Download presentation
1
UNDANG-UNDANG JENAYAH
POLISI SOSIAL DAN UNDANG-UNDANG FEM3106 DR SA’ODAH AHMAD JABATAN PEMBANGUNAN MANUSIA DAN PENGAJIAN KELUARGA FAKULTI EKOLOGI MANUSIA UPM.
2
PENGENALAN Jenayah adalah fenomena sosial dan ekonomi dalam masyarakat. Jenayah berlaku apabila individu gagal mematuhi pola sosial tingkah laku yang diterima oleh masyarakat. Undang-undang berkaitan dengan jenayah dikenali sebagai undang-undang jenayah. Istilah crime berasal daripada perkataan Greek krimos yang bermaksud peraturan sosial. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
3
DEFINISI JENAYAH Menurut Garafalo – jenayah adalah ‘an immoral and harmful act that is regarded as criminal by public opinion’. Ringkasnya, jenayah adalah tingkah laku antisosial yang merbahaya dan bertentangan dengan nilai moral masyarakat. Jenayah adalah tingkah laku yang dianggap salah kerana melanggar kepentingan sosial dan hak awam. SA’ODAH AHMAD/JPMPK./FEM/UPM
4
Sambungan… Menurut House of Lords dalam kes Board of Trade v. Owen (1957), jenayah adalah ‘an unlawful act or default which is an offence against the public and renders the person guilty of the act liable to legal punishment’. Untuk melindungi hak awam, kerajaan melalui undang-undang jenayah akan membawa pesalah ke muka pengadilan. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
5
Sambungan… Kesalahan jenayah berbeza mengikut masyarakat.
Sikap masyarakat mengenai persoalan moral mencerminkan perubahan pandangan masyarakat mengenai kesalahan jenayah. Jenayah dari perspektif undang-undang sivil sangat relatif kepada masa, tempat, keperluan, kehendak dan nilai-nilai dalam sesebuah masyarakat. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
6
TANGGUNGJAWAB JENAYAH
Berdasarkan prinsip undang-undang Latin, ‘actus non facit reum, nisi mens sit rea’ – tiada jenayah kecuali dengan niat. Untuk mensabitkan jenayah – tertuduh mesti dibuktikan melakukan tindakan jenayah (actus reus) dan mempunyai niat melakukannya (mens rea). SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
7
Sambungan… Umur tanggungjawab jenayah di Malaysia umumnya : 10 tahun ke atas – seksyen 82 Kanun Keseksaan. Pengecualian : jika individu yang berumur 10 tahun ke atas tetapi di bawah 12 tahun masih tidak sempurna akal – seksyen 83 Kanun Keseksaan. Peruntukan ini menunjukkan kanak-kanak boleh menjadi pesalah jenayah (juvana). SA’ODAH AHMAD/JPMPK./FEM/UPM
8
ALASAN PEMBELAAN : S Tertuduh boleh menggunakan peruntukan yang disediakan dari s. 76 hingga s. 106 mengikut kesesuaian kes. Antara alasan dalam peruntukan tersebut: Tidak berniat/tidak sengaja Kanak-kanak bawah umur 10 tahun Provokasi Mabuk Mempertahankan diri Tidak sempurna akal SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
9
PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG JENAYAH
Pentadbiran undang-undang jenayah boleh dilihat dari 2 aspek utama iaitu: Undang-undang substantif – berkaitan dengan perilaku yang dikanunkan sebagai kesalahan jenayah dan dinyatakan hukumnya : Kanun Keseksaan (KK) Undang-undang prosidur – berkaitan tatacara penyiasatan dan perbicaraan kes jenayah : Kanun Acara Jenayah (KAJ). SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
10
Sambungan… Jenayah menurut KK meliputi kesalahan terhadap individu, harta benda dan negara. Terdapat beberapa akta lain yang relevan dengan jenayah seperti Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Akta Pencegahan Rasuah 1997. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
11
Sambungan… Pengetahuan asas berkenaan undang-undang dan prosedur jenayah penting kerana: Membantu seseorang memahami hak dan tanggungjawabnya di sisi undang-undang jenayah. Mengelakkan pihak berkuasa dari bertindak di luar batas undang-undang semasa menjalankan penyiasatan atau penguatkuasaan undang-undang jenayah. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
