Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

TAKLIMAT PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009

Similar presentations


Presentation on theme: "TAKLIMAT PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009"— Presentation transcript:

1 TAKLIMAT PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009
Disampaikan oleh: Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Tarikh : 24 Ogos 2011(Rabu) Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

2 Bhg. Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
PERUNDANGAN MAKANAN Akta Makanan 1983 Peraturan-Peraturan Makanan 1985 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 Peraturan-Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Keluaran Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009

3 PEWARTAAN PERATURAN BARU
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 Peraturan-Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Keluaran Ikan ke Kesatuan Eropah ) 2009 Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2009 – Transglutaminase & Ais Yang Selamat Digunakan 28 Feb 2009 28 Feb 2009 12 Mac 2009

4 PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009
Latar belakang Objektif Pemakaian Kandungan Penalti Penguatkuasaan Pelan tindakan

5 LATAR BELAKANG Peruntukan di bawah Akta Makanan 1983
Mula digubal pada tahun 1983 Berdasarkan Kod Amali Kebersihan Makanan 1974, The Codex General Principles of Food Hygiene, Regulation (EC) No. 852/2004 (hygiene of foodstuffs) dan Regulation (EC) No. 853/2004 (hygiene rules for food of animal origin) Peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 Seksyen 10 – Pengarah atau orang yang diberi kuasa olehnya mempunyai kuasa untuk mengarahkan supaya premis , peralatan dan perkakasan makanan yang digunakan berada dalam keadaan bersih dan suci Seksyen 11 – Pengarah atau orang yang diberi kuasa olehnya boleh menutup premis yang tidak suci selama 14 hari.

6 OBJEKTIF AM Peraturan ini menyediakan satu prasarana yang boleh mengawal kebersihan premis makanan dan keselamatan makanan di negara ini bagi melindungi kesihatan rakyat di negara ini.

7 OBJEKTIF KHUSUS Memastikan premis makanan bersih dan memuaskan dari segi rekabentuk dan bangunan Memastikan pengendali makanan menjaga kebersihan diri dan mengelakkan amalan yang boleh mencemarkan makanan Memastikan perkakas dan peralatan yang digunakan sesuai, bersih dan mudah dicuci Membantu, mengukuh dan menyeragamkan aktiviti penguatkuasaan kebersihan makanan di premis makanan termasuk yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan Mewajibkan program jaminan keselamatan makanan seperti HACCP, GHP dan GMP

8 PEMAKAIAN Semua premis makanan dari kedai makan hingga ke kilang makanan perlu mematuhi Peraturan-Peraturan ini. Tafsiran dalam Akta Makanan 1983 Premis meliputi- (a) bangunan atau khemah atau struktur lain, kekal atau sebaliknya, kenderaan, pengangkutan, vesel atau pesawat udara; dan (b) Lebuh, tanah lapang, atau tempat peranginan awam atau basikal atau kenderaan yang digunakan untuk penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan Premis makanan- premis yang digunakan untuk penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan atau pelabelan semula, pemprosesan atau pembaikan semula makanan

9 KANDUNGAN Bahagian I Permulaan Bahagian II Pendaftaran premis makanan
Bahagian III Perjalanan dan penyelenggaraan premis makanan Bahagian IV Pengendali makanan Bahagian V Kehendak khas dalam pengendalian, pembungkusan, penyajian, penyimpanan dan penjualan makanan khusus Bahagian VI Pengangkutan makanan Bahagian VII Pelbagai

10 BAHAGIAN I – PERMULAAN Peraturan 1. Nama:
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 Peraturan 2 Tafsiran : air minuman, makanan cepat rosak, mesin jual air, pemunya, pengendali makanan, penghuni, sanitasi, tuan punya, daging, ikan, susu,dll

11 BAHAGIAN II – PENDAFTARAN PREMIS MAKANAN
Peraturan 3 – 7 Semua premis makanan di Jadual Pertama wajib didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Fi untuk perakuan pendaftaran adalah RM dan tempoh sah laku perakuan pendaftaran adalah 3 tahun. Perakuan pendaftaran seperti di Jadual Kedua Permohonan untuk pendaftaran semula hendaklah dibuat sebulan sebelum tarikh tamat pendaftaran

12 BAHAGIAN III – PERJALANAN DAN PENGENDALIAN PREMIS MAKANAN
Bab 1 Kewajipan tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan Bab 2 Kehendak am premis makanan Bab 3 Kehendak khas premis makanan

13 BAB 1 – KEWAJIPAN TUAN PUNYA, PEMUNYA ATAU PENGHUNI PREMIS MAKANAN
Peraturan 8 – Mempamerkan perakuan pendaftaran, notis, dsb., dalam premis makanan Perakuan pendaftaran premis makanan, notis membasuh tangan dan larangan membawa masuk haiwan Peraturan 9 – Program jaminan keselamatan makanan Semua kilang makanan dalam Jadual Ketiga mesti mengadakan program jaminan keselamatan makanan

