Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Bahagian-bahagian Ayat

Similar presentations


Presentation on theme: "Bahagian-bahagian Ayat"— Presentation transcript:

1 Bahagian-bahagian Ayat
Pendahuluan Ayat ialah sekumpulan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan mengandungi maksud yang sempurna. Binaan Ayat Ayat yang sempurna mestilah mengandungi dua bahagian utama, iaitu subjek (benda) dan predikat (cerita). Ayat = Subjek + Predikat Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.

2 Subjek Predikat Lihatlah contoh yang berikut : Sekolah itu Fatimah
Pelajar-pelajar itu Salleh Kami Suasana di dewan sekolah Fatimah. dari Johor. pintar. menerima hadiah. bertambah rajin. riuh sekali.

3 Pola Ayat Dasar Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar atau ayat inti (ayat mudah) ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pmbentukan semua ayat yang lain. Dengan kata lain , ayat dasar ialah ayat yang paling sederhana. Ada 4 pola ayat dasar dalam bahasa Melayu. Pada umumnya, bahagian subjek diisi oleh frasa nama. Bahagian predikat pula diisi oleh empat jenis frasa- Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FS).

4 Pola Subjek Predikat Lihatlah contoh yang berikut: Pola 1
Ali bin Ahmad (FN) pelajar lelaki (FN) Pola 2 Engkau (FN) memberi aku dorongan. (FK) Pola 3 Sahabatku (FN) pintar sekali.(FA) Pola 4 Abang (FN) ke kedai buku.(FS) Dalam Pola 1- 4, Frasa Nama (FN) berfungsi sebagai subjeknya. Bahagian predikat pula terdiri daripada empat jenis frasa. Dalam contoh yang diberikan, jenis frasa dapat dikenal melalui perkataan pertama yang berwarna dalam bahagian predikat.

5 Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Pola Ayat Dasar Kamu telah diperkenalkan dengan empat pola ayat dasar dalam Bahasa Melayu. Kamu akan mempelajari pola 1, iaitu frasa nama + frasa nama(FN + FN) dan pola 2, frasa nama + frasa kerja (FN = FK) Pola 1 Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Nama (FN) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini. SUBJEK PREDIKAT Frasa Nama (FN) 1. Yusof Ishak presiden pertama Singapura 2. Beliau wartawan. 3. Akhbar beliau Utusan Melayu. 4. Utusan Melayu akhbar bahasa Melayu 5. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan Singapura

6 Frasa Nama 1. Seorang budak lelaki sedang berbasikal.
Seekor anak kucing mengiau-nagiau di situ. Udin mendengarnya dengan teliti. Kucing itu terjatuh ke dalam longkang. Udin mahu menyelamatkan anak kucing itu. Dalam ayat-ayat yang tertera di atas, frasa seorang budak, seekor anak kucing, Udin, Kucing itu, longkang dan anak kucing dikenal sebagai Frasa Nama Frasa Nama boleh terbentuk daripada satu kata nama atau lebih. Contohnya : orang, rumah, orang Melayu, pokok kelapa, kawasan perumahan dan sebagainya.

7 Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Pola 2 Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Kerja (FK) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini. SUBJEK PREDIKAT Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK) 1. Wartawan menulis berita. 2. Ayah membaca akhbar utusan Melayu. 3. Akhbar Utusan Melayu dibaca oleh orang ramai. 4. Yusof Ishak menjadi presiden pertama Singapura. 5. Presiden Singapura membaca ikrar.

8 Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Pola 3 Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Adjektif (FA) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini. SUBJEK PREDIKAT Frasa Nama (FN) Frasa Adjektif (FA) 1. Aidil sangat rajin. 2. Guru Aidil wartawan. 3. Buku ‘Adab Melayu’ mahal. 4. Buku projek Aidil tebal. 5. Illustrasi dalam buku projek ini cantik-cantik belaka.

9 Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
Pola 4 Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Sendi Nama (FS) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini. SUBJEK PREDIKAT Frasa Nama (FN) Frasa Sendi Nama (FS) 1. Surat itu dari London. 2. Buku-buku misteri itu daripada abangku. 3. Juruterbang pelatih ke dewan simulasi kapal terbang. 4. Latihan simulasi itu untuk juruterbang pelatih. 5. Kawasan Segi Tiga Bermuda di tengah-tengah Lautan Atlantik.


Download ppt "Bahagian-bahagian Ayat"

Similar presentations


Ads by Google