kami ketika itu duduk saling memperingatkan, lalu tanya baginda: “Apa yang sedang kalian bincangkan?” Jawab mereka: Kita sedang berdzikir mengingati Kiamat. [ Sahih Muslim ]

11 Majlis Dzikir Maka, kesimpulan yang terbaik Majlis Zikir yang dimaksudkan adalah Majlis Ilmu, Tilawah al-Qur’an dan pembelajaran isinya dan juga Majlis Zikir berupa Tasbih, Takbir Tahmied dan sebagainya. Walaubagaimanapun, yang menjadi permasalahannya adalah cara perlaksanaan Majlis al-Qur’an dan Zikir tersebut.

12 Majlis Dzikir Majlis Ilmu:
ia dirujukkan kepada tatacara Majlis Ilmu Nabi , yang antara lain digambarkan bahawa ia majlis penuh adab dan ketenangan yang tidak memberatkan para Sahabat, sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa riwayat.

13 Majlis Dzikir Majlis Tilawah al-Qur’an
maka caranya adalah dengan 1 orang membacanya, sedang yang lain mendengarkan Tilawah orang tersebut. Kemudian seorang lain pula membaca dengan semuanya yang lain diam mendengarkannya, sehingga ia selesai Tilawahnya dan begitulah secara bergilir. Bukannya mereka secara serentak semuanya ramai-ramai membaca dengan satu suara, sebab ini yang diingkari (ditegur dan ditegah) oleh Imam Malik terhadap sebahagian orang-orang asy-Syam (daerah Jordan, Palestin, Syria) .

14 Cara Perlaksanaan Majlis Zikir
Majlis Dzikir Cara Perlaksanaan Majlis Zikir Dalam bab ini, kami akan mengkaji penjelasan para ulama’: Syeikhul Islam Ibn Taymiyyah (w.728H) Al-Imam an-Nawawi (w.676H) Syeikh al-Albaaniy (w.1420H) Syeikh Bakr Abu Zayd (w.1429H)

15 Majlis Dzikir Fatwa Syeikhul Islam Ibn Taymiyyah
* Taqiud-deen Abul-'Abbaas Ahmad Ibn 'Abdul-Haleem Ibn 'Abdus-Salaam Ibn Taymiyyah al-Harraanee al-Hanbalee lahir pada tahun 661H di Harraan, Irak, sewaktu serangan zalim tentera Tatar terhadap dunia Islam dan wafat pada tahun 728H di Damsyik, Syria. Seorang ‘alim besar yang banyak difitnah oleh golongan terkemudian.

16 Majlis Dzikir Majlis Zikir (berupa Tasbih dan seumpamanya pula)
Kata Syeikhul Islam : Berkumpul untuk membaca (al-Qur’an), berzikir dan berdoa adalah suatu perkara baik yang digalakkan selama mana ia tidak dijadikan suatu ketetapan secara Adat (masa, waktu, sempena hari/masa tertentu) sehingga dijadikan seperti berkumpul yang diajarkan menurut Syara‘ (yang ada ketentuan masa/cara/tempat tertentu) dan tidak pula disertai apa-apa bid‘ah yang mungkar… [ Majmu’ Fatawa ]

17 Majlis Dzikir Penjelasan Al-Imam An-Nawawi
* Abu Zakaria Muhyiddin Yahya lahir di Nawa, Damsyik pada tahun 631H dan wafat pada tahun 676H di kota kelahirannya. Beliau telah menulis begitu banyak kitab walaupun hidupnya begitu singkat.

18 Majlis Dzikir Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, setelah meletakkan Bab Fadl Majalis adz-Dzikir (Kelebihan Majlis-majlis Dzikir), selang dua bab, beliau menempatkan Bab Fadl al-Ijtima‘ ‘ala Tilawat al-Qur’an wa ‘ala adz-Dzikr (Keutamaan Berkumpul untuk Tilawah al-Qur’an dan Dzikir) kemudian selepas satu bab lain, beliau memuatkan Bab Istihbab Khafd as-Saut bi adz-Dzikr (Galakan merendahkan/memperlahankan suara dalam berdzikir).

