Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
Jenis-jenis Laras Bahasa
Abdullah Hassan (1997: 248) membahagikan laras bahasa kepada beberapa jenis, iaitu: Laras Bahasa Umum Laras Bahasa Teknikal Laras Bahasa Undang-undang Laras Bahasa Agama Laras Bahasa Himbauan Laras Bahasa Klasik Laras Bahasa Kreatif Laras Bahasa Kanak-kanak Laras Bahasa Iklan MINGGU 11
2
Laras Bahasa Umum Laras Bahasa Teknikal Ciri-cirinya:
Tidak mengandungi istilah teknikal. Menggunakan ayat yang berstruktur mudah. Tidak banyak menggunakan kata pinjaman. Laras Bahasa Teknikal Banyak menggunakan istilah khusus dalam bidang tertentu. Mengandungi ilustrasi (gambar rajah, jadual, graf, peta, dll.). Struktur ayat: mengandungi subjek dan predikat. Mengandungi ayat yang mendefinisikan makna istilah.
3
Contoh Laras Bahasa Umum (Akhbar)
Potong gaji jika salah guna kenderaan rasmi: KSN PUTRA JAYA: Ketua atau pegawai jabatan yang menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk majlis bukan rasmi atau yang tidak diiktiraf kerajaan akan dikenakan tindakan tatatertib, termasuk boleh dipotong gaji. Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan ri Samsudin Osman mengarahkan semua ketua jabatan supaya memantau bagi memastikan kenderaan rasmi kerajaan tidak disalah guna oleh mana-mana pihak. Berita Harian, Jumaat 1 Julai 2005
4
Laras Bahasa Undang-undang
Tidak mengandungi unsur bahasa perlambangan dan bunga-bunga bahasa. Tidak mengandungi ayat yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna dan cara. Laras Bahasa Undang-undang Ciri-cirinya: Tidak mengandungi gambar, gambar rajah, graf, jadual, dan sebagainya. 2. Struktur ayatnya terdiri daripada prinsip undang-undang, diikuti oleh syarat, dan diakhiri dengan keputusan undang-undang. 3. Terdapat bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam teks teknikal yang lain.
5
Contoh Laras Bahasa Teknikal
Di peringkat menengah atas, di samping terdapat sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah swasta perdagangan, vokasional dan teknik. Sekolah-sekolah ini mengadakan berbagai-bagai kursus. Pada tahun 1978, terdapat 191 buah sekolah jenis ini dengan 928 orang guru dan 37,709 orang murid. Jadual 12 menunjukkan bilangan sekolah swasta yang memberikan pendidikan perdagangan, vokasional dan teknik, jumlah guru dan murid bagi Semenanjung, Sarawak, dan Sabah. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1982, hlm. 50.
6
Contoh Laras Bahasa Undang-Undang
PERLEMBAGAAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA AKTA UNVERSITI PERTANIAN MALAYSIA (PEPERIKSAAN) 1980 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA (RAYUAN 1987) Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh perenggan 12 Akta Universiti Pertanian Malaysia (Peperiksaan) 1980, Senat Universiti Pertanian Malaysia membuat peraturan yang berikut: Nama dan Mula Berkuatkuasa: 1. Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan Universiti Pertanian Malaysia(Rayuan) 1987dan hendaklah disifatkan sebagai mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Senat.
7
Laras Bahasa Agama Laras Bahasa Himbauan Ciri-cirinya:
Terdapat unsur bahasa klasik , terutama pada kosa katanya. Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama. Banyak mengandungi bentuk cerita, kias, dan ibarat. Laras Bahasa Himbauan Banyak menggunakan perkataan yang membawa makna ajak atau tegah. Banyak menggunakan contoh, kes atau cerita yang selaras dengan tajuk. Mengemukakan faedah daripada sesuatu perbuatan.
8
Contoh Laras Bahasa Agama
Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Seseorang muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman , lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala
9
Contoh Laras Bahasa Himbauan (Doa)
Ya, Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kemaafan dan kesihatan yang kekal baik dari segi agama, dunia dan seterusnya di akhirat nanti. Ya, Allah, ampunilah dosa-dosa kami, bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, datuk-datuk kami, ninda-ninda kami, guru-guru kami dan kesemua kaum Mukminin dan Mukminat, Muslimin dan Muslimat baik yang hidup mahupun yang mati, dengan rahmat-Mu jua, wahai Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ismail Kamus (1988) Doa Selepas Sembahyang, hlm. 29.
10
Laras Bahasa Klasik Menampilkan akibat buruk sesuatu perbuatan.
