Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
KATA SERU
2
Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
3
Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh aduh untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum 1. Aduh, sakitnya tanganku! 2. Aduh, besarnya rumahmu! aduhai untuk menyatakan perasaan sedih Aduhai, malang sungguh nasibku! ah untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah! 2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
4
Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh amboi/wah untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum 1. Amboi, mahal betul kereta itu! 2. Wah, berani betul budak itu! cis/cih untuk menyatakan perasaan marah dan benci 1. Cis, berani dia menentangku! 2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku ! eh untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut 1. Eh, kamu sudah sampai! 2. Eh, tadi dia ada di sini! hai untuk menegur seseorang atau menarik perhatian 1. Hai, diamlah sikit! 2. Hai, sudah lama kita tidak bertemu!
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.