Download presentation
1
ASPEK PENTADBIRAN PEJABAT DAN CARA MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN AWAM
2
ASPEK PENTADBIRAN PEJABAT
FAIL MEJA Bagi memastikan carta alir kerja dilaksanakan dengan betul dan teratur Sebagai garis panduan yang sistematik dan efektif Sebagai salah satu cara atau kaedah untuk memastikan sesuatu tugas yang dilaksanakan dapat disiapkan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.
3
MENGIKUT ARAHAN DAN PERATURAN
Mengikut segala arahan tugas yang telah diberikan dari masa ke semasa Arahan tugas boleh dibuat secara bertulis dan juga secara lisan Mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan . Cth : MS ISO 9001:2000 Tidak ingkar kepada peraturan yang telah ditentukan. Cth : Peraturan lalulintas dan merokok dalam kampus
4
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
Memberi implikasi yang baik kepada orang awam Sentiasa berkelakuan baik dan memberi kerjasama dalam setiap permintaan atau bantuan yang diperlukan Sentiasa berbudi bahasa dan menghormati rakan sekerja Sentiasa mesra dalam melayani karenah pelanggan terutama di bahagian kaunter Sentiasa menjadi role model kepada pelajar dan juga masyarakat setempat
5
Sentiasa mematuhi Etika Perkhidmatan Awam dilancarkan pada 1979.
Untuk menimbulkan kesedaran di kalangan semua kakitangan kerajaan mengenai tanggungjawab mereka kepada rakyat. Hasrat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan awam yang sebaik-baiknya kepada rakyat.
6
ETIKA KERJA DALAM ISLAM
Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah Bekerja dengan ikhlas dan amanah Bekerja dengan tekun dan cekap Bekerja dengan semangat gotong-royong Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat
7
NILAI-NILAI MURNI DALAM PERKHIDMATAN
Penerapan nilai-nilai murni yang berlandaskan nilai-nilai Islam ke arah penghasilan kerja yang cemerlang. Keseimbangan antara pembangunan infrastruktur lahiriah dan batiniah. Tujuan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam: * Menanam semangat cintakan nilai-nilai suci Islam * Menghormati kebaikan dan membenci keburukan * Membentuk sikap yang berguna kepada negara * Menghapus sikap yang negetif dalam menjalankan tugas yang bertanggungjawab * Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu * Melatih diri dengan disiplin, dan * Menjalankan amanah dengan penuh dedikasi
8
NILAI-NILAI MURNI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Adil dalam perlantikan Amanah dalam menjalankan tugas Bertanggungjawab dalam Perkhidmatan Awam Ikhlas dalam Perkhidmatan Awam Dedikasi dalam Perkhidmatan Awam Tekun dalam Perkhidmatan Awam Berdisiplin dalam Perkhidmatan Awam
9
KEKEMASAN TEMPAT KERJA
Sentiasa memastikan tempat kerja (work station) berada dalam keadaan yang kemas Memastikan persekitaran tempat kerja selamat dan jauh dari sebarang bahaya. Cth : benda tajam, punca api dsb Memastikan semua fail dan peralatan kerja yang ada tersusun rapi dan mudah dicapai ketika ingin menggunakannya
10
SUASANA KERJA YANG HARMONI
Mewujudkan suasana kerja yang harmoni di tempat kerja boleh memberi kesan yang baik kepada prestasi kerja Suasana kerja yang harmoni boleh diwujudkan dengan menghias rapi tempat kerja bagi mewujudkan rasa selesa dan seronok bekerja Mengadakan majlis yang boleh mengeratkan lagi hubungan dikalangan rakan sekerja
11
CARA MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN AWAM
Ianya terbahagi kepada dua iaitu sistem penyampaian dan modal insan. Terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan awam ini Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri diwujudkan untuk memantapkan dan memodenkan perkhidmatan awam Malaysia
12
MEMPERKEMASKAN SISTEM PENYAMPAIAN (DELIVERY SYSTEM)
Tidak terlalu rigid dengan karenah birokrasi Melaksanakan dan menyiapkan sesuatu tugas dalam jangkamasa yang telah ditetapkan bagi memastikan urusan tersebut tidak tertangguh terlalu lama Sentiasa berfikir cara atau kaedah untuk penambahbaikan yang boleh melancarkan segala urusan kerja di sesebuah organisasi
13
LATIHAN SEMULA Latihan merupakan salah satu cara untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam melalui kakitangan itu sendiri Kakitangan awam dilatih dengan kemahiran, sikap dan pengetahuan yang berguna bagi memastikan perkhidmatan awam sentiasa cemerlang Kakitangan juga dibenarkan untuk menyambung pelajaran mereka diperingkat yang lebih tinggi sebagai motivasi dan contoh kepada kakitangan yang lain
14
PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
PTK di wujudkan bagi mengukur tahap kecekapan dari pelbagai aspek dalam diri seseorang individu itu Kakitangan yang menduduki PTK perlu mengetahui segala aspek dalam perkhidmatan awam bagi melahirkan kakitangan perkhidmatan awam yang sentiasa cemerlang. PTK dilaksanakan disemua agensi kerajaan termasuk badan berkanun
15
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF
KIK adalah terma atau nama baru bagi menggantikan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) KIK adalah platform atau landasan bagi setiap kakitangan perkhidmatan awam melahirkan idea-idea baru yang lebih berinovasi dan mempertingkatkan keupayaan organisasi untuk bersaing diperingkat global Program-program inovasi dan penambahbaikan adalah merupakan agenda penting Perkhidmatan Awam dalam konteks cabaran semasa bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adlaah berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan
16
MEWUJUDKAN PETUNJUK-PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR)
Mula dilaksanakan pada tahun 2005 bagi memastikan Perkhidmatan Awam Malaysia boleh mencapai taraf dunia. Program ini memberi fokus kepada 5 bidang iaitu : Minda dan sikap yang mengejar kecemerlangan Etika yang luhur Pembangunan tenaga manusia yang berpengetahuan dan mahir Budaya kerja yang berasaskan prestasi Daya kepimpinan yang kukuh
17
TONGGAK DUA BELAS Tonggak Dua Belas Menghargai Masa Ketekunan Membawa
Kejayaan Nikmat Mencipta Keseronokan Bekerja Peningkatan Bakat Tonggak Dua Belas Kemuliaan Kesederhanaan Keutamaan Kesabaran Kebijaksanaan Berkhidmat Ketinggian Peribadi Kekuatan Sifat Baik Hati Kewajipan Menjalankan Tugas Pengaruh Teladan
18
sekian terima kasih.
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com. Inc.
All rights reserved.