Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

NORLIZA BINTI ABU BAKAR IPPM MELAKA

Similar presentations


Presentation on theme: "NORLIZA BINTI ABU BAKAR IPPM MELAKA"— Presentation transcript:

1 NORLIZA BINTI ABU BAKAR IPPM MELAKA
Sistem Ejaan dalam Bahasa Melayu NORLIZA BINTI ABU BAKAR IPPM MELAKA

2

3

4

5 Sistem Ejaan Sistem ejaan diperkenalkan oleh R.J.Wilkinson pada tahun 1902. Sistem ejaan rumi mengalami perubahan kepada sistem Ejaan Rumi Za’ba dan diguna pakai sebagai ejaan rasmi agak lama di Malaysia 16 Ogos 1972 diganti oleh Sistem Ejaan Rumi Baharu BM

6 Pedoman Umum Ejaan dan Sebutan Baku
Abjad – 26 abjad Vokal – 6 [ a/ e pepet/ e taling/ i/ o/ u ] Konsonan – 21 Diftong – 3 [ ai au oi ] Digraf – 5 [ kh gh ng ny sy ]

7 Pola Keselarasan Vokal 18 pola keselarasan vokal
Contoh perkataan a-a amal baka masak a- i masjid balik alih a- u barut patut datuk e (pepet ) – a sedar jelas emak e (pepet) – i elak ekar engkar e (pepet) – u -- telur belum tebus e (taling) –a e taling e leleh telek remeh

8 e taling o esok bengkok cedok i - a bilang pinang kilas i - i pilih didih sirih i- u tidur hibur hidup o-a otak rosak bosan o-e (taling) oleh boleh celoteh o-o obor borong keropok u-a ulat bulat ketupat u-i ulit kulit seruling u-u untuk buluh seluruh

9 Kekecualian Keselarasan Vokal bagi Kata Pinjaman
Pola Vokal Contoh Perkataan a-e (taling) aneh pamer a - o calon lakon e (pepet) – o gabenor setor e (pepet) – e (taling) gembeleng i- e (taling) simen tiket i-o transistor pistol u-e (taling) tulen subjek u-o kupon konduktor e (taling) - i tesis objektif e (taling) - u spektrum e pepet – e pepet pepet i- e (pepet) iseng filem o-i fosil hipokrit o-u bonus forum u- e (taling) skuter e taling e taling meter o-e pepet Oktober

10 Ejaan Kata Pinjaman Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu
cc- ks access menjadi akses x- ks express menjadi ekspres Pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama - ff- f traffic menjadi trafik Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal ia – ia dialect menjad dialek oo-u boot menjadi but Pengekalan gugus konsonan dalam bahasa Inggeris dengan penyesuaian block menjadi blok draft menjadi draf

11 - generation menjadi generasi - agent menjadi agen
e. Huruf g yang diucapkan sebagai [j] menurut sebutan BI ditulis sebagai g dan disebut sebagai [g] dalam BM - generation menjadi generasi - agent menjadi agen f. Kata yang asalnya berakhir dengan –sion, -sional, -tion, -tional menjadi -si, -sen, -syen, --sional -lotion menjadi losen; section menjadi seksyen g. Pengekalan kata yang berakhir dengan –ism - nationalism menjadi nasionalisme h. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap - pencil menjadi pensel - action menjadi aksi - dial menjadi dail

12 Penulisan Singkatan Kata Ganti Nama
4 singkatan kata ganti nama – kau, ku, mu,nya Contoh: kulihat, kusedari, kautulis, kausedari Mu dan nya bagi nama Tuhan dieja menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang Contoh: Ampunilah hamba-Mu ini, ya Tuhan. Mereka memohon rahmat-Nya.

13 Penulisan Partikel 4 partikel - -lah, -kah, - tah, & pun
Partikel –lah, -kan, dan –tah ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya Contoh: berilah, diakah, manatah Partikel pun bagi maksud juga, lalu atau terus ditulis terpisah daripada kata sebelumnya Contoh: Jika dia berjaya, saya pun akan berjaya Partikel pun ditulis serangkai dengan perkataan yang telah ditentukan, iaitu: adapun, sekalipun, walaupun, lagipun

14 Penulisan Kata Ganda Penulisan bagi perkataan bentuk kata ganda hendak menggunakan tanda sempang daun-daun, bergoyang-goyang, kejar-mengejar, serba-serbi

15 Penulisan Kata Majmuk 3 jenis kata majmuk
Kata bebas yang membentuk kata umum ditulis sebagai terpisah Cth: air hujan, sama ada, luar biasa, terima kasih Gabungan parataksis atau rangkai kata setara Cth: hidup mati, ibu bapa, tunjuk ajar, makan minum Simpulan bahasa ditulis secara terpisah Cth: buah hati, makan angin, puas hati

16 Kata umum yang menerima awalan dan akhiran ditulis serangkai
Cth: ambil alih – pengambilalihan Ijab kabul - diijabkabulkan Lipat ganda – melipatgandakan Sama rata – menyamaratakan Gabungan kata yang sudah dianggap sebagai satu kata hendaklah ditulis serangkai Cth: beritahu – pemberitahuan Kemas kini – dikemaskinikan Warganegara – kewarganegaraan Pengulangan kata majmuk Balai raya – balai-balai raya Kapal terbang – kapal-kapal terbang Ketua pejabat kerajaan – ketua-ketua pejabat kerajaan

17 Penggunaan Tanda Sempang
a. Tanda sempang digunakan bagi kata yang diulang sepenuhnya atau sebahagian spt: anak-anak, lauk-pauk, diporak-perandakan b. Tanda sempang digunakan bagi menghubungkan awalan se- diikuti nama khas dan menghubungkan huruf kecil dan huruf besar spt: se-Malaysia, anti-Rusia, petunjuk-Nya c. Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an dan merangkaikan awalan ke- dengan angka spt: tahun 50-an, ke-17, ke-100 Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan antara kata pada istilah spt: alat pandang-dengar, perbadanan semi-kekal

18 Betulkan ejaan yang berikut

19

20

21

22

23

24

25

26

27 Latihan Ramai pelancung dari Luar Negeri dan tempatan yang berkunjung ketaman air tersebut kerana taman itu menyediakan berbagai kemudahan. Di taman itu terdapat pelbagai permainan yang menghiburkan bagi orang dewasa dan juga kanak-kanak. Kemudian tempat berehat dan makan minum juga sangat baik. Layanan para pekerja disana sungguh mesra bersopan dan mengagumkan pengujung. Itu lah sebab banyak orang yang datang berkunjung kesana.

28 Ramai pelancong dari luar negeri dan tempatan yang berkunjung ke taman air tersebut kerana taman itu menyediakan pelbagai kemudahan. Di taman itu terdapat pelbagai permainan yang menghiburkan bagi orang dewasa dan juga kanak-kanak. Kemudian tempat berehat dan makan minum juga sangat baik. Layanan para pekerja di sana sungguh mesra bersopan dan mengagumkan pengujung. Itulah sebab banyak orang yang datang berkunjung ke sana.


Download ppt "NORLIZA BINTI ABU BAKAR IPPM MELAKA"

Similar presentations


Ads by Google