14 BAB 1 – KEWAJIPAN TUAN PUNYA, PEMUNYA ATAU PENGHUNI PREMIS MAKANAN
Per. 10- Sistem kebolehkesanan makanan Premis makanan mesti mengadakan sistem kebolehkesanan makanan Per. 11 – Kewajipan am tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan Mematuhi semua keperluan am premis makanan; Menggaji pengendali makanan yang telah menjalani latihan pengendali makanan, pemeriksaan kesihatan dan diberi vaksin; Mengekalkan rekod latihan, pemeriksaan kesihatan; dan aktiviti pembersihan dan pemprosesan makanan.

15 BAB 2 – KEHENDAK AM BAGI PREMIS MAKANAN
Per. 12 – Lokasi Jauh daripada punca pencemaran Per. 13 – Reka bentuk am Memudahkan pembersihan Per. 14 – Bekalan air Air minuman yang cukup, dilindungi daripada pencemaran

16 BAB 2 – KEHENDAK AM BAGI PREMIS MAKANAN
Per. 15 – Kebersihan premis makanan Keadaan baik, bersih dan kemas, kemudahan untuk pembersihan, agen pencuci Per. 16 – Kawalan perosak di premis makanan Bebas daripada perosak, rawatan kawalan perosak yang sesuai Per. 17 –Pelupusan sampah Sampah hendaklah dialihkan dengan seberapa segera

17 BAB 3 – KEHENDAK KHAS BAGI PREMIS MAKANAN
Per. 18 – Permukaan lantai Keadaan baik, mudah dibersihkan Dibuat daripada bahan tidak telap air, bukan penyerap dan tidak toksik Menyalirkan secukupnya Per. 19 – Permukaan dinding Dibuat daripada bahan tidak telap air, bukan penyerap, tidak toksik, permukaan rata sehingga ketinggian yang sesuai Dinding lengkung cengkung

18 BAB 3 – KEHENDAK KHAS BAGI PREMIS MAKANAN
Per. 20 – Pencahayaan Semulajadi atau tiruan yang tidak membawa kepada pencemaran Per. 21 – Pengalihudaraan Sesuai dan mencukupi Tidak mengalir daripada kawasan tercemar ke kawasan bersih Per. 22 – Siling Permukaan bumbung mesti menghalang pengumpulan kotoran Per. 23 – Pintu Mudah dicuci Permukaan rata, bukan penyerap dan boleh tutup sendiri

19 BAB 3 – KEHENDAK KHAS BAGI PREMIS MAKANAN
Per. 24 – Perabot, lengkapan dan permukaan yang menyentuh makanan Diselenggara dengan baik dan kekal bersih Dibuat daripada bahan tidak telap air dan mudah dicuci Per. 25 – Penyimpanan makanan Bilik penyimpanan yang sesuai Bilik penyimpanan yang berlainan untuk menyimpan bahan mentah dan makanan yang telah diproses Keperluan bagi simpanan sejuk beku Per. 26 – Bilik persalinan Bilik persalinan untuk pengendali makanan

20 BAB 3 – KEHENDAK KHAS BAGI PREMIS MAKANAN
Per. 27 – Sink cuci tangan Mencukupi Disediakan dengan air yang mengalir, sabun, pengering tangan dan paip dioperasi tanpa tangan Per. 28 – Bilik tandas Disediakan air yang mengalir Sabun, pengering tangan/ tuala gulung/kertas yang bersih Bersih dan bebas bau yang tidak menyenangkan Tidak terbuka secara terus ke bahagian yang ada makanan Per. 29– Kemudahan penyaliran Dibina bagi mengelakkan risiko pencemaran makanan

21 BAHAGIAN IV – PENGENDALI MAKANAN
Bab 1: Latihan, pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan, pakaian dan kebersihan diri pengendali makanan Bab 2 : Perlindungan makanan

22 Bab 1- Latihan, pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan, pakaian dan kebersihan diri pengendali makanan Per. 30 – Latihan pengendali makanan Wajib untuk semua pengendali makanan Per Pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan Pengendali makanan tidak boleh bekerja di premis makanan sekiranya menghidap atau pembawa penyakit bawaan makanan

23 Bab 1- Latihan, pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan, pakaian dan kebersihan diri pengendali makanan Per. 32 – Pakaian Pengendali Makanan Pakaian bersih, sesuai, berwarna cerah dan tidak menyumbang kepada pencemaran makanan. Pakaian yang tidak dipakai disimpan dalam almari atau loker. Per. 33 – Kebersihan diri Menjaga kebersihan diri Basuh tangan sebelum mulakan kerja Tidak melakukan perkara yang boleh menyebabkan pencemaran Tidak memakai perhiasan diri