12
JENIS JENAYAH Jenayah yang ditetapkan oleh undang-undang
Kesalahan terhadap negara. Kesalahan terhadap tubuh individu. Kesalahan terhadap harta benda. Kesalahan melibatkan pegawai kerajaan. Kesalahan terhadap kesihatan, kepentingan dan keselamatan awam. Kesalahan berkaitan dokumen. Kesalahan melanggar kontrak perkhidmatan. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
13
Sambungan… Jenayah Berat
Tingkah laku atau cubaan yang bertujuan mengancam keselamatan awam. Mangsa terdedah kepada kecederaan fizikal. Jenayah Profesional Jenayah yang dilakukan oleh individu yang terlibat sepenuh masa dengan jenayah – jenayah sebagai kerjaya. Penjenayah mempunyai kemahiran dan kecekapan tertentu. Sa’odah Ahmad/PEM 3502/JPMPK/FEM/UPM
14
Sambungan… Jenayah Terancang
Operasi jenayah secara besar-besaran dan dirancang dengan teliti. Aktiviti jenayah dijalankan oleh organisasi/sindiket besar. Membekalkan barangan atau perkhidmatan yang sukar untuk diperolehi dengan cara yang dibenarkan undang-undang. Amat bergantung kepada perbuatan pecah amanah dan amalan rasuah di kalangan pegawai polis dan pegawai kerajaan lain untuk teruskan kegiatan. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
15
PERBEZAAN DI ANTARA KESALAHAN JENAYAH DAN KESALAHAN SIVIL
Kesalahan serius Libatkan kepentingan dan keselamatan awam. Pendakwaan dibuat oleh Peguam Persekutuan. Kesalahan Sivil Kesalahan kurang serius Libatkan kepentingan individu. Tuntutan ke mahkamah dibawa oleh individu yang terlibat. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
16
Sambungan Tujuan pendakwaan untuk menghukum penjenayah.
Tertuduh dianggap tidak bersalah sehingga dibukti sebaliknya. Tujuan tuntutan untuk dapatkan gantirugi. Tiada anggapan demikian. Sa’odah Ahmad/PEM 3502/JPMPK.FEM/UPM
17
Sambungan Kesalahan Jenayah
Akta had (Limitation Act) tidak terpakai kepada pendakwaan jenayah. Tiada penyelesaian di luar mahkamah. Kesalahan Sivil Akta had terpakai. Penyelesaian di luar mahkamah digalakkan. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
18
Hak Orang Yang Ditangkap
Diberitahu sebab mengapa ia ditangkap, Perlu diihadapkan ke mahkamah Majistret dalam tempoh 24 jam. Ditahan lebih lama jika Majistret keluarkan perintah tahanan reman. Perkara 5(3),(4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan tahanan perlu diberitahu hak perlembagaannya serta kenyataan berjaga-jaga (cautious statement) sebelum sebarang soal-siasat dijalankan. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
19
Sambungan… Kegagalan polis - menyebabkan kenyataan yang dibuat oleh tahanan walaupun secara sukarela tidak boleh digunakan sewaktu perbicaraan. Kenyataan yang boleh diterima oleh mahkamah – dibuat oleh tahanan secara sukarela tanpa ada unsur tekanan atau ugutan. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
20
TEORI PERLAKSANAAN HUKUMAN
Retribution / Balasan Rehabilitation / Pemulihan Deterrence / Halangan Prevention / Pencegahan SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
21
Sambungan… Retribution - Hukuman berdasarkan andaian etika/moral bahawa penjenayah sewajarnya menerima balasan yang setimpal dengan apa yang dialami oleh mangsa. Hampir sama dengan konsep Qisas dalam undang-undang Islam. Deterrence – Hukuman berat dijatuhkan dengan tujuan untuk menghalang berlakunya jenayah. Penjenayah yang dijatuhkan hukuman menjadi contoh amalan tegas kerajaan dan amaran kepada ahli masyarakat. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
22