19 Majlis Dzikir Maka dapat difahami, antara yang dituntut adalah Majlis Dzikir yang merendahkan suara bukan dengan suara lantang menyeru Allah atau berselawat. Demikian itu juga yang telah disebutkan oleh Imam Nawawi dengan tukilan kata-kata al-Qadi ‘Iyad. Apatah lagi menggunakan pembesar suara yang boleh mengganggu jemaah yang sedang solat atau melakukan ibadah lainnya di masjid. [ Syarh Sahih Muslim Imam Nawawi ]

20 Majlis Dzikir Penjelasan Syeikh al-Albaaniy
* Muhammad Naasiruddeen al-Albaaniy lahir di ibu kota Albania pada tahun 1332H dan keluarganya telah berhijrah ke kota Damsyik setelah Albania dikuasai oleh golongan Atheis. Beliau wafat pada tahun 1420H.

21 Majlis Dzikir سَبَق المفَرِّدون. قالوا: يا رسول الله و من المْفُردون؟ قال: الذين يُهْتَرُون فِي ذِكْرِ الله عز وجل Golongan al-Mufarridun telah mendahului. Tanya para Sahabat: Wahai Rasulullah, siapakah al-Mufarridun? Jawab baginda: Mereka yang khusyu‘ dalam mengingati Allah . [ Hadith riwayat Imam Ahmad, al-Hakim & al-Baihaqiy. Sahih menurut al-Hakim dan dipersetujui oleh Imam ad-Dzahabi ]

22 Majlis Dzikir Dari Abu Hurairah:
Suatu ketika, Rasulullah sedang berjalan di Mekkah dan melintas lalu di sebelah sebuah bukit bernama Jumdan, lantas baginda bersabda: سيروا هذا جمدان سَبَق المفَرِّدون. قالوا: و ما المْفُردون يا رسول الله ؟ قال: الذاكِرون الله كثيرا و الذاكرات Kalian laluilah (bukit) Jumdan ini, golongan al-Mufarridun telah mendahului. Tanya para Sahabat: Apakah al-Mufarridun itu, wahai Rasulullah? Jawab baginda : Mereka yang banyak mengingati Allah, baik lelaki mahupun perempuan. [ Hadith riwayat Imam Muslim & al-Baihaqiy ]

23 Majlis Dzikir Kata asy-Syeikh al-Albaniy (Silsilah al-Ahadiets as-Sahihah): “al-Mufarridun” ertinya adalah “al-Munfaridun” (yang menyendiri) Kata Ibn al-Atsier: “فرد برأيه ، و أفرد ، و فرّد ، استفرد ، بمعنى انفرد به” Menyendiri dengan pendapatnya, menyendirikan, menjadikan banyak menyendiri, menjadikannya tersendiri maknanya sendirian tersendiri. “يُهْتَرُون” maknanya menyukainya dengan sepenuh tumpuan sehingga tidak berbicara dengan perkara lain dan tidak pula melakukan perkara lain.

24 Majlis Dzikir Takhriej hadis ini penting kerana adanya lafaz ini “يهْتزون” dengan “ز” (ertinya bergoncang) di dalam “asy-Syu‘ab”, maka saya segera jelaskan takhriejnya dan memperbetulkan penyebutan lafaznya, kerana khuatir golongan Sufi yang berjoget dan menari, bergoncang ke kanan ke kiri, akan mengambil lafaz yang ini dengan kejahilan mereka, tanpa mereka sedari ataupun mereka menyedarinya tapi berpura-pura tidak tahu, bahawa sebenarnya ia adalah “muharraf” (catatan lafaz yang tersilap), lalu berhujjah dengannya sebagai sandaran perbuatan mereka dalam amalan zikir mereka.

25 Majlis Dzikir Sokongan kepada apa yang mereka mahukan (berjoget & menari) iaitu apa yang ada dalam Syarah an-Nawawi terhadap Sahih Muslim: Kata an-Nawawi: “mereka adalah golongan yang “يهْتزون” dalam zikirullah” maknanya “bercondong/bermiring dengannya” Dan begitu juga yang ada dalam Hasyiyat (Muslim – Istanbul) sebagai tukilan daripada an-Nawawi.