24 Bab 1- Latihan, pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan, pakaian dan kebersihan diri pengendali makanan Per. 34 – Kewajipan untuk mengekalkan premis makanan bersih Premis sentiasa bersih dan bebas daripada sampah

25 Bab 2- Perlindungan makanan
Per Pengendalian makanan, perkakas, dsb. Makanan tidak boleh bersentuhan dengan bahan yang boleh mencemarkannya Bekas dan perkakas berkeadaan baik, bersih, mudah dicuci dan tidak mencemarkan kandungannya Bekas dan perkakas yang berlainan digunakan untuk makanan mentah dan makanan yang telah dimasak Mengunakan ais dan stim yang tidak mencemarkan makanan Pembersihan premis tidak dilakukan semasa pengendalian makanan Tidak membekukan semula makanan

26 Bab 2- Perlindungan makanan
Per Penyediaan, pembungkusan dan penghidangan makanan Bebas daripada pencemaran Pembungkus makanan dapat melindungi makanan daripada pencemaran Tidak menggunakan tangan yang tidak berlapik untuk menyentuh makanan yang tidak berbungkus Suhu simpanan yang tidak menimbulkan risiko kesihatan Perkakas berlainan untuk makanan daripada khinzir

27 Bab 2- Perlindungan makanan
Per Penyimpanan, pendedahan atau pameran makanan untuk dijual Dilindungi daripada pencemaran

28 Bab 2- Perlindungan makanan
Per. 38 – Penyimpanan makanan Penyimpanan berasingan: - bahan mentah dengan bahan yang telah diproses - Makanan dengan agen pencuci dan penyahjangkit - Makanan berasal daripada babi dan bukan berasal daripada babi - Makanan berisiko tinggi dengan makanan tidak berbungkus Makanan kekal bersih dan dilindungi daripada pencemaran

29 Bab 2- Perlindungan makanan
Makanan diletakkan 15 cm daripada dinding dan 20 cm dari atas lantai Suhu simpanan makanan yang sesuai Bahan mentah dan ramuan dilabel Sistem First In- First Out (FIFO) di setor makanan Rantaian sejuk makanan dingin atau sejuk beku tidak diganggu

30 BAHAGIAN V – Keperluan khas dalam pengendalian, penyediaan, pembungkusan, penyajian, penyimpanan dan penjualan makanan khusus Bab 1 Daging Bab 2 Ikan Bab 3 Aiskrim dan konfeksi sejuk beku Bab 4 Susu Bab 5 Ais Bab 6 Mesin jual

31 BAHAGIAN VI- PENGANGKUTAN MAKANAN
Per. 56 – Pengangkutan makanan Kenderaan bersih dan berfungsi dengan baik Ada kemudahan untuk mengasingkan makanan dengan bukan makanan Tidak mengangkut bahan bertoksik Boleh mengekalkan suhu

32 BAHAGIAN VI- PENGANGKUTAN MAKANAN
Samb…. Berasingan untuk makanan berasal daripada khinzir Dibersihkan selepas digunakan untuk mengangkut makanan lain atau bukan makanan Suhu yang sesuai untuk makanan dingin dan sejuk beku Rantaian makanan dingin dan sejuk beku tidak diganggu

33 BAHAGIAN VII- PELBAGAI
Per. 57 – Tafsiran premis makanan Premis makanan yang sama Pemprosesan makanan dilakukan dalam bilik atau tempat yang berasingan dalam premis makanan yang sama Premis makanan yang berasingan Penjualan makanan dilakukan di dalam dua atau lebih bilik atau tempat dalam premis makanan yang sama dan di bawah pengurusan yang sama

34 BAHAGIAN VII- PELBAGAI
Per. 58 hingga 60 - Kompaun Per. 58 Kesalahan yang boleh dikompaun seperti di Jadual Keempat Per. 59 Pengkompaunan kesalahan (1) Tawaran untuk mengkompaun dalam Borang di Jadual Kelima (2)Bayaran kompaun dibuat seperti di Jadual Keenam Per. 60 Pembayaran kompaun dibuat dalam bentuk tunai, wang pos, pesanan bank atau bank draf kepada Pegawai Kesihatan Daerah yang mengeluarkan kompaun tersebut.

35 PENALTI Penalti : Tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua (2) tahun

36 WARTA KERAJAAN

37 WARTA KERAJAAN Di mana warta boleh diperolehi?
Pencetakan Nasional Sdn Bhd Laman web BKKM – Perundangan

38 KESIMPULAN Pelaksanaan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 memain peranan penting dalam memastikan premis makanan adalah bersih, suci dan hasilnya pengguna akan dapat menikmati makanan yang lebih bersih, selamat dengan harga yang berpatutan.

39 TERIMA KASIH atas perhatian anda


Download ppt "TAKLIMAT PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009"

Similar presentations


Ads by Google