Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
PENDEKATAN BERSEPADU PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
DISEDIAKAN OLEH; ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT JOHOR
2
Polisi Kesihatan Sekolah
Polisi Kesihatan Sekolah bertujuan untuk: Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kpd warga sekolah & masyarakat luar. Merancang & mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan. Beberapa polisi yg boleh dibentuk oleh sesebuah sekolah yg berkaitan & bersesuaian dengan keperluan sekolah ialah: Polisi keselamatan makanan di kantin sekolah; Polisi pertolongan cemas; Polisi keselamatan sekolah; Polisi kawalan penyakit; Polisi persekitaran fizikal sekolah; Polisi persekitaran sosial sekolah; Polisi pendidikan kesihatan; Polisi peranan warga sekolah dan masyarakat.
3
Persekitaran Fizikal Sekolah
Persekitaran fizikal sekolah yg sihat & selamat ialah keadaan sekolah yg mempunyai kemudahan asas & fizikal yg sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat. Persekitaran tersebut berfungsi untuk: Mewujudkan persekitaran fizikal yg bersih & selamat; Mewujudkan persekitaran yg bebas drp risiko jangkitan penyakit; Memastikan semua kemudahan asas di sekolah mencukupi & sentiasa dlm keadaan bersih, ceria, selamat & sihat
4
Persekitaran Sosial Sekolah
Persekitaran yg boleh membentuk sikap & amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yg murni & dapat mengatasi segala cabaran sama ada cabaran mental atau fizikal. Berupaya menyediakan: Persekitaran yg kondusif utk perkembangan mental yg sihat & mengurangkan stress di kalangan warga sekolah. Perkembangan yg seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani & intelek warga sekolah.
5
Penglibatan Komuniti Bentuk kerjasama di antara warga sekolah, ibu bapa serta masyarakat yg menyokong dan meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah. Berfungsi utk: Penglibatan aktif dlm aktiviti kesihatan. Melibatkan diri dlm bentuk tenaga kepakaran/bahan/kewangan. Memberi dorongan & sokongan moral kepada murid. Menjadi `role model’ amalan cara hidup sihat. Beberapa aktiviti boleh dijalankan: PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja) Bebas Denggi di Sekolah Anti Merokok Kempen Cara Hidup Sihat Program Kantin Sihat Sekolah Bersih Bebas Dadah Keselamatan Rekreasi Agama dan Kerohanian Kekeluargaan Pemantauan dan Penilaian
6
Kemahiran Kesihatan Diri
Suatu usaha utk bentuk sikap yg positif ke arah amalan cara hidup sihat dlm kalangan warga sekolah. Penting utk mengadakan pembelajaran & pengajaran yang formal dan tidak formal dalam mengendalikan kesihatan fizikal, mental, rohani dan sosial, serta alam sekeliling ke arah amalan cara hidup yang sihat. Aktiviti-Aktiviti; Kesihatan Fizikal Kebersihan diri, Kesihatan pergigian, Senaman dan kecergasan, Makan secara sihat, Anatomi dan fisiologi tubuh badan, Pertolongan cemas, Kesihatan Mental dan Sosial Perkembangan mental dan sosial Tekanan rakan sebaya dan keluarga Pemantauan dan Penilaian Pendidikan Kesihatan Formal Pendidikan Kesihatan Tidak Formal
7
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Perkhidmatan kesihatan sekolah berperanan untuk: Memaklumkan guru & ibu bapa mengenai tahap kesihatan murid bagi membolehkan rawatan lanjut & tindakan susulan bagi kes tertentu. Membina kefahaman & kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan optimum & amalan cara hidup sihat. Rancangan khas spt rancangan makanan tambahan & program susu sekolah kpd murid dilaksanakan dgn sempurna.
8
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah (sambungan)
Menyediakan khidmat pertolongan cemas & rujukan kpd warga sekolah. Mengesan masalah kesihatan, merawat & merujuk kes yg memerlukan perhatian serta tindakan lanjut. Menyediakan pemantauan & penilaian ke atas aktiviti2 kesihatan sekolah. Mencegah & mengawal kejadian penyakit. Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi penilaian status kesihatan, promosi kesihatan dan pemakanan, penjagaan kesihatan, pergigian, bantu mula, rawatan, pemantauan & penilaian, rujukan serta penempatan di dalam kelas khas yang diberi oleh doktor perubatan dan pergigian, kakitangan kejururawatan dan guru-guru untuk pencapaian kesihatan optimum warga sekolah.
9
SEKIAN, TERIMA KASIH
Similar presentations
© 2024 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.