26 Majlis Dzikir Dengan andaian ia (riwayat dengan lafaz “يهْتزون” dengan “ز”) sahih sekalipun (padahal ia riwayat muharraf – tidak sahih), maka maknanya adalah: Bergembira dan merasa tenang dengan Zikrullah sebagaimana yang dapat diambil daripada dasar perkataannya: “هزز” di dalam an-Nihayah, maka ia mirip dengan makna sabda Nabi : “أرحنا بها يا بلال” - “Tenangkanlah kami dengannya (solat) wahai Bilal (lakukanlah iqamat)” dan ia amat hampir dengan makna yang dimaksudkan oleh an-Nawawi. Wallahu a‘lam.

27 “كانوا إذا ذكروا الله مادوا كما تميد الشجرة في يوم ريح”
Majlis Dzikir Dikatakan sebahagian golongan Sufi, daripada ‘Aliy bahawasanya beliau telah menyatakan, ketika menyifatkan para Sahabat: “كانوا إذا ذكروا الله مادوا كما تميد الشجرة في يوم ريح” Bila mereka melakukan Zikrullah, mereka bercondongan seperti bercondongannya pokok pada hari yang berangin kuat. Ketahuilah bahawa hadis ini tidak sahih daripada ‘Aliy.

28 Majlis Dzikir Ia (hadith tadi) telah disebutkan oleh Abu Nu‘aim di dalam al-Hilyah: 1/76 daripada jalan periwayatan berikut: ‘Aliy  Abie Arakah  as-Suddiy  seorang lelaki daripada (Ju‘fiy)  Malik bin Mighwal  Muhammad bin Yazied Abi Hisyam  Abu Nu‘aim Hadis ini, isnadnya da‘ief penuh kesamaran.

29 Majlis Dzikir Abie Arakah - aku tidak mengenalinya dan tidak aku ketemukan seorang pun daripada para Ahli Hadis yang menyebut riwayat beliau Lelaki daripada “al-Ju‘fiy” tidak dinamakan siapa gerangannya sebagaimana anda lihat, maka ia Majhul (tidak diketahui) Muhammad bin Yazied telah ditolak periwayatannya oleh al-Bukhariy dengan kata beliau: “Aku mengetahui bahawa mereka (para Ahli Hadis) bersepakat menghukum beliau seorang perawi lemah”.

30 Majlis Dzikir Penjelasan Syeikh Bakr Abu Zayd
* Syeikh Bakr Ibn 'Abdullaah Abu Zayd Ibn Muhammad Ibn 'Abdullaah Ibn Bakr Ibn 'Uthmaan Ibn Yahyaa dilahirkan pada 1365H dan wafat pada 1429H. Beliau telah mendapat kelulusan dari Universiti Imaam Muhammad, Riyadh.

31 Majlis Dzikir “Ulama Andalus (Sepanyol) telah melarang dengan keras dan tegas berkenaan: at-Tamayul (bercondong melenggokkan badan), al-Ihtizaz (bergoncang/bergoyang-goyang), at-Taharruk (bergerak-gerak, tidak kira ke kanan-kiri atau depan-belakang) ketika membaca al-Qur’an dan mereka menegaskannya sebagai bid‘ah yang dimulakan oleh kaum Yahudi, yang akhirnya masuk berbaur (ke dalam umat Islam) di bahagian timur Mesir, padahal tiada satu pun daripada perkara-perkara tersebut (at-Tamayul, al-Ihtizaz dan at-Taharruk) kita terima daripada Salih Salaf umat ini.”

32 Majlis Dzikir Kata Abu Hayyan ahli Nahu, Muhammad bin Yusuf al-Andalusi (w.745H) dalam Tafsirnya “al-Bahr al-Muhiet” ketika menjelaskan Firman Allah : “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke atas mereka (Bani Israil) seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka…” [ Surah al-A‘raf, Ayat 171 ]

33 Majlis Dzikir Kata az-Zamakhsyariy dalam “al-Kasysyaf”(2/102): Apabila Nabi Musa telah menyebarkan lembaran-lembaran yang padanya ada Kitab Allah Ta‘ala, tidak ada satu pohon, gunung mahupun batu kecuali ia bergoncang, bergoyang. Lantaran itu anda melihat seorang Yahudi, bilamana ia membaca at-Taurat (yang telah diubah) ia pasti akan bergoyang, bergoncang menunduk-nundukkan kepalanya.

