Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PENATARAN BAHASA Penulisan Kata.

Similar presentations


Presentation on theme: "PENATARAN BAHASA Penulisan Kata."— Presentation transcript:

1 PENATARAN BAHASA Penulisan Kata

2 KATA DASAR Ditulis sebagai satu kesatuan. Contohnya:
Suara penyanyi itu merdu sekali.

3 KATA TURUNAN/KATA TERBITAN
Takrif: Kata dasar yang menggunakan imbuhan (awalan, sisipan dan akhiran) Kata yang menggunakan bentuk terikat seperti maha- dan tata-.

4 KATA DASAR BERIMBUHAN Berjalan Kesinambungan Jahitan Menganaktirikan

5 GABUNGAN KATA BENTUK TERIKAT
Antikerajaan Dwibahasa Poligami Poliklinik Swadaya

6 PENULISAN IMBUHAN YANG BERUBAH DARIPADA EJAAN LAMA
Ejaan Lama Ejaan Baru di-makan dimakan di-lihat dilihat di-Kuala Lumpur di Kuala Lumpur

7 AWALAN SA- DIUBAH MENJADI SE-
Ejaan Lama Ejaan Baru sa-bagaimana sebagaimana Sa-saorang seseorang Awalan se- ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya dan tanda sempang dihapuskan.

8 INGATAN: Tanda sempang digunakan apabila se- diikuti oleh kata nama khas yang bermula dengan huruf bsar. Contoh: se-Nusantara se-Malaysia (Persatuan Pelajar Melayu se-Malaysia)

9 PENULISAN PARTIKEL –LAH, -KAH, -TAH, DAN PUN
Ejaan Lama Ejaan Baru ada-lah adalah tolong-lah tolonglah kenapa-kah kenapakah bila-tah bilatah

10 KATA GANDA (Ditulis dengan tanda sempang)
Kata ganda penuh: jari-jari buku-buku lompat-lompat

11 KATA GANDA Kata ganda berimbuhan: sekecil-kecil seindah-indah
berjalan-jalan

12 KATA GANDA Kata ganda berentak: lauk-pauk hingar-bingar gundah-gulana

13 KATA GANDA YANG MENERIMA APITAN
Tanda sempang tetap digunakan: dikucar-kacirkan keramah-tamahan

14 PERULANGAN GABUNGAN KATA NAMA
Ulangan kata nama yang diterangkan iaitu kata yang pertama, bukan seluruh rangkai kata. Contoh: balai-balai raya pasu-pasu bunga

15 PARTIKEL PUN Ada dua cara menulis partikel “pun”. “Pun” yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contoh: Apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus.

16 PARTIKEL PUN YANG DITULIS SERANGKAI
Ada 13 kata: adapun bagaimanapun andaipun kalaupun biarpun lagipun kendatipun meskipun mahupun sungguhpun sekalipun walaupun ataupun

17 PENULISAN KATA MAJMUK Ditulis secara terpisah: sama ada kereta api
urus setia

18 KATA MAJMUK MANTAP Dieja serangkai: antarabangsa beritahu bumiputera
jawatankuasa kakitangan kerjasama warganegara olahraga

19 Kata majmuk (sambungan)
Pesuruhjaya Setiausaha Sukarela Suruhanjaya Tandatangan Tanggungjawab Matahari

20 PENULISAN PARTIKEL -LAH, -KAH, -TAH DAN PUN
Ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya. Contoh: adalah apakah bilatah

21 KESALAHAN MENGGUGURKAN SATU DARIPADA HURUF “G”
Apabila dimbuhkan dengan “meng-” atau “peng-” huruf “g” pada kata dasar kekal: mengunakan sepatutnya menggunakan penganas sepatutnya pengganas

22 KESALAHAN MENAMBAH SATU HURUF “K” APABILA KATA DASAR BERAKHIR DENGAN HURUF “K”
Apabila diimbuhkan dengan apitan yang berakhiran “-an” atai “-i”: kenaikkan sepatutnya kenaikan mendudukki sepatutnya menduduki

23 KESALAHAN MENGGUGURKAN SATU HURUF “K”
Apabila kata dasar berakhir dengan huruf “k” diimbuhkan dengan apitan yang mengandungi akhiran “-kan”: digalakan sepatutnya digalakkan dimasukan sepatutnya dimasukkan

