Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published byYulius Lailatul Modified over 9 years ago
1
BAB 3 konsep kepercayaan dan amalan beragama II
IDA 102 – MANUSIA DAN AGAMA Maruwiah Ahmat
2
PENDAHULUAN Hasil Pembelajaran Kandungan Bab
Menerangkan kejadian alam dan manusia dari pelbagai perspektif. Menghuraikan keperluan agama menurut kepercayaan dan amalan. Menjelaskan peranan akhlak dalam kehidupan. 3.1 Konsep Kepercayaan 3.2 Konsep Ibadah 3.3 Dosa dan Pahala 3.4 Rabbaniyyah 3.5 Konsep Halal dan Haram 3.6 Kehidupan Selepas Mati
3
KONSEP DOSA DAN PAHALA Umumnya dosa ialah suatu balasan buruk yang terhasil dari tindakan dan perbuatan yang jahat manakala pahala ialah suatu balasan baik yang diperolehi hasil daripada kebaikan dan amalan terpuji dalam satu- satu agama
4
DOSA DAN PAHALA - YAHUDI
Agama Yahudi menganggap perbuatan jahat dan perbuatan menyalahi perintah Tuhan adalah berdosa. Seseorang yang berdosa perlu meminta ampun kepada Tuhan dengan cara-cara tertentu. Bagi penganut Yahudi, Yom Kippur merupakan hari paling suci dalam agama Yahudi. Ia adalah hari penebusan dosa bagi penganut Yahudi. Pada hari Yom Kippur, mereka berpuasa dan bertaubat untuk mendapat keredhaan Tuhan
5
DOSA DAN PAHALA - KRISTIAN
Setiap perbuatan jahat dan menyalahi perintah Tuhan dianggap berdosa. Antaranya ialah Dosa Warisan atau disebut sebagai Original Sin. Nabi Adam dan Hawa telah menyebabkan terjadinya dosa warisan ini. Apabila melakukan kesalahan, seseorang harus mengakui perbuatan jahatnya itu dan memohon keampunan kepada Tuhan di hadapan seorang paderi (priest) dalam upacara confession.
6
DOSA DAN PAHALA - ISLAM Setiap manusia secara fitrahnya dilahirkan suci tanpa dosa. Dikira berdosa hanya apabila melakukan perbuatan keji yang akan mengakibatkan balasan neraka. Ganjaran syurga bagi yang melakukan kebaikan. Digalakkan senantiasa meminta ampun Allah dalam pelbagai cara sama ada melalui doa, solat mahupun zikir kerana Islam mempercayai bahawa Allah bersifat Maha Pengampun.
7
KONSEP RABBANIYAH Rab bermaksud tuhan.
Rabbaniyah bermaksud sifat ketuhanan. Semua agama bersifat ketuhanan. Namun cara mereka menyembah tuhan adalah pelbagai. Perbezaan juga dilihat dari segi menyifatkan keadaan Tuhan. Hubungan manusia dan Tuhannya juga terdapat dalam pelbagai bentuk berdasarkan agama.
8
KONSEP RABBANIYAH - YAHUDI
Percaya kepada satu tuhan dan menyembah satu tuhan. Allah dianggap sebagai zat yang kekal, pencipta alam semesta, dan sumber peribadi. Allah mempunyai kuasa untuk campur tangan di dunia. Allah dijelaskan dalam pengertian seperti: "Ada satu Zat, sempurna dalam segala cara, yang merupakan penyebab utama dari semua keberadaan. Semua tergantung pada keberadaan Allah dan semua berasal dari Allah. "
9
KONSEP RABBANIYAH - KRISTIAN
Agama monoteisme, namun ajaran Kristian adalah politeisme dengan adanya konsep Triniti. Agama Katolik meyakini bahwa Roh Qudus tumbuh dari Tuhan Bapa dan Anak secara bersamaan. Berkeyakinan bahwa Tuhan Bapa dan Tuhan Anak memiliki kesempurnaan yang sama. Meyakini bahawa Jesus atau Tuhan Anak ikut bersama-sama dengan Tuhan Bapa mencipta langit dan bumi.
10
KONSEP RABBANIYAH - ISLAM
Monoteisme. Hanya menyembah Allah. Benar-benar mengetahui dan yakin bahawa Allah Maha Berkuasa dan berhak berbuat mengikut kehendakNya dan manusia perlu patuh kepada-Nya. Meyakini bahawa Allah Maha Mengetahui atas seluruh kejadian-Nya. Dia berkuasa menyusun aturan kehidupan untuk makhluknya. Meyakini bahawa dengan kebijaksanaan dan keadilan Allah, Dia menciptakan aturan hidup ini dengan sebaik-baiknya untuk kebaikan makhluk-Nya atas rahmat dan keadilannya. Meyakini bahawa manusia tetap lemah dan tidak berupaya untuk sampai ke tahap kesempurnaan walau setinggi manapun ilmu pengetahuannya.