34 Majlis Dzikir Sungguh perlakuan buruk ini telah menyerap masuk pada anak-anak kaum Muslimien, sebagaimana yang saya lihat di negeri Mesir. Anda melihat mereka di tempat pengajian mereka, ketika membaca al-Qur’an, mereka bergoyang-goyang, menggerakkan kepala mereka. Adapun di negeri kita, di Andalus dan Barat, jika seorang anak kecil bergoyang ketika membaca al-Qur’an, gurunya pasti menegurnya dengan berkata: Jangan goyang-goyang menyerupai kaum Yahudi ketika belajar. (al-Bahr al-Muhiet: 4/42)

35 Majlis Dzikir Kata ar-Ra‘ie al-Andalusi (w.853H) dalam “Intisar al-Faqier as-Salik”: 250: Demikian juga, orang-orang Mesir menyamai kaum Yahudi di dalam bergoyang-goyang ketika belajar dan membuat sesuatu kerja dan ia adalah daripada tingkah laku kaum Yahudi. Tukilan yang terakhir ini, lebih umum sifatnya, maka hendaknya dijauhi. [ Bida‘ al-Qurra’ al-Qadiemah wa al-Mu‘asirah: ]

36 Majlis Dzikir Demikian penjelasan Syeikh Bakr Abu Zayd, yang memperincikan lagi kenyataan asy-Syeikh al-Albaniy tadi sehingga jelas difahami bahawa apa yang dilakukan oleh sebahagian orang, terutamanya aliran Tarekat dan Sufi, yang bergoyang-goyang apatah lagi menari ketika berzikir adalah perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam lagi menyerupai kaum Yahudi. Video berikut menjadi bukti perbuatan kaum Yahudi ini ketika mereka membaca bacaan-bacaan mereka di Tembok Ratapan – Wailing Wall – di Masjid Aqsa.

37 Majlis Dzikir Ada sepotong hadis yang mengisahkan pada suatu Hari Raya, ‘Aisyah membenarkan 2 gadis kecil bernyanyi di rumah dan bila Rasulullah pulang, baginda membiarkan mereka sambil memalingkan wajah baginda (tidak suka) daripada mereka. Kemudian Abu Bakar masuk dan menegur: Dendangan Syaitan dimasukkan ke rumah Nabi? Rasulullah meminta Abu Bakar membiarkan sahaja mereka. Segera ‘Aisyah menyuruh gadis-gadis itu pergi. [ Sahih al-Bukhari ]

38 Kata Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalaniy di dalam Fath al-Bari:
Majlis Dzikir Kata Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalaniy di dalam Fath al-Bari: Segolongan Ahli Sufi berhujjah dengan hadis ini sebagai dalil yang menunjukkan keharusan nyanyian lagu dan keharusan mendengarkannya dengan disertai alat (gendangan) ataupun tanpa penggunaan apa-apa alat, padahal sebenarnya sudah memadai untuk menyanggah kesimpulan dan hujjah mereka dengan penyebutan ‘Aisyah secara terang di dalam hadis yang ada dalam Bab yang menyusul selepasnya (hadis no: 952), “ليستا بمغنيتين – mereka berdua bukannya penyanyi”

39 Majlis Dzikir Maka beliau telah menafikan pada sudut maknanya apa yang mungkin disalahertikan dengan lafaznya yang beliau sebutkan mengenai mereka berdua , sebab: “nyanyian” boleh bermaksud: “meninggikan suara” secara mutlaq dan boleh juga “at-tarannum” – berlenggok dan mendengung dalam sebutan – beralun suara Atau “al-Hida” – alunan suara untuk mempercepat langkah unta dsbgnya’

40 Majlis Dzikir “ينشد بالتمطيط و تكسير و تهييج و تشويق”
Maka pelakunya tidak dinamakan “penyanyi” tetapi disebut sebagai: “ينشد بالتمطيط و تكسير و تهييج و تشويق” (seperti deklamasi sajak dengan mengalunkan suara) yang lumrahnya mengemukakan secara terselindung perkara-perkara jelek ataupun secara terang-terangan.* * Maksud beliau adalah alunan syair Arab zaman dahulu berupa syair-syair yang lumrahnya berisi perkara tidak baik secara terselindung/kiasan ataupun terang-terangan.