Sambungan… Prevention – Hukuman adalah untuk mencegah masyarakat daripada melakukan jenayah. Penjenayah dihukum penjara yang lama bagi tujuan pengasingan supaya sifat jahatnya tidak mempengaruhi ahli masyarakat yang lain. Penjenayah dipenjarakan supaya hak dan keselamatan masyarakat dilindungi. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
23
Sambungan… Rehabilitation – Hukuman adalah untuk memulihkan penjenayah. Andaian : Individu jadi penjenayah kerana pengaruh faktor persekitaran dalam masyarakat seperti kemiskinan, tidak mengalami proses sosialisasi sewajarnya dan pengaruh rakan sebaya. Tujuan hukuman : beri kesedaran bahawa jenayah tidak berfaedah dan membawa kesusahan. Sa’odah Ahmad/PEM 3502/JPMPK
24
FAKTOR YANG MEMBERATKAN HUKUMAN
Bentuk jenayah. Keadaan jenayah. Kekerapan melakukan jenayah. Kedudukan dan hubungan penjenayah dengan mangsa. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
25
FAKTOR YANG MERINGANKAN HUKUMAN
Umur penjenayah. Sejarah/latarbelakang penjenayah. Keadaan-keadaan sebelum jenayah berlaku. Tindakan penjenayah selepas melakukan jenayah. Penjenayah telah lama menderita sebelum dihukum. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
26
FAKTOR YANG TIDAK BOLEH DIAMBIL KIRA SEMASA MENJATUHKAN HUKUMAN
Bangsa, kelompok atau warganegara penjenayah. Pekerti penjenayah sewaktu dibicarakan. Kedudukan harta penjenayah. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
27
UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM
Tingkah laku yang menyalahi hukum syarak dan hukumannya telah ditentukan. Klasifikasi jenayah dalam Islam : Hudud Qisas Takzir SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
28
KLASIFIKASI JENAYAH DALAM ISLAM
Hudud – hukuman ditetapkan dalam quran. Zina. Tuduhan palsu berzina. Minum arak. Mencuri. Rompakan berkumpulan dan bersenjata. Murtad. Memberontak. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
29
Sambungan… Qisas – hukuman ditetapkan dalam Quran.
Bunuh dengan sengaja. Disyaki membunuh dengan sengaja Membunuh akibat kesilapan. Mencederakan atau bertindak ganas dengan sengaja Mencederakan atau bertindak ganas dengan tindak sengaja. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
30
Sambungan… Takzir - Kesalahan yang hukumannya tidak ditetapkan dalam Quran. Rasuah. Pecah amanah. Penyalahgunaan. Hukuman terpulang kepada budi bicara hakim. Contoh : hukuman penjara. Hukuman boleh jadi lebih ringan atau lebih berat daripada hukuman hudud atau qisas. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
31
PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DI MALAYSIA
Mahkamah Syariah di Malaysia hanya mempunyai bidang kuasa yang terhad. Mahkamah tidak boleh membicarakan kes jenayah hudud. Namun ada Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri yang memperlihatkan kesungguhan pihak berwajib untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam dengan memasukkan kesalahan hudud di bawah kesalahan takzir. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
32
HUKUMAN Kebanyakan Mahkamah Syariah negeri lebih mengutamakan hukuman denda daripada penjara atau sebat walaupun hukuman tersebut diperuntukkan. Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 1994 – Hakim boleh denda maksimum RM5000, penjara 3 tahun, sebat 6 kali. Hanya Kelantan yang telah menyediakan garis panduan mengenai bagaimana cara hukuman sebat dijalankan. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
33
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN 1997
Sumbang mahram. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggungjawab. Mempersenda atau menghina ayat Al Quran atau hadis. Makan, minum, menghisap rokok di bulan ramadan. Berjudi atau berada di rumah judi. Lelaki yang berlagak seperti perempuan. Menjual atau memberi anak kepada orang bukan Islam. SA’ODAH AHMAD/JPMPK/FEM/UPM
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.