Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Pemprototaipan Sistem Topik yang dibincangkan: Faedah pemprototaipan Proses pemprototaipan Pemprototaipan ‘Evolutionary’ Pemprototaipan ‘Throw-away’ Pemprototaipan.

Similar presentations


Presentation on theme: "Pemprototaipan Sistem Topik yang dibincangkan: Faedah pemprototaipan Proses pemprototaipan Pemprototaipan ‘Evolutionary’ Pemprototaipan ‘Throw-away’ Pemprototaipan."— Presentation transcript:

1 Pemprototaipan Sistem Topik yang dibincangkan: Faedah pemprototaipan Proses pemprototaipan Pemprototaipan ‘Evolutionary’ Pemprototaipan ‘Throw-away’ Pemprototaipan antaramuka pengguna

2 Pemprototaipan Sistem Pengguna umumnya sukar untuk menyatakan keperluan sebenarnya bagi sistem yang hendak dibangunkan. Kerana pengguna tidak dapat menggambarkan bagaimana mereka akan menggunakan sistem bagi menyokong tugas-tugasnya.

3 Pemprototaipan Sistem Pemprototaipan adalah versi awal bagi sistem perisian yang digunakan untuk menunjukkan konsep, mencuba pilihan- pilihan rekabentuk, memahami masalah, dan mendapatkan penyelesaian-penyelesaian yang mungkin.

4 Pemprototaipan Sistem Prototaip menyokong dua aktiviti kejuruteraan keperluan: ‘Requirements elicitation’. Prototaip membolehkan pengguna mengeksperimen untuk melihat bagaimana sistem membantu tugas mereka. Pengguna boleh mendapat idea-idea baru bagi keperluan sistem.

5 Pemprototaipan Sistem ‘Requirements validation’. Prototaip dapat memperlihatkan ralat dan perkara-perkara yang tertinggal di dalam keperluan. e.g Fungsi yang telah dinyatakan di dalam spesifikasi keperluan apabila telah ditunjukkan melalui prototaip menunjukkan ianya kurang diperlukan. Pemprototaipan dianggap sebagai aktiviti pengurangan risiko (risk reduction activity) yang mana ia mengurangkan risiko keperluan.

6 Faedah pemprototaipan Disamping membantu memperbaiki keperluan spesifikasi, pemprototaipan juga mempunyai faedah-faedah lain seperti berikut: ‘Misunderstandings between software users and developers are exposed’ ‘Missing services may be detected and confusing services may be identified’ ‘A working system is available early in the process’

7 Faedah pemprototaipan ‘The prototype may serve as a basis for deriving a system specification’ ‘The system can support user training and system testing’

8 Proses pemprototaipan

9 Pemprototaipan di dalam proses sistem Pemprototaipan ‘Evolutionary’ Adalah kaedah bagi sistem pembangunan yang mana prototaip awal dihasilkan dan diperbaiki melalui beberapa ulangan/tahap sehingga sistem akhir dihasilkan. Pemprototaipan ‘Throw-away’ Prototaip bagi sesuatu sistem dibangunkan bagi membantu mengenalpasti masalah-masalah keperluan dan kemudiannya tidak berguna lagi. Sistem kemudiannya dibangunkan dengan menggunakan proses pembangunan yang lain.

10 Objektif pemprototaipan Objektif bagi pemprototaipan ‘evolutionary’ adalah untuk menghasilkan sistem yang berfungsi kepada pengguna sistem. Pembangunan bermula dengan keperluan- keperluan yang difahami dengan jelas dan yang mempunyai prioriti tinggi. Keperluan yang kurang prioritinya ataupun yang kurang jelas akan dilaksanakan mengikut permintaan pengguna.

11 Objektif pemprototaipan Objektif bagi pemprototaipan ‘throw- away’ adalah untuk mengesahkan atau menerbitkan keperluan-keperluan sistem. Pemprototaipan bermula dengan keperluan-keperluan yang tidak jelas kerana keperluan ini perlu difahami. Keperluan yang jelas tidak diprototaipkan.

12 Objektif pemprototaipan Satu lagi perbezaan objektif diantara dua jenis pemptototaipan ini adalah dari segi pengurusan kualiti bagi sistem tersebut. Pemprototaipan ‘throw-away’ mempunyai jangka-hayat yang pendik. Prestasi dan kebolehpercayaan yang tidak baik boleh diterima asalkan prototaip tersebut dapat membantu memahami keperluan sistem.

13 Objektif pemprototaipan Tetapi bagi pemprototaipan ’evolutionary’, yang mana seterusnya akan menjadi sistem akhir perlu dibangunkan dengan standard kualiti yang sama seperti sistem-sistem lain dioraganisasi tersebut. Sistem perlulah mempunyai prestasi dan kebolehpercayaaan yang baik dan sebagainya.

14 Kaedah pemprototaipan

15 Pemprototaipan ‘Evolutionary’

16 Spesifikasi, rekabentuk dan pelaksaaan adalah ‘intertwined’. Tiada sistem spesifikasi yang lengkap dan dokumentasi rekabentuk adalah bergantung kepada peralatan pembangunan yang digunakan. Dokumen spesifikasi pengguna hanya menyatakan ciri- ciri utama bagi sistem tersebut. Sistem dibangunkan secara berulangan. Pengguna dan pembangun menilai setiap hasil yang dikeluarkan pada sesuatu tahap ulangan tersebut.