41 Majlis Dzikir Kata al-Qurtubiy (w.671H): Ungkapan beliau (‘Aisyah )
“ليستا بمغنيتين – mereka berdua bukannya penyanyi” maknanya mereka bukannya orang yang tahu atau mahir menyanyi sebagaimana yang diketahui dengan mahir oleh golongan penyanyi. Kata-kata beliau ini mengeluarkan perbuatan mereka berdua itu daripada nyanyian yang sedia diketahui daripada golongan penyanyi yang masyhur dengannya, yang mampu menggerakkan yang diam, men“cergas”kan yang lesu. Jenis ini, jika ada pada syairnya sebutan sifat-sifat kecantikan wanita ataupun arak dan lainnya daripada perkara-perkara yang haram, tiada yang berselisihan pendapat bahawa ia haram.

42 Majlis Dzikir Manakala apa yang diperkenalkan oleh golongan Sufi daripada perkara-perkara tersebut berupa bid‘ah rekaan mereka, maka ia juga daripada perkara yang tidak diperselisihkan oleh ‘ulama, bahawa ia haram. Akan tetapi hawa nafsu yang bergelumang syahwat (pada yang haram) telah mempengaruhi dan mengatasi ramai daripada kalangan orang-orang yang menisbahkan diri mereka kepada kebaikan, sehingga lahir dan nyata daripada ramai di kalangan mereka tingkah laku kanak-kanak dan orang-orang gila, sehingga mereka menari dengan gerakan bergoyang-goyang yang berentak dan beralunan (seperti ombak).

43 Majlis Dzikir Bahkan lebih dari itu, sehinggakan buruknya tahap kedunguan sebahagian mereka menjadikan mereka menganggapnya sebagai suatu perbuatan mendekatkan diri kepada Allah dan amalan-amalan salih dan dapat membuahkan “سني الأحوال – keadaan/keperibadian yang tertinggi”, padahal ini – jika diamati pada hakikatnya – adalah kesan-kesan peninggalan golongan az-Zanadiqah dan Ahli al-Mukharrafah (pagans – percaya kepada Mitos), walLahul Musta‘an. (akhir tukilan kata-kata Imam al-Qurtubiy)

44 Majlis Dzikir Sayugianya mereka menterbalikkan maksud mereka dan membacanya dengan “سيء” (dengan “ي”) dan bukan dengan “ن” * * “سيء” Dengan “ي” ertinya seburuk-buruk keperibadian dan bukan dengan “ن” pada perkataan “سني” [ Fath al-Bari, Imam Ibn Hajar: 2/513 ]

45 Majlis Dzikir Kesimpulannya, digandingkan dengan apa yang telah ditukil oleh Syeikh Saliem Hilaly daripada peneguran Imam al-‘Izz, begitu juga penjelasan-penjelasan tadi, sebagaimana kita lihat al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan dan membuat tukilan (ilmu warisan) daripada al-Imam al-Qurtubiy, maka kebanyakan majlis zikir yang diadakan hari ini, di merata dunia, lebih mirip kepada Majlis Zikir Yahudi dan bukannya Islam.

46 Majlis Dzikir Mereka telah menyifatkan golongan Sufi yang bergoyang dan bernyanyi apatah kagi berirama dan menari sebagai “melakukan perbuatan anak kecil dan orang gila”. Jelaslah bahawa perbuatan bergoyang dan berirama dalam berdzikir, tidak dikira sebagai Majlis Zikir yang betul di sisi al-Hafiz sendiri. Lagipun, mereka lebih banyak menyibukkan diri mereka dengan “Zikir” ( “zouq/syiok/in trance”), sehingga tidak mengambil berat tentang ilmu yang berpandukan keterangan Wahyu, al-Qur’an dan as-Sunnah mahupun ajaran para Sahabat.