24 PENULISAN KATA DEPAN DI DAN KE
Ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: di atas ke beberapa tempat

25 “DI” SEBAGAI IMBUHAN Ditulis serangkai: dikeluarkan dimasukkan
dinyanyikan dibawakan

26 KATA GANTI KU, KAU, MU DAN NYA
Ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya atau mendahuluinya: kauambil bukumu bukunya kuingat keretaku

27 KATA GANTI SINGKAT KU, MU DAN NYA BAGI NAMA TUHAN
Ditulis dengan menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang (-). Contoh: Bimbinglah hamba-Mu, ya Tuhanku. Mereka memohon rahmat-Nya, hidayat-Nya, dan petunjuk-Nya.

28 PENULISAN KATA MAHA Maha + kata nama – dieja serangkai. Contoh:
mahasiswa maharaja

29 PENULISAN KATA MAHA Maha + kata adjektif – dieja terpisah Contoh:
Maha Pengasih Maha Mulia Maha Penyayang

30 KATA SI DAN SANG Dieja sebagai dua patah kata yakni dijarakkan dengan kata yang mengikutinya: Si Lamri Si Comel Sang Nila utama Sang Kancil

31 PENGGUNAAN TANDA SEMPANG (-)
Apabila se- diikuti oleh kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Contoh: se-Nusantara se-Malaysia (Persatuan Pelajar Melayu Se-Malaysia)

32 BENTUK TERIKAT DIIKUTI KATA NAMA KHAS
Contoh: anti-Rusia pan-Afrikanisme pro-Amerika Catatan: pan bererti seluruh atau segenap boleh juga digunakan sebagai kata bebas. Contoh: anti perkauman, pro dan kontra.

33 MENULIS KATA ULANG/GANDA
Contoh: gunung-ganang rumah-rumah pegawai-pegawai selewat-lewatnya tanggungjawab-tanggungjawab

34 UNTUK MEYAMBUNG SUKU KATA YANG DIPISAHKAN OLEH PENGGANTIAN BARIS
Contoh: …menangguhkan penyeleng- garaan projek. …menangguhkan penyelengga- raan projek.

35 UNTUK MEMPERJELAS UNGKAPAN
Contoh: ber-evolusi dengan ber-revolusi

36 UNTUK MERANGKAIKAN KE DAN AKHIRAN –AN DENGAN ANGKA
Contoh: ke-33 ke-200 tahun 90-an tahun 60-an

37 UNTUK MENYATAKAN HUBUNGAN ANTARA KATA-KATA
Lazimnya pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah. Contoh: alat pandang-dengar

38 PENULISAN ANGKA

39 Penulisan angka Nombor kardinal Bilangan ditulis dengan angka. Contoh:
Kata bilangan kardinal Bilangan ditulis dengan perkataan. Contoh: dua tiga puluh empat puluh tiga

40 Lambang bilangan di awal ayat
Ditulis dengan huruf: Lima orang pelajar bukan 5 orang pelajar.

41 Kecuali yang menunjukkan urutan
52 orang bersetuju, 15 orang berkecuali, 14 orang tidak mengundi.

42 Penulisan angka 1-11 Ditulis dengan huruf. Contoh: satu dua tiga

43 Penulisan angka yang salah
Ke 20 Ke20 Ke:20 Ke – 20 Sepatutnya: ke-20

44 Angka roman besar I, II, III, XI, XII
Ingatan: tidak perlu ke- kerana sudah merujuk bilangan atau kali, atau abad berkenaan. Contoh: Kejohanan Sepak Takraw VI Abad XII (kedua belas)

45 Bentuk yang salah Abad ke-XX Sidang ke-V Sidang ke XXX Abad keIV

46 SINGKATAN dll. dan lain-lain dlm. dalam dr. dari dsb. dan sebagainya
sbg. sebagai s.k. salinan kepada

47 Sekian, terima kasih. Ingat, tulis betul, anda terampil.
“Bahasa Jiwa Bangsa”


Download ppt "PENATARAN BAHASA Penulisan Kata."

Similar presentations


Ads by Google