Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
AKSIOLOGI ISLAM
2
AKSIOLOGI Axiology (barat) : bermaksud sains nilai, teori tentang sistem nilai. Berasal dari perkataan greek axios bermakna bernilai Terbahagi kepada dua iaitu : Estetika : teori tentang seni dan keindahan. Etika : nilai moral berdasarkan tindakan manusia. Keseluruhannya aksiologi adalah sains berhubung dengan nilai kemanusiaan yang membolehkan kita menilai sistem penilaian dalaman yang mempengaruhi persepsi, keputusan dan tindakan.
3
AKSIOLOGI ISLAM (Konsep Nilai)
(Islam) : aksiologi ialah sistem nilai utk menilai gerak tingkah laku manusia, samada munkar. Penilaian ini tiada batasan masa & tempat. Cth : solat dilakukan tidak kira di negara kafir. Tdpt 5 kategori nilai bagi mengawal pergerakan & tingkah laku manusia iaitu : Fardhu atau wajib Sunat Mubah atau harus Makruh Haram
4
Nilai dlm Islam tidak berdasarkan sesuatu adat & budaya ttp berdasarkan wahyu & kehendak Allah. Melakukan yg wajib adalah disuruh oleh Allah & disukaiNya (ganjaran kebajikan). Manakala yg haram dibenci oleh Allah (balasan buruk). Kita hendaklah sentiasa mengawal diri agar tidak melakukan perkara yg tidak disukai oleh Allah.
5
Sumber2 Nilai Sumber nilai yg utama : Al-Quran & Al-Sunnah. Kedua2 sumber ini mengajar manusia nilai2 etika & estetika, nilai2 sosial, keadilan, keikhlasan, kejujuran, kesopanan, kesetiaan, amanah, tanggungjawab dsb. Setiap muslim wajib mempelajari AQ dan AS, memahaminya & merealisasikan nilai2 tsbt ke dlm diri. Sistem nilai dlm Islam amat unik krn ditetapkan oleh Allah dan dinilai olehNya, setiap muslim terikat dgn nilai ini di mana sahaja berada, berbeza dgn nilai lain yg mana ia diletakkan dan dinilai oleh budaya & masyarakat.
6
HIRARKI NILAI Hirarki Nilai terbahagi kepada tiga iaitu :
i) Nilai Mahmudah (baik) معروف ii) Nilai Mazmumah (buruk dan dikeji) منكر iii) Nilai Makruhah (dibenci)
7
i) Nilai Mahmudah Nilai Mahmudah terbahagi 3 iaitu :
wajib : sesuatu yg mesti dilakukan samada perkataan, niat. spt solat lima waktu, puasa Ramadhan, zakat & haji (berniat ketika melakukannya). Cth lain : menolong org yg sangat perlu pertolongan, menyelamat org yg terancam, menuntut ilmu, bekerja, mencari nafkah, memberi pendidikan kpd anak2 dll. Melakukannya mendapat pahala & meninggalkannya berdosa Sunat : suatu yg digalakkan supaya melakukannya. Org yg melakukannya diberi pahala & yg tidak melakukannya tidak berdosa. harus : termasuk dlm amalan baik. Melakukannya tidak dianggap salah dan meninggalkannya tidak berdosa.
8
ii) Nilai Mazmumah Nilai Mazmumah hanya satu sahaja
Haram. Iaitu sesuatu perkataan buruk & dilarang melakukannya spt berjudi, minum arak, berzina, mengumpat, memfitnah, menzalimi dsb. Melakukannya berdosa mendapat kemurkaan Allah (azab). Meninggalkannya merupakan satu ketaatan dan mendapat pahala di sisi Allah.
9
iii) Nilai Makruhah Nilai Makruhah juga hanya satu sahaja :
Makruh. Ia suatu perkataan yg dibenci & dituntut supaya meninggalkannya. Cth : ialah minum sesuatu yg berbau busuk, makan byk, bercakap yg tidak berfaedah dsb. Meninggalkan perbuatan itu mendapat pahala di sisi Allah, dan melakukannya tidak pula berdosa, tetapi dibenci oleh agama..