47 Majlis Dzikir Mereka melakukannya dengan suara tinggi, berdendangan, suara beralunan yang sebahagiannya diiringi paluan alat-alat nyanyian dan lebih buruk lagi alat muzik serta bergoyang-goyang bahkan menari-nari. Mereka tidak menyukai golongan yang memperbetulkan perkara-perkara tersebut, bahkan adakalanya memusuhi mereka

48 Majlis Dzikir Mereka lebih rela bersekongkol dengan orang-orang bukan Islam untuk menjatuhkan & menganiaya serta melenyapkan saudara-saudara Islam mereka yang mengambil berat terhadap asal ajaran al-Qur’an, as-Sunnah, pemahaman Sahabat dan para Imam yang mewarisi ajaran Nabi dan para Sahabat dengan sebaik-baiknya

49 Majlis Dzikir Hanya manusia yang sombong, angkuh dan takabbur pewaris sifat Syaithan sahaja yang tidak akan tunduk kepada keterangan, yang kemudian tidak akan bertaubat, malah mengajak orang lain terus kepada jalannya, bukan jalan Allah, serta berdengki terhadap sesiapa yang mengajak ke jalan Allah yang lurus.

50 Majlis Dzikir Daripada ‘Amru bin Yahya bin ‘Amru bin Salamah al-Hamdani yang meriwayatkan daripada bapanya, daripada datuknya: Suatu ketika kami sedang duduk di pintu rumah ‘Abdullah bin Mas‘ud sebelum solat Ghadah (Subuh), bila ia keluar, kami akan berjalan bersama ke masjid. Lalu datanglah Abu Musa al-Asy‘ariy seraya bertanya: “Apakah Abu ‘Abdir Rahman (yakni Ibn Mas‘ud) sudah keluar?” Jawab kami: “Belum.” Lantas beliau pun duduk bersama kami menunggu sehingga beliau (Ibn Mas‘ud) keluar.

51 Majlis Dzikir Apabila beliau keluar, kami segera bangun, maka berkatalah Abu Musa kepada beliau: “Wahai Aba ‘Abdir Rahman! Sesungguhnya aku telah menyaksikan di masjid tadi, suatu perkara yang aku ingkarinya dan pendapatku ia masih bermaksud baik, walhamdulillah.” Tanya Ibn Mas‘ud: “Apakah perkaranya itu?” Jawab Abu Musa: “Jika anda ke sana anda akan melihatnya sendiri... Aku lihat di dalam masjid, suatu kumpulan, semuanya duduk di dalam beberapa bulatan, menunggu waktu solat...

52 Majlis Dzikir Di dalam setiap bulatan ada seorang ketua dan pada tangan mereka, ada benda buat mengira/menghitung. Ketua itu akan mengatakan: Bertakbirlah 100 kali, mereka semuanya pun bertakbir 100 kali. Ia katakan pula: Bertahlil-lah 100 kali, maka mereka pun bertahlil 100 kali dan katanya lagi: Bertasbihlah 100 kali dan mereka pun bertasbih 100 kali.” Tanya Ibn Mas‘ud: “Apa yang anda katakan kepada mereka?” Jawab Abu Musa: “Aku tidak katakan apa-apa terhadap mereka, semata-mata meminta pendapat mu.”

53 Majlis Dzikir Kata Ibn Ibn Mas‘ud: “Mengapa tidak anda suruh mereka agar mengira keburukan-keburukan diri mereka dan jamin mereka bahawa amalan baik mereka tidak akan merugi (sindiran)?” Kemudian beliau pun berjalan ke masjid bersama kami sehinggalah beliau berhadapan dengan salah satu dari kumpulan-kumpulan itu, memberhentikan mereka seraya berkata: “Apa yang aku lihat kalian sedang lakukan?” Jawab mereka: “Wahai Aba ‘Abdir Rahman, kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih dengan benda ini.”

54 Majlis Dzikir Maka kata Ibn Mas‘ud:
“Hitunglah keburukan-keburukan kamu kerana aku penjamin kalian bahawa amalan baik kalian tidak akan merugi (sindiran)! Tercelanya kalian wahai ummat Muhammad! Betapa cepatnya kalian binasa! Mereka, para Sahabat Nabi kamu , masih ramai lagi di sekeliling kamu, baju peninggalan Nabi belum pun lusuh, wadahnya belum pecah (kiasan kepada ajaran Nabi yang masih baru) dan demi Yang nyawa ku di TanganNya, kamu telah berada di atas suatu agama yang lebih baik dari agama Muhammad ataupun kamu hanya membuka pintu kesesatan?!”

