Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Similar presentations


Presentation on theme: "PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN"— Presentation transcript:

1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
BAB 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

2 OBJEKTIF Memahami maksud perakaunan secara umum dan perbezaannya dengan simpan kira serta sedikit latar belakang sejarah kewujudan bidang perakaunan. Mengenalpasti pengguna dalaman dan pengguna luaran maklumat perakaunan. Mengetahui cabang perakaunan. Mengetahui jenis-jenis penyata kewangan. Mengenalpasti entiti dan aktiviti perniagaan. Menerangkan tiga badan perakaunan di Malaysia.

3 Definisi Perakaunan Bahasa Perniagaan. Perakaunan merupakan satu
proses Mengenalpasti Merekod dan mengkelas Meringkas Melapor Mentafsir maklumat kewangan kepada pengguna-pengguna luaran dan dalaman.

4 Pengguna Maklumat Perakaunan
Pengguna Dalaman - Pengguna yang berada dalam organisasi dan terlibat dalam proses membuat keputusan bagi organisasi tersebut. Pengguna Luaran - Pengguna yang menggunakan maklumat bagi kepentingan individu dan organisasi lain.

5 Contoh Pengguna Maklumat Perakaunan.
Pengguna Dalaman Pihak Pengurusan - menilai keputusan pengurusan yang lepas. - membuat keputusan untuk masa depan. Audit Dalaman - pengesahan sistem pengurusan dan sistem kewangan sesebuah syarikat adalah mematuhi piawaian perakaunan.

6 Pengguna Luaran Pelabur Sedia Ada - ketahui nilai modal yang dilaburkan. - jumlah dividen yang diterima - ketahui sumber kewangan perniagaan. Pihak Bank / Pemiutang - nilai kebolehan perniagaan untuk bayar balik hutang serta faedah atas pinjaman. Lembaga Hasil Dalam Negeri - untuk tentukan jumlah cukai yang perlu dibayar ikut keuntungan perniagaan. Bakal Pelabur - untuk lihat prestasi perniagaan sebelum membuat keputusan. Pekerja / Kesatuan Sekerja - untuk mengetahui keupayaan sesebuah organisasi bagi kenaikan gaji atau bonus dan sebagainya. Pelanggan - untuk mengetahui keupayaan sesebuah organisasi dalam tuntutan pelanggan seperti jaminan / waranti.

7 Perbezaan antara Perakaunan dan Simpankira
Adalah proses merekod, meringkas, mengelas, menganalisis dan mengkomunikasi maklumat-maklumat dari peristiwa ekonomi. Simpankira Sebahagian daripada perakaunan, dimana ia merupakan proses merekod, mengelas dan meringkas urusniaga dalam nilai wang kepada bentuk penyata kewangan.

8 Cabang Perakaunan Perakaunan Kewangan Pengguna luaran dan dalaman
Peristiwa lepas Laporan ringkas berkenaan dengan firma secara keseluruhan Mengikut standard perakaunan. Perakaunan Pengurusan Pengguna dalaman Peristiwa lepas dan masa hadapan Laporan adalah secara terperinci berkenaan jabatan, bahagian atau cawangan. Tiada standard yang perlu dipatuhi.

9 Jenis-jenis Milikan Perniagaan
Pemilikan Tunggal Dimiliki oleh seorang individu Bersaiz kecil dari segi modal dan operasinya Liabiliti tidak terhad kerana pemilik menanggung semua hutang Perkongsian Mengikut Akta Perkongsian 1966 Mempunyai potensi untuk berkembang dengan mudah Liabiliti tidak terhad dimana pekongsi secara peribadi menanggung semua hutang perkongsian Syarikat Pendaftaran dibuat dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)/ CCM (Companies Commission of Malaysia) mengikut Akta Syarikat 1965. Terbahagi kepada Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad. Liabiliti Terhad dimana pemegang saham tidak menanggung beban hutang syarikat. Berpotensi untuk berkembang kerana saham diterbitkan untuk mendapatkan dana tambahan.

10 Perkhidmatan Tidak melibatkan penjualan barangan. Berikan contoh? Pembarangan Melibatkan pembelian dan penjualan barang siap. Berikan contoh? Perkilangan Terlibat dalam proses penukaran bahan mentah kepada barang siap. Berikan contoh?

11 Jenis-jenis Penyata Kewangan
- Penyata Pendapatan - Penyata Ekuiti Pemilik - Kunci Kira-kira - Penyata Aliran Tunai

12 Penyata Pendapatan Item-item yang dimasukkan ialah hasil atau pendapatan kepada perniagaan dan perbelanjaan yang terlibat untuk mendapatkan hasil berkenaan. Tujuan: Untuk melaporkan kejayaan atau keberuntungan dalam operasi perniagaan syarikat atau firma dalam satu-satu tempoh perakaunan.

13 Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2006
Contoh: Perniagaan Usahamaju Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2006 Hasil ,000 (-) Belanja (103,240) Untung Bersih ,760

14 Penyata Ekuiti Pemilik
Untuk mengetahui jumlah ekuiti yang dimiliki oleh sesuatu perniagaan. Contoh: Perniagaan Usahamaju Penyata Ekuiti Pemilik Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2006 Ekuiti Pemilik: Modal ,000 Untung Bersih 36,760 (-) Ambilan (10,000) Jumlah ekuiti pemilik 66,760

15 Kunci Kira-kira Disediakan untuk melihat kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada satu-satu tarikh. Didalamnya disenaraikan baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

16 Penyata Aliran Tunai Berapa banyakkah tunai yang diterima dan digunakan oleh perniagaan dalam tahun yang dinilai? Melaporkan penerimaan tunai, pembayaran tunai dan perubahan dalam tunai hasil daripada aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan sesuatu organisasi untuk suatu tempoh mengikut format tertentu yang boleh menyelaraskan baki awal dan akhir tunai.