17 Pemprototaipan ‘Evolutionary’ Teknik dan peralatan bagi pembangunan sistem pantas (rapid system development) digunakan seperti CASE tools dan 4GLs

18 Pemprototaipan ‘Evolutionary’ Pada awalnya teknik ini digunakan untuk sistem-sistem yang mana spesifikasinya sukar untuk dinyatakan telebih dahulu seperti AI systems. Banyak sistem pada masa ini telah dibangunkan menggunakan teknik ‘evolutionary’ – iaitu versi awal dihasilkan dengan cepat (rapid prototyping) dan diubahsuai sehingga menghasilkan sistem yang akhir. ‘Web-site development’ dan ‘e-commerce applications contohnya boleh menggunakan teknik evolutionary ini.

19 Pemprototaipan ‘Evolutionary’ Bagaimanakah dengan kos pembangunan bagi pemprototaipan evolutionary? ( Umumnya ia akan menaikkan kos diperingkat awal proses perisian tetapi mengurangkan kos diperingkat yang kemudiannya. )

20 Kebaikan pemprototaipan ‘Evolutionary’ ‘Accelerated delivery of the system’ Penghantaran yang cepat (rapid delivery) dan kebolehgunaan (usability) kadangkala mempunyai prioriti yang lebih daripada faktor penyelenggaran jangka-panjang dan sebagainya. ‘User engagement with the system’ Penglibatan pengguna bukan sahaja bermaksud sistem mungkin dapat memenuhi keperluan pengguna tetapi juga pengguna mungkin dapat memberi komitmen kepada penggunaan sistem tersebut.

21 Masalah pemprototaipan ‘Evolutionary’ ‘Management problems’ Prototaip berkembang (evolve) dengan pantas, mungkin tidak kos-efektif untuk mengeluarkan sistem dokumentasi yang banyak. (ianya bukan seperti model proses yang biasa, contohnya water-fall yang mana pengurus telah biasa dan mudah untuk mengawal kemajuan projek disesuatu tahap). Pembangunan prototaip pantas memerlukan teknologi yang mungkin tidak biasa oleh staf yang sedia ada.

22 Masalah pemprototaipan ‘Evolutionary’ ‘Maintenance problems’ Perubahan yang kerap memberi akibat kepada struktur sistem prototaip tersebut. Selain dari pembangun asal, mungkin adalah sukar bagi pembangun lain untuk mengubahnya. Lebih-lebih lagi sekiranya teknologi yang digunakan untuk menyokong pembangunan prototaip pantas sudah tidak digunakan lagi. Dengan ini, mungkin sukar untuk mencari orang yang dapat menyelenggara sistem ini.

23 Masalah pemprototaipan ‘Evolutionary’ ‘Contractual problems’ Model kontrak yang biasa diantara pelanggan(customer) dan pembangun perisian adalah berdasarkan spesifikasi sistem. Apabila tiada spesifikasi, maka berkemungkinan pelanggan kurang bersetuju untuk membayar kepada pembangun perisian mengikut masa yang diambil membangunkan sistem tersebut – fixed-price contract.

24 Lain-lain isu bagi pemprototaipan ‘Evolutionary’ Pemprototaipan membolehkan sistem bersaiz kecil dan sedang dibangunkan dan dihantarkan dengan pantas. Walaubagaimanpun bagi sistem yang bersaiz besar, dan sekiranya juga melibatkan sub- kontraktor, maka pemprototaipan ‘evolutionary’ adalah sukar dilaksanakan. Pemprototaipan ‘throw-away’ boleh dilaksanakan untuk memahami keperluan.

25 Laij-lain isu bagi pemprototaipan ‘Evolutionary’ Proses pembangunan penokokan (incremental developemen process) boleh menjadi alternatif kepada proses pemprototaipan ‘evolutionary’ bagi mengurangkan masalah-masalah yang timbul. Proses pembangunan penokokan juga menyokong konsep prototaip dan pengurusan proses pembangunannya adalah dikendalikan mengikut cara yang biasa. e.g. pelan dan dokumentasi dihasilkan bagi setiap penokokan.

26 Incremental development process

27 Pemprototaipan ‘Throw-away’ Digunakan untuk mengurangkan risiko keperluan Prototaip dibangunkan dari spesifikasi awal, untuk tujuan eksperimen dan kemudian tidak berguna lagi (discard) Prototaip ‘throw-away’ tidak dianggap sebagai satu sistem akhir kerana:

28 Pemprototaipan ‘Throw-away’ Mungkin ada beberapa ciri sistem yang telah ditinggalkan Tiada spesifikasi bagi penyelenggaran jangka panjang Sistem distruktur dengan cara yang tidak baik dan sukar untuk diselenggara

29 Proses bagi pemprototaipan ‘Throw-away’

30 Pemprototaipan antaramuka pengguna Adalah mustahil untuk menentukan terlebih dahulu ‘pre-specify the look and feel’ bagi antaramuka pengguna dalam cara yang efektif. Prototaip adalah perlu! Lihat proses merekabentuk antaramuka yang telah dipelajari.

31 Bab yang seterusnya adalah Rekabentuk Aturcara (PROGRAM DESIGN)….


Download ppt "Pemprototaipan Sistem Topik yang dibincangkan: Faedah pemprototaipan Proses pemprototaipan Pemprototaipan ‘Evolutionary’ Pemprototaipan ‘Throw-away’ Pemprototaipan."

Similar presentations


Ads by Google