55 Majlis Dzikir Jawab mereka: “Demi Allah wahai Aba ‘Abdir Rahman, kami hanya mahukan kebaikan.” Tambah Ibn Mas‘ud: “Berapa ramai orang yang inginkan kebaikan, tetapi tidak mendapatkannya (kerana salah caranya). Sesungguhnya Rasulullah telah memberitakan kepada kami: “Suatu kaum membaca al-Quran, sedang bacaan mereka tidak sampai ke kerongkongan mereka (rajin baca tetapi tidak memperdalami pemahaman isinya), mereka meluncur keluar dari Islam selaju anak panah meluncur keluar dari busurnya”

56 Majlis Dzikir Demi Allah, aku tidak pasti, mungkin kebanyakan kamu ini adalah dari golongan itu.” Lalu beliau pun beredar. Sungguh aku (‘Amru bin Yahya) lihat kebanyakan daripada mereka (ahli kumpulan bulatan Zikir itu) memerangi kami di dalam Peperangan Nahrawan bersama al-Khawarij.” [ Diriwayatkan oleh ad-Darimi, Bah-syal di dalam Tariekh Wasit dan Ibn Abi Hatim dengan isnad yang sahih. Antaranya, Ibn ‘Uyainah dan Ibn Ma‘ien (guru Imam al-Bukhari) menyatakan hadis ini baik. ]

57 Majlis Dzikir Riwayat ini mengandungi pengajaran yang mendalam bagi kita semua. Apatah lagi, kumpulan-kumpulan yang melakukan Zikir yang bercanggah dengan as-Sunnah seperti yang ditegur Ibn Mas‘ud itu. Adakalanya bila kita nasihatkan dan menegur mereka, mereka akan sebaliknya menuduh kita adalah golongan yang menolak adanya Zikir, benci kepada zikir dan Majlis Zikir atau tidak suka orang berzikir. Jika ada orang yang menolak adanya dzikir, maka benar ia boleh jatuh kufur. Kalau ada orang tidak suka orang berzikir, itu tanda nifaq – sifat munafik.

58 Majlis Dzikir Sebenarnya yang kita ingkari, yang ditegah, ialah caranya, ketetapannya dengan bilangan dan hari tertentu, apatah lagi di sisi perkuburan, yang tidak bersesuaian dengan apa yang ada pada zaman Nabi Kalau bukan kerana itu, maka mengapa Ibn Mas‘ud dan Abu Musa al-Asy‘ariy begitu marah terhadap perbuatan mereka dan mengingkarinya?! Ketua zikir mereka itu telah merampas hak Allah dan RasulNya sebagai penentu syari’at dengan menentukan cara, bilangan dan waktu tertentu.

59 Majlis Dzikir Apakah mereka ada sekutu-sekutu selain Allah (syirikkanNya) yang menentukan (mensyari’atkan) sesuatu dari urusan agama, apa yang tidak diizinkan oleh Allah? [Surah asy-Syura, Ayat 21] Tambahan lagi, yang ada di dalam as-Sunnah adalah berzikir dengan menggunakan jari-jemari.

60 Majlis Dzikir Demikianlah penjelasan Ibn Mas‘ud (dan Abu Musa ) bahawa perkara-perkara yang bukan daripada ajaran Nabi membawa pelakunya ke kancah kebinasaan. Bersamalah kita waspada. Selain itu, perlakuan bid‘ah yang kecil, boleh menjadi pendorong kepada perlakuan bid‘ah yang besar. Misalnya, golongan dalam bulatan zikir tersebut akhirnya memerangi umat Islam. Bermula daripada bercanggah dengan as-Sunnah dalam berzikir, boleh akhirnya membawa kepada sikap dan sifat membenci Sunnah Nabi SAW.