Bentuk bahasa peribadi yang menggunakan ganti nama orang pertama menjadi ciri utama laras bahasa ini. Laras Bahasa Klasik Ciri-cirinya: Teks asal ditulis dalam tulisan Jawi. Tidak menggunakan tanda bacaan, dan tiada berperenggan. Banyak menggunakan struktur ayat pasif. Terdapat penggunaan kata praklausa atau kata pembuka ayat, seperti arakian, hatta, kalakian, dll. Mengandungi kosa kata bahasa istana. Tidak terdapat imbuhan asing seperti dalam penggubalan istilah sains dan teknikal.
11
Contoh Laras Bahasa Klasik
Kata sahibul hikayat, ada beberapa lama antaranya maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu ke darat; dan segala orang di pantai itu banyak mati, dilompati oleh todak itu. Jika kena dada, terus ke belakang; jika kena leher dan pinggang, terus ke sebelah. Maka tidaklah dapat orang berdiri di pantai itu, lagi banyak mati. Maka gemparlah orang berlarian ke sana-sini, semuanya menyatakan , “Todak menyerang kita. Banyaklah sudah mati orang kita dibunuhnya”. Sejarah Melayu Edisi Shellabear, 1977, hlm. 51.
12
Laras Bahasa Kreatif Ciri-cirinya:
Menggunakan struktur ayat aktif dan ayat pasif. Menggunakan bentuk dialog atau kata bual seperti dalam skrip drama. Menggunakan bahasa perlambangan dan kiasan. Bersifat kreatif imaginatif, menggunakan bunga bahasa, dan bahasa hiasan. Tidak terdapat ciri khusus bahasa teknikal dan penggunaan ilustrasi. Terdapat unsur ambiguiti (ketaksaan) dari segi penggunaan kata dan struktur ayat. Terdapat penyimpangan (deviasi) dari segi fonologi, morfologi atau sintaksis. Menggunakan alat stilistik untuk tujuan menimbulkan kesan, misalnya menggunakan unsur imejan.
13
Contoh Laras Bahasa Kreatif
Pak tarik tali dengan lembut kalau-kalau wau mau jatuh. Tapi lekatnya cukup kuat. Kalau tarik kuat tentu tali putus. Kalau tak putus wau tentu terkoyak. Kemudian Pak ambil keputusan. Tali mesti ditarik. Mana tau kalau-kalau wau jatuh juga. Carik boleh ditampung. Cucu-cucu pun bersorak lagi. Mereka mau wau itu jatuh. Tiba-tiba tali putus. Sorak cucu-cucu jadi senyap. Pak memandang muka cucu-cucu. Cucu-cucu memandang muka Pak. Pakl cekak pinggang mendongak tengok wau yang tersangkut. Cerpen ‘Wau Kepala Burung’ oleh Azizi Hj. Abdullah
14
Laras Bahasa Kanak-kanak
Ciri-cirinya: Kosa katanya terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja, dan kata adjektif. Bilangan atau jumlah kosa katanya kurang berbanding dengan kosa kata orang dewasa. Bilangan imbuhan yang digunakan agak terhad, malah imbuhan yang digunakan untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam laras ini. Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat aktif bentuk tunggal. Bahasa perlambangan tidak digunakan, begitu juga bentuk-bentuk bunga bahasa.14
15
Contoh Laras Bahasa Kanak-Kanak
Sebelum tidur, nenek menghidangkan susu panas. “Kamu berdua mahu dengar cerita tak? Nenek ada suatu cerita bagus, “kata nenek Kiti. “Cerita apa, nenek? tanya Kiti. “Kamu pernah dengar cerita Semut dan Belalang?” tanya nenek pula. “Tidak pernah,” jawab Kiti dan Bani. Che An Abd.Ghani (1994) Cerita Kiti dan Bani Pulang Kampung, hlm. 16.
16
Laras Bahasa Iklan Ciri-cirinya:
Terdapat penggunaan unsur grafik dan ilustrasi yang sangat kertara pada iklan bercetak. Terdapat penggunaan gambar bergerak dan muzik yang jelas pada laras iklan pandang-dengar. Terdapat penggunaan warna dan teknik kesan, khususnya pada iklan bercetak dan iklan pandang-dengar. Struktur ayatnya pendek dan banyak menggunakan ayat tunggal. Menggunakan unsur retorik atau manipulasi bahasa secara berkesan. Menggunakan ungkapan dan istilah yang ‘stylish’. Menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuk atau menarik pengguna, seperti kaedah umpan, gesaan, doa, dsbnya.
17
Contoh Laras Bahasa Iklan
Sephia canggih, gaya sporty Kediaman ekslusif gaya hidup moden
Similar presentations
© 2024 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.