10
Pelaksanaan Nilai Dlm Kehidupan
Menunaikan tanggungjawab merupakan suatu ibadat. Tujuan ibadat ialah utk mendapat keredhaan Allah (مرضات الله) dan org yg mendapat mardhatillah akan dikurniakan kehidupan bahagia di dunia & akhirat. Sistem nilai Islam berperanan membangun manusia & kemanusiaan utk mengimarahkan alam sesuai dgn kehendak Allah s.w.t. Apabila manusia menghayati akhlak yg mulia, maka terbinalah satu tamadun yg suci murni, iaitu Tamadun Islam.
11
KONSEP JIHAD Jihad bukan semata2 berorientasikan peperangan, ttp juga berhubung dgn pengawasan diri. Dari sudut bahasa : “al-juhd” - keberatan & kesusahan. Istilah : Setiap usaha yg memerlukan curahan daya & tenaga kekuatan demi utk mencapai matlamat & cita2 mulia dan ideal (matlamat dan cita2 Islam, keampunan Allah, keredhaanNya & rahmatNya).
12
Samb.. Terdapat tiga sudut jihad iaitu :
Dari sudut jalannya : jihad hati, jihad lisan, jihad ilmu & fikiran, jihad harta & jihad nyawa. Dari sudut matlamatnya : jihad fisabilillah (jihad kerana Allah). Dari sudut musuh2 yg menghalang & menentang dari mencapai matlamat (musuh musuh ghaib) : jihad kecil & jihad jihad di medan perang & jihad nafsu.
13
Samb.. Oleh itu jihad maknanya adalah umum & menyeluruh meliputi segala bidang & jenis. Dlm Al-Quran t’dpt 4 perkataan yg sinonim dgn perkataan al-jihad iaitu : al-Harb (tindakan) bermaksud sesuatu berbentuk positif yg membawa kehancuran. drp kata dasar ini lahir perkataan mihrab : tempat utk memerangi syaitan & nafsu
14
Samb.. b) al-Ghazw - bermaksud keluar berperang menentang musuh. - Perkataan ini disebut sekali shj dlm AQ (surah Ali 'Imran). Kedua2 perkataan secara umumnya bermaksud perang dan tidak menyamai perkataan jihad. - AQ tidak menggunakan perkataan al-Ghazw kerana ia membawa erti pertentangan antara dua pihak yg tidak terlepas drp pengaruh kebendaan, kepentingan menjaga kepentingan sesuatu bangsa dan bertentangan dgn konsep jihad yg diutarakan dlm AQ.
15
Samb.. c) al-Qital bermaksud menghilangkan roh dari badan. Perkataan al-Qital bermaksud peperangan yg dapat melenyapkan nyawa. AQ juga menggunakan perkataan al- Qital ketika memfardukan jihad. d) fi Sabil liLlah bermaksud jalan suatu jalan utk mendapat keredaan Allah & balasan baik drpNya. (al-Tabari) perkataan fi sabil liLlah bermaksud : memerangi org kafir, (al-Tabarsi) : bermaksud setiap perkara yg diperintahkan oleh Allah berbentuk kebaikan yg menghasilkan ganjaran pahala dan menurutnya, kebanyakan perkataan ini digunakan dgn maksud jihad.
16
Jenis-jenis Jihad Jenis-jenis jihad ialah : i) Jihad Menentang Hawa Nafsu (Jihad al-Nafs) ii) Jihad Menyebar Agama Islam iii) Jihad Menentang Kezaliman dan Mewujudkan Keamanan
17
i) Jihad menentang hawa nafsu
(Jihad al-Nafs) Nafsu merupakan jihad yg terbesar & paling mencabar yg diwajibkan kpd semua umat Islam. Jihad ini memaksa seseorang berkorban dlm menyahut seruan kebenaran & terpaksa mengawal rasa keinginan hati bagi mencapai matlamat keduniaan. Imam al-Ghazali membahagi nafsu manusia kpd beberapa tingkat dan kedudukan dgn berdasarkan amalan seseorang dlm kehidupan harian, antaranya ialah: a) Al-Nafs al-Ammarah b) Al-Nafs al-Lawwamah c) Al-Nafs al-Mutmai’nnah
18
Samb.. a) Al-Nafs al-Ammarah : nafsu yg selalu menggalakkan manusia melakukan perkara2 buruk & bertentangan perintah Allah. Pada peringkat ini nafsu tersebut berada dlm keadaan tidak terkawal menyebabkan perangai2 buruk & keji spt hasad dengki, khianat, dusta dll bermaharajalela dlm diri manusia. b) Al-Nafs al-Lawwamah : merupakan jenis nafsu yg amat mencela diri manusia yg melakukan kejahatan dan kedudukannya sudah kuat dlm diri manusia. c) Al-Nafs al-Mutmai’nnah : merupakan nafsu tenang yg dimiliki oleh org yg sentiasa merasakan dirinya seolah2 sentiasa berada bersama Allah dan bernaung di bawah bayangan rahmatNya.