17 Perniagaan Usahamaju Penyata Aliran Tunai Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2006
Aliran Tunai dari Aktiviti Operasi: Tunai diterima untuk hasil xx Tunai dibayar untuk belanja xx xx Aliran Tunai dari Aktiviti Pelaburan: Belian aset xx Jualan aset xx xx Aliran Tunai dari Aktiviti Pembiayaan: Terbitan saham xx Bayaran dividen xx xx Pertambahan dalam Tunai Bersih xx Baki Tunai Awal xx Baki Tunai Akhir xx

18 Badan-badan Perakaunan Malaysia
- Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) - Institut Akauntan Malaysia (MIA) - Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)

19 Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)
Dibentuk sebagai sebuah badan autoriti untuk membangunkan dan menerbitkan standard perakaunan bagi Malaysia. Tujuannya untuk memastikan kualiti dan penguatkuasaan standard-standard perakaunan. Mempunyai satu badan penasihat yang dikenali sebagai ‘Financial Reporting Foundation’ (FRF) yang berperanan sebagai penasihat perkara pelaporan kewangan, mengawasi operasi MASB, menyediakan dan meluluskan dana untuk pembiayaan operasi.

20 Institut Akauntan Malaysia (MIA)
Ditubuhkan pada 1967, sebaik sahaja Akta Akauntan 1967 dikuatkuasakan. Diberikan kuasa mutlak dalam pengiktirafan kelulusan untuk 10 buah badan perakaunan luar negara dan satu badan perakaunan tempatan (MICPA) serta kesemua ijazah perakaunan dari IPTA terpilih. Menjadi badan untuk mengawal selia para akauntan supaya mematuhi peraturan dan etika profesion perakaunan. Mengendalikan peperiksaan kelayakkan bagi mereka yang berkelulusan perakaunan yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakkan MIA.

21 INSTITUT AKAUNTAN BERTAULIAH MALAYSIA (MICPA)
Ditubuhkan pada 1958. Bertanggungjawab melatih akauntan-akauntan bertauliah. Terlibat secara aktif dalam penyelidikan, pembangunan dan pengumuman berkaitan dengan perakaunan, pengauditan dan standard-standard pelaporan sejak tahun 2002.

22 SOALAN: Objektif laporan penyata kewangan adalah menghubungkan maklumat perakaunan kepada penggunan. Anda dikehendaki kenalpasti dua kumpulan pengguna dan terangkan bagaimana maklumat perakaunan berguna kepada mereka. Nyatakan tiga (3) pengguna maklumat perakaunan. Terangkan mengapa setiap satu daripada pengguna tersebut memerlukan maklumat kewangan sesebuah perniagaan.

23 Nyatakan tiga ciri bagi setiap jenis pemilikan perniagaan
Berikan tiga perbezaan di antara perkongsian dengan syarikat. Berikan 4 fungsi MIA.

24 JAWAPAN Pengguna maklumat Kegunaan maklumat 1. Pihak pengurusan
Menilai keputusan pengurusan yang lepas Membuat rancangan dan keputusan untuk masa depan 2. Pelabur sedia ada Mengetahui nilai modal yang dilaburkan Mengetahui dividen yang diterima daripada modal yang dilaburkan. 3. Bakal pelabur atau bakal rakan kongsi Melihat keuntungan atau kerugian sebelum membuat keputusan melabur atau menjadi rakan kongsi. 4. Pihak bank atau pemiutang Menilai kebolehan perniagaan untuk membayar balik hutang bersama faedah atas pinjaman 4. Agensi kerajaan Menentukan jumlah cukai yang harus dikenakan atas untung perniagaan Menentukan kepatuhan perniagaan kepada undang-undang yang telah ditetapkan.

25 Syarikat Perkongsian Milikan Tunggal Bermodalkan saham Bermodalkan aset yg disumbangkan oleh pekongsi Sumbangan modal sendiri atau saudara mara Tanggungan terhad kpd pegangan saham Tanggungan tidak terhad Pemilikan berdasarkan pegangan saham; lebih 2-50 org bg sdn bhd, bg awam bhd 2 dan ke atas Perkongsian antara 2 –20 org pekongsi Seorang pemilik

26 Perbezaan Antara Perkongsian Dan Syarikat
1. Penubuhan perniagaan Berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan Berdaftar dengan Pendaftar Syarikat (ROC) 2. Kekangan peraturan Terikat dengan Akta Perkongsian 1961 Terikat dengan Akta Syarikat 1965. 3. Liabiliti Tidak terhad Terhad mengikut jumlah saham 4. Pemilik 2 – 20 orang 2 – tiada had (bergantung pada saham dibenarkan)

27 Fungsi MIA: mengiktirafkan para akauntan bertauliah
memastikan pengamal perakaunan mengikut peraturan menganjurkan seminar/ceramah yang berkaitan dengan bidang perakaunan menetapkan syarat untuk menjadi akauntan bertauliah


Download ppt "PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN"

Similar presentations


Ads by Google