11
KONSEP HALAL DAN HARAM HALAL
Menurut Kamus Dewan, halal bermaksud hukum yang membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan, diperbolehkan, diizinkan dan dibenarkan. Halal merupakan suatu prinsip mendatangkan kebaikan dengan menjauhi sesuatu yang boleh membawa kemudaratan kepada manusia dari segi jasmani dan jiwa. Contoh : Memakan binatang yang disembelih
12
KONSEP HALAL DAN HARAM HARAM
Haram merupakan sesuatu yang ditegah untuk dilakukan, dipakai, dimakan atau diminum dan sebagainya. Sesuatu yang haram boleh mendatangkan keburukan atau kemudaratan kepada manusia dari segi jasmani dan jiwa. Contoh : Memakan binatang yang tidak disembelih/bangkai Meminum minuman memabukkan
13
HALAL DAN HARAM - YAHUDI
Kosher adalah standard halal bagi orang Yahudi. Yang tidak boleh dimakan disebut trefa atau trayfah. Minuman arak dibolehkan dengan kadar yang tertentu. Ikan yang tidak bersirip atau bersisik, kerang, dan tidak boleh makan daging bersama susu kecuali waktu makannya terpisah. Semua jenis gelatin (tanpa memandang terbuat dari binatang yang disembelih atau tidak dan semua jenis keju (tanpa melihat cara dan proses pembuatannya).
14
HALAL DAN HARAM - YAHUDI
Tidak Kosher atau Trayfa Potongan-potongan daging tertentu, meskipun dari haiwan yang halal, juga tidak kosher. Babi dan potongannya. Makanan laut Gandum, barli, oat hanya kosher pada perayaan Possover sahaja. Maklumat lain Penyembelih binatang adalah orang Yahudi terpilih. Menyembelih dengan peralatan tajam sahaja.
15
HALAL DAN HARAM - KRISTIAN
Binatang berkuku belah dan memamah biak (sapi, kambing, rusa, kijang) Binatang bersirip dan bersisik di dalam air (ikan laut/tawar). Binatang merayap, bersayap dan melompat (spt. belalang)
16
HALAL DAN HARAM - KRISTIAN
Tidak berkuku belah dan memamah biak (kelinci, marmot, pelanduk) berkuku belah dan tidak memamah biak (babi, babi hutan tidak berkuku belah dan tidak memamah biak (kuda); tidak bersirip dan bersisik (belut) burung (rajawali, hantu, elang, bangau, camar, kelelawar, gagak, pungguk) merayap dan berkeriapan (tikus, katak, landak, biawak, bengkarung, siput) semua persembahan kepada berhala; darah; bangkai; berasal dari haiwan yang mati dicekik, penganiayaan; anak lembu/kambing jantan tua. H A R M
17
HALAL DAN HARAM - ISLAM HALAL
Semua makanan adalah halal kecuali dinyatakan pengharamannya di dalam Al-Quran. Ia tidak mendatangkan mudarat kepada akal dan badan. Bebas dari najis Bukan produk yang diperolehi dari sumber babi atau anjing. Disembelih mengikut hukum Syarak. Diperolehi melalui sumber yang diharuskan.
18
HALAL DAN HARAM - ISLAM Semua makanan yang kotor dianggap haram. HARAM
Anjing dan babi dan segala keturunan dan bahagian badannya. Semua makanan/minuman yang memabukkan. Semua makanan/minuman yang mendatangkan mudarat. Semua haiwan yang perlu disembelih tetapi tidak disembelih dengan kaedah syarak. Binatang dua alam (reptalia). Binatang berbisa.
19
KEHIDUPAN SELEPAS MATI
Kematian adalah terputusnya hubungan roh dengan jasad zahir dan batin, perpisahan antara keduanya, atau penggantian diri dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Mati berbeza dengan tidur kerana tidur adalah suatu keadaan terputusnya roh sementara dengan hubungan lahiriah.
20
KEHIDUPAN SELEPAS MATI-YAHUDI
Penganut Yahudi mempercayai wujudnya kehidupan selepas kematian. Mereka percaya terdapatnya syurga dan neraka. Individu yang banyak melakukan kebaikan dan amalan keagamaan Yahudi akan dikurniakan Syurga manakala mereka yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan neraka
21
KEHIDUPAN SELEPAS MATI-KRISTIAN
Mempercayai adanya kehidupan selepas kematian. Mereka percaya setiap perbuatan jahat akan dibalas dengan siksaan di akhirat. Manakala perbuatan baik akan diberi ganjaran baik selepas di akhirat. Selepas kematian mereka akan dibangkitkan semula dan ditempatkan di 3 tempat iaitu syurga (Heaven), neraka (Hell) dan Purgatory. Purgatory adalah tempat orang yang tidak layak ke syurga ataupun ke neraka.
22
KEHIDUPAN SELEPAS MATI - ISLAM
Syurga dan neraka adalah tempat terakhir perjalanan seseorang. Manusia akan menerima balasan setimpal di sisi Allah di akhirat atas segala amalan yang dikerjakan di dunia. Alam selepas kematian : Alam Barzakh Kiamat Kebangkitan (al-Ba’ath) Dihimpunkan (al-Hasyr) Amalan dihitung (al-Hisab) Titian Sirat Syurga atau Neraka
23
Aktiviti – Kuiz II 1. Konsep kepercayaan bagi agama Yahudi, Kristian dan Islam mempunyai persamaan. Berikan 3 persamaan tersebut. 2. Berikan maksud rabbaniyah. _________________________ 3. Nyatakan sebab pengharaman perkara di bawah. (a) Binatang yang tidak disembelih berdasarkan agama Yahudi atau Islam. (b) Minuman atau makanan yang memabukkan. (d) Penyalahgunaan dadah.
Similar presentations
© 2024 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.