19
Samb.. Manusia dicipta dgn 2 unsur, jasmani (zahir) & rohani (ghaib). Dgn kemusnahan unsur kerohanian insan akan turut merosakkan manusia dlm semua aspek kegiatan hidupnya. Dua musuh rohani manusia iaitu : a) Iblis & Syaitan : iaitu utk membinasakan ketulinan aqidah tauhid, keikhlasan ibadah dan ubudiyyah serta kejernihan dan kesucian akhlak serta ketinggian budi. b) Musuh dlm diri manusia sendiri : musuh hawa nafsu. Nafsu inilah sbg kubu utk iblis & syaitan melancarkan serangan kpd manusia. Dua jenis musuh inilah juga tlh dijelaskan oleh AQ & AS dgn secara terperinci.
20
ii) Jihad Menyebar Agama Islam
Menurut Sayyid Qutb, dakwah perlu dilakukan dgn bebas tanpa diganggu, tetapi apabila ada halangan, maka terlebih dahulu halangan tersebut perlu dihapuskan agar gerakan dakwah dpt mengetuk pintu hati manusia tanpa sebarang gangguan Jihad adalah asas utama bagi perjalanan dakwah sehingga tertegaknya syariat Allah di muka bumi ini. Matlamat perjuangan jihad telah dieksploitasikan oleh Barat antaranya i) D.B.Mac Donald yg menegaskan bhw perjuangan jihad umat Islam bertujuan menyebarkan Islam menerusi kekuatan mata pedang & memaksa manusia memeluk Islam ii) R.Bostworth Smith berpendapat hanya Nabi Muhammad s.a.w shj yg menyebarkan Islam secara kekerasan.
21
Samb.. Inilah tipu muslihat pihak musuh utk mengelirukan perhatian umum thdp kebenaran Islam. Tuduhan palsu itu dinafikan oleh AQ menerusi firman Allah yg bermaksud: “Tidak ada paksaan utk memeluk agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yg benar drp jalan yg salah”. (al-Baqarah : 256)
22
iii) Jihad Menentang Kezaliman dan Mewujudkan Keamanan
Allah berfirman yg bermaksud: “Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada lagi fitnah dan sesungguhnya agama adalah utk Allah. Jika mereka berhenti drp memusuhi kamu, maka tidak ada permusuhan lagi kecuali terhadap orang yg zalim”. (al-Baqarah :193) Muhammad Hamidullah menegaskan bhw jihad adalah bersifat defensif (difa’/bertahan) bertujuan menjaga kesucian Islam & kehormatan penganutnya drp sebarang ancaman org kafir.
23
Samb.. Bentuk-bentuk utama jihad tersebut iaitu:
Peperangan bersifat menghukum iaitu memerangi musuh2 Islam Peperangan bersifat simpati iaitu dgn memberikan pertolongan kpd umat Islam yg tertindas di bawah cengkaman org kafir Peperangan menentang kaum pemberontak dlm negara Islam Peperangan menentang hawa nafsu iaitu melaksanakan perintah Allah dan menolak tipu daya syaitan
24
Samb.. Sejarah membuktikan bhw terlalu byk kezaliman yg telah dilakukan oleh org kafir terhadap umat Islam, terutama di peringkat awal kebangkitan Islam dan hal itu adalah sejarah hitam yg mengugat nilai2 kemanusiaan sejagat. Begitu juga pakatan sulit yg dirancang oleh pembesar2 Quraisy ut menamatkan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, selepas hijrah byk ayat2 seruan berjihad diturunkan oleh Allah s.w.t.
25
SEKIAN TERIMA KASIH
Similar presentations
© 2024 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.