Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU
940 SEJARAH
2
LATAR BELAKANG Sukatan Pelajaran Sejarah yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Sejarah sedia ada yang telah digunakan semenjak tahun Sukatan pelajaran yang baharu akan mula digunakan pada tahun Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk menyesuaikan dengan perkembangan baru dalam dunia pendidikan pra universiti iaitu berasaskan ‘outcome based education’ dan memiliki kemahiran insaniah. Pendekatan ini diamalkan oleh A-Level dan International Baccalaureate. 2
3
MATLAMAT Matlamat sukatan pelajaran Sejarah peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang disiplin ilmu sejarah sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Sukatan ini juga bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu dan berkemahiran, mempunyai semangat patriotisme, berfikiran global, dan mendukung serta merealisasikan wawasan pembinaan bangsa Malaysia.
4
OBJEKTIF Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar: (a) mengukuhkan kefahaman tentang konsep, pemikiran, dan falsafah sejarah, (b) meningkatkan kefahaman tentang sebab-musabab, kesan, serta kesinambungan dan perubahan peristiwa sejarah, (c) menguasai kemahiran mengumpul, memilih, menilai, dan mentafsir sumber sebagai bukti sejarah, (d) mengembangkan kemahiran insaniah,
5
(e) menganalisis dan merumuskan fakta sejarah secara kritis dan rasional,
(f) menghayati kepentingan peristiwa, tokoh, isu, dan perubahan sosial dalam masyarakat, (g) mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah, dan (h) memperteguh rasa tanggungjawab sebagai warganegara yang sanggup berkorban demi kedaulatan negara.
6
Perbezaan antara sukatan pelajaran baharu dengan sukatan pelajaran yang sedia ada
Butiran Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran Baharu Rasional perubahan 1. Bilangan Bahagian/ Tajuk Kertas 1: Tamadun Dunia hingga Tahun 1800 terbahagi kepada dua bahagian, Bahagian A (Tamadun Dunia hingga Tahun 1800) dan Bahagian B (Tamadun Islam) dan tema bagi kedua-dua bahagian ini seperti yang berikut: (a) Manusia dan masyarakat (b) Pemerintahan dan pentadbiran Kertas 1: Sejarah Dunia (1500–1955) dan tajuk-tajuknya ialah (a) Masyarakat (b) Pemerintahan dan pentabiran (c) Kemajuan dan pembangunan (d) Nasionalisme dan pembentukan negara bangsa Kertas 1 khusus untuk Sejarah Dunia diwujudkan bagi membolehkan tumpuan yang lebih mendalam kepada sejarah Eropah, Amerika, dan Asia
7
Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran Baharu
Butiran Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran Baharu Rasional perubahan (b) Pemerintahan dan pentadbiran (c) Ketahanan dan pertahanan Ekonomi Pendidikan Intelektual Penjajahan dan penerokaan (h) Kesenian Jangka masa kajian sejarah dunia dipendekkan bagi membolehkan aspek-aspek penting perubahan dalam sejarah manusia diberi tumpuan yang lebih besar
8
Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran Baharu
Butiran Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran Baharu Rasional perubahan Kertas 2: Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur ( ) terbahagi kepada dua bahagian, Bahagian A (Sejarah Malaysia) dan Bahagian B (Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur) dan tema bagi kedua-dua bahagian ini seperti yang berikut: (a) Masyarakat tempatan (b) Transformasi masyarakat Kertas 2: Sejarah Islam ( ) dan tajuk-tajuknya ialah (a) Masyarakat, pemerintahan, pertahanan, dan perhubungan luar (b) Pembangunan dan penerokaan (c) Nasionalisme dan pembentukan negara bangsa Kertas 2 khusus untuk Sejarah Islam diwujudkan bagi membolehkan tumpuan yang lebih mendalam diberikan terhadap perkembangan sejarah Islam. Jangka masa kajian sejarah Islam dilanjutkan sehingga tahun 1918 bagi membolehkan aspek-aspek penting perubahan masyarakat dunia Islam diberikan tumpuan yang lebih menyeluruh.
9
Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran Baharu
Butiran Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran Baharu Rasional perubahan (c) Nasionalisme dan pembentukan negara bangsa (d) Pengisian kemerdekaan
10
Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran dicadangkan
Butiran Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran dicadangkan Rasional perubahan Kertas 3: Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara dan tajuk-tajuknya ialah (a) Masyarakat (b) Transformasi masyarakat (c) Nasionalisme dan pembentukan negara bangsa (d) Pengisian Kemerdekaan Kertas 3 terdapat dua perubahan iaitu dari segi jangka masa dan juga skopnya. Skopnya dibataskan hanya kepada Malaysia dan Asia Tenggara untuk membolehkan sejarah kedua-dua kawasan dipelajari secara mendalam. Jangka masa kajian dipanjangkan untuk membolehkan isu-isu yang kontemporari didedahkan kepada calon.
11
Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran Baharu
Butiran Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran Baharu Rasional perubahan Kertas 4 : Kerja Kursus dan tajuk-tajuknya ialah (a) Apa itu sejarah (b) Kaedah penyelidikan dan penulisan sejarah (c) Penyediaan cadangan penyelidikan (d) Penyelidikan bahan (e) Penulisan hasil penyelidikan Satu kertas baharu iaitu Kertas 4 : Kerja Kursus ditawarkan khusus bagi meningkatkan penguasaan calon terhadap ilmu sejarah dan kemahiran insaniah. Melalui kertas ini juga calon akan didedahkan kepada calon kaedah, teknik penyelidikan, dan penulisan sejarah.
12
Sepanjang semester kedua
Kod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa Pentadbiran PENGGAL 1 940/1 Sejarah Dunia ( ) 4 soalan daripada 6 soalan esei 80 29% 2 jam Pentaksiran berpusat PENGGAL 2 940/2 Sejarah Islam ( ) 3 soalan daripada 6 soalan esei 60 22% 1½ jam 940/4 Kerja Kursus (Kerja Projek) 55 20% Sepanjang semester kedua Pentaksiran oleh guru sekolah bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan Pentaksiran oleh pemeriksa yang dilantik bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu
13
Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)
Kod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa Pentadbiran PENGGAL 3 940/3 Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara ( ) 4 soalan daripada 6 soalan esei 80 29% 2 jam Pentaksiran berpusat
14
SEKIAN TERIMA KASIH
Similar presentations
© 2024 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.