61 Majlis Dzikir Sabda Rasulullah :
“Ikutilah dua orang yang datang selepas ku, Abu Bakar dan ‘Umar, berpandukanlah kepada pedoman ‘Ammar dan apa sahaja yang diberitakan kepada kamu oleh Ibn Mas‘ud maka terimalah (dalam lafaz lain:) berpeganglah dengan ajaran Ibn Mas‘ud.” [ Riwayat Abu Ya‘la, at-Tirmidzi, ar-Ruyaniy dan Ibn ‘Adiy daripada Hudzaifah, Ibn Mas‘ud sendiri dan Anas. Kemungkinan itu sebabnya Abu Musa meminta Ibn Mas‘ud yang menegur mereka padahal beliau juga seorang Sahabat Nabi yang utama. ]

62 Majlis Dzikir Sabda Rasulullah :
“Ikutilah dua orang yang datang selepas ku, Abu Bakar dan ‘Umar, berpandukanlah kepada pedoman ‘Ammar dan apa sahaja yang diberitakan kepada kamu oleh Ibn Mas‘ud maka terimalah (dalam lafaz lain:) berpeganglah dengan ajaran Ibn Mas‘ud.” [ Riwayat Abu Ya‘la, at-Tirmidzi, ar-Ruyaniy dan Ibn ‘Adiy daripada Hudzaifah, Ibn Mas‘ud sendiri dan Anas. Kemungkinan itu sebabnya Abu Musa meminta Ibn Mas‘ud yang menegur mereka padahal beliau juga seorang Sahabat Nabi yang utama. ]

63 Majlis Dzikir Kesimpulannya:
Zikir adalah sesuatu yang dianjurkan Islam, tetapi caranya perlu bersesuaian dengan cara yang disyari‘atkan. Sekiranya kita mengajak sebahagian teman-teman kita bertadarus al-Qur’an atau membaca kitab hadis ataupun membaca kitab fiqh berpandukan hadis-hadis yang sahih, ataupun duduk beberapa orang tetapi masing-masing melakukan zikirnya secara senyap-senyap sendirian, maka tiada salahnya dan itulah Majlis Zikir yang ada dalam as-Sunnah dan amalan para Sahabat serta tafsiran para Imam.

64 Majlis Dzikir Berbeza dengan berkumpul berzikir dengan suara tinggi, atau secara beramai-ramai dengan ada ketua ataupun secara serentak satu suara, atau berdendangan dengan suara beralunan yang sebahagiannya diiringi paluan alat-alat nyanyian dan lebih buruk lagi alat muzik dan segalanya itu bercanggah dengan suruhan al-Qur’an yang bersifat umum yang difahami dengan cara perlaksanaannya menurut Sunnah Nabi, tidak menepati ajaran para Sahabat dan warisan ilmu yang benar daripada para Imam Ahli Sunnah wal Jama‘ah.

65 Majlis Dzikir Lagipun, Zikir dengan Tasbih, Tahmied dan sebagainya adalah amalan sunnat, yang mana hampir keseluruhan amalan sunnat, seperti solat-solat sunnat adalah utama dilakukan sendirian dan yang menjadikan seseorang itu terselamat daripada riya’ dan sum‘ah serta lebih tenteram jiwanya dengan merasakan ia adalah “urusan” di antara dirinya dengan Allah sahaja.

66 Majlis Dzikir Sabda Rasulullah:
Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah di bawah naungan ArasyNya pada hari yang mana tiada naungan selain NaunganNya…seorang yang “ذكر الله خاليا – menyendiri mengingati Allah” sehingga bergenang dan mengalir airmatanya... [ Sahih – Riwayat Malik dan at-Tirmidzi (Abu Hurairah dan Abu Sa‘ied), Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim serta an-Nasa-i (Abu Hurairah), Muslim (Abu Hurairah dan Abu Sa‘ied bersamaan). ]

67 و الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات
Majlis Dzikir Semoga Allah menghimpunkan kita di dalam golongan tersebut. Ia jelas menunjukkan keutamaan Zikir Sendirian daripada berzikir dalam Majlis Zikir, sekalipun yang telah memenuhi syarat ikutan as-Sunnah. WalLahu a‘lam. و الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات


Download ppt "Majlis Dzikir Rumusan dari pandangan al-Hafiz Ibn Rajab"

Similar presentations